
Saya sedang rindu.merindukan seorang teman.terasa sangat kehilangannya.dia lah teman saya yang sangat riuh sewaktu kuliah.gelak tawanya pasti membuat kan saya tertawa sekali. ya Allah,saya terasa betul-betul kehilangan.terasa kesunyian. setiap kali pasti sahaja menyebut namanya. semester 2 ini berlalu tanpa kehadirannya. bukan itu yang kami mahukan,tapi takdir Allah mengatasi segalanya.Allahuakbar!
Saya ada beberapa orang teman yang ditakdirkan Allah mempunyai penyakit tertentu.bagi saya,penyakit yang mereka hadapi ialah penyakit yang serius.sering saja mereka berkongsi apa yang mereka alami pada saya.sebagai kawan,saya sekadar mampu mendengar.hanya mampu memberi kan kata –kata semangat.sungguh.setiap dari kita ujiannya sangat berbeza.
Apa yang saya belajar dari mereka ialah ketabahan,kekuatan dan tenang dalam menghadapi sesuatu.mereka lalui setiap hari yang berlalu seperti yang lain.kekuatan mereka menjadikan sumber inspirasi buat saya untuk juga kuat menghadapi ujian kecil.untuk mengerti makna syukur.bukan mudah bagi saya untuk hidup gembira seperti yang lain andai ujian itu diberi pada saya.tapi,itulah,berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.hanya Allah yang tahu betapa besarnya hikmah di sebalik semua yang berlaku.luaran,nampak biasa tp di dalam,saya tak mampu untuk tafsir lebih.buat teman-teman ku ini,semoga kalian akan mendapat ganjaran syurga atas kesabaran kalian melalui detik-detik pahit dan manis dalam hidup.teruskan berdoa dan bersabar.
Hujung minggu ku
Oh!hujung minggu yang sgt padat.segalanya tak dirancang.hanya merancang assignment ntuk disiapkan.rupanya ada misi yang lebih besar.selepas 5 hari terbiasa dengan tabiat tidur selepas subuh,saya cuba tempis tabiat itu.kuatkan semangat dan mulakan hari seperti semester2 sebelumnya.subhanallah!celakalah bagi sesiapa yang hari ini lebih teruk dr semalam!!..hati saya tergetar mengingatkan kata-kata itu.sungguh terkesan.
“kalau kita tinggalkan al-Qur’an sehari,al-Qur’an akan tinggalkan kita 10 hari..!”
Tak nak!!Hati saya tersentuh lagi.haish..bila hati digertak sedikit baru nak buat.mcm mana kalau berterusan mcm ni?saya kene belajar lagi ntuk terus istiqamah.saya rasa sepanjang hari progress kerja saya sangt perlahan.saya cuba paksa,tp tak boleh.saya jadi stress.seperti ada sesuatu yang tak kena.
sabtu pagi,
Saya dapat message dr teman saya,..”fatin,saya nak pergi lawat am esok,nak pg x..?”saya diam.otak ligat memikirkan 2 assignment yang bakal dihantar selasa ni.takut x sempat.saya bgtaw teman saya,saya tak dapat pergi.saya bimbang kerja saya x sempat disiapkan.akhirnya hari sabtu berlalu seperti biasa.saya masih gelisah.hanya tinggal ahad.satu assignment pun belum lengkap lagi.
ahad pagi,
saya bangun seawal pagi.demi menjimatkan masa.sambil makan,sambil mencari maklumat di internet.susah sangat nak dapatkan maklumat.buku yang ada pulak x banyak membantu.khusyuk buat kerja,saya lelapkan mata sekejap selepas solat dhuha.awan masih mendung.kaki pucat kesejukan.sambil baring di atas katil ,berselimut,seperti ada yang tak kena.sukar saya melelapkan mata.Allahuakbar!saya teringatkan teman saya semalam yang mengajak saya menziarahi teman saya yang sakit.
Saya cuba message.kemungkinan die belum pergi lg.saya cuba.alhamdulillah teman saya masih belum pergi.dengan nekad,saya meninggalkan assignment yang masih belum siap 100%.saya niat untuk ziarah teman yang sakit di kampung bharu.hati saya tiba-tiba berbisik,”hari ini….hari nya,esok lusa…mungkin hari kita…?”..akhirnya saya lapangkan dada,betul2 berniat.mungkin ini lah sebabnya kenapa hati saya gelisah.seperti ada sesuatu yang belum terlaksana.
Akhirnya,dengan menaiki LRT kami berdua selamat tiba di kampung bharu.syukur sangat2 dapat menziarahi teman saya yang satu ini.:) kami berpelukan.saya buat seperti biasa.padahal seperti mahu mengalirkan air mata.seperti mahu meluahkan lafaz rindu dan kesunyian yang sekian lama tersimpan.ooh!!tapi,bila kita lawat orang sakit,kena sentiasa senyum.berkata perkara yang menggembirakan dan menenangkannya.kalau boleh jangan bebankan fikirannya.
Kami bertanyakan khabar.saya dapat tambah ilmu sedikit sebanyak tentang menjaga kesihatan,dsb.akhirnya,sebelum asar kami pulang semula ke uia.kali ini ada satu lagi misi belum selesai,makan bersama ex-rumate.huhu.sengaja saya mengajak kami semua makan bersama.meluangkan masa dengan bekas teman sebilik saya.dulu,satu bilik,satu kos,satu studio.bila dah masuk Gombak,masing2 dengan haluan masing2.dan sebelum kerja bertimbun,saya cuba ajak mereka semua makan bersama.:)Alhamdulillah,kami enjoy meluangkan masa bersama.^_~[status:misi kedua,Berjaya!]
Happy ending-![]()
Dengan izinNya,akhirnya sempat juga saya siapkan assignment.menakjubkan!kerisauan dan kepenatan selama ni,hilang begitu sahaja.gayanya macam assignment ntuk final,padahal baru nak mulakan semester.huhu…fatin..fatin…so,harapnya dapat markah pun terbaik lah!doa-doa lah yek.ameen3
p/s:so,plan ntuk minggu seterusnya…?
inshaAllah usrah akan bermula.presentation 27hb,hari isnin ni,bersamaan dengan 21Muharram.and…oh bad news,saya x dapat keizinan ntuk join mukhayyam khariji di ulu yam.disebabkan cuaca yang x menentu,ibu x izinkan.but nvm,mungkin ada rezeki lain menanti.semoga makin bertambah majlis ilmu akan dtg,dan semakin bertambah-tambah kelapangan masa saya untuk join.andai masa terlalu sedikit pun.moga Allah sentiasa ada ntuk melapangkannya!!Allahuakbar!!
No comments:
Post a Comment