06 July 2010

solat


Baik,sekarang kita lupekan apa yg dah berlalu.lupekan perkara yang menyedihkan.^_^.saya nak share sesuatu hr ini.mungkin seronok ntuk dikongsikan..inshaAllah.


Saya baru lepas baca blog kak tikah tarmizi,tentunya psal solat.masalah rumate n so on.saya pernah juga menghadapi masalah mcm ni.tp “dia” bukanlah rumate saya.Cuma menumpang.alhamdulillah,dr awal semester di pj sehingga kini,rumate saya semua menjaga solat.salah satu tiang agama yang wajib dijaga. . Solat adalah rukun Islam yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah syahadah.cukup 5 waktu sehari semalam.ada masa,kami berjemaah bersama..


Kali ini,bukan psal sesiapa..tp biarlah saya bermula dgn kisah sendiri.dari kecil,seperti biasa,semua ibu bapa pun akan ajr anak2 mereka solat.melalui pemerhatian anak2 kecil,mereka melihat gerak geri ummi dan abi mereka.belum mengerti bacaan solat.namun gerak geri nya masih boleh diikuti..alhamdulillah..penerapan dari kecil,bila dah besar,anak-anak akan mula pikul tanggungjawab masing-masing.


Sabda nabi SAW:


“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”


Bila kita dah baligh.ibu pesan,dosa kita,kita yg akan tanggung sendiri.bukan tanggungjawab ibu ayah lagi.sehinggalah kita membesar dewasa,kita harus menjaga solat kita.begitu juga di sekolah,ustaz dan ustazah mengajar kita ttg solat,dsb.mmg lah sekarang kita berasa senang hati walaupun kita meninggalkan solat,tapi azab yang menanti..mashaAllah,sangat dahsyat!


Apa yang saya ingin ceritakan di sini,ialah bila saya keluar bersama kawan2.ye lah,manusia ade bermacam-macam ragam.dan pelbagai latar belakang ,didikan.secara jujurnya,saya lebih ‘senang’ keluar dgn sahabat2 yang mementingkan waktu solat nya.arwah ayah selalu pesan,klu keluar rumah,bwa telekung ntuk perempuan,yg lelaki,always bwk kain ntuk salinan.ye lah,mana tahu klu2 seluar yg dipakai terkena najis.sampai mcm tu sekali Islam menitik beratkan ttg kebersihan.dan..saya akan sentiasa gelisah bila keluar bersama teman-teman yang x berapa hiraukan waktu solat.sungguh.bila namanya “perempuan” alsan yg familiar,”oh..aku period ..”..Kadang2,sebab x nak make-up dibersihkan,sanggup x tunaikan solat.astaghfirullah..dah la make-up pun salah,apatah lagi meninggalkan solat.saya pelik?apa yang terisi dalam hati mereka sbnrnya?x terasa kosong ke…x terasa gentar ke?walaupun sikit?


Sbb tu, saya x tertarik ntuk join apa-apa aktiviti luar yang dianjurkan oleh “pihak-pihak” tertentu, bile bercampur dgn pelbagai kaum dsb,saya khuatir mereka x mengutamakan waktu solat.hati saya akan cepat gelisah.dan saya lebih selesa dgn pgram2 yang lebih ilmiah dan Islamik.alhamdulillah,di uia,di setiap ruang,akan kedengaran azan.masjid yang terletak di tengah2 lebih mudah ntuk kami singgah solat.hati akan berasa sgt sayu,bile azan juga akan diperdengarkan di corong2 library.pantas mereka semua menunaikan solat.hanya beberapa langkah ke masjid.begitu juga di setiap bangunan kulliyyah,musolla2 disediakan bagi memudahkan kami menunaikan solat.semua kemudahan dah disediakan,rasanya,tiada alasan ntuk tidak solat.dalam buku spahic omer pun pernah tertulis,setiap inci muka bumi ini adalah tempat ntuk beribadah.



Kawan-kawan,tunaikanlah solat.kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya.tunjukkan lah rasa syukur,kita masih diberi nafas dan ruang waktu untuk hidup di atas muka bumi ini.cuba fikirkan,semua sumber rezki,kejayaan2 kita yg lalu,sekarang dan akan datang,sebenarnya semua milik Allah.tanpa izinNya,kita x berhak miliki apa yang kita miliki hari ini…malu lah pada Allah.


Gugurnya dosa jika solat


Dari Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa.” .


Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur.


Kemudian kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullah s.a.w. lakukan dihadapanku semasa aku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.”


Sabda Baginda s.a.w.


"bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dgn sempurna,kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari,maka dosa-dosa nya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur"



Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),


"dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang)dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk(dosa)itulah perigatan bagi orang-orang yang mahu ingat"(surah hud,ayat 114)



wallahualam.peringatan buat diri yg juga sentiasa leka dan alpa..^_^


3 comments:

  1. kite pon same.facing d same prob.kdg2 makin kite dekat dgn seseorg tu, makin susah nk tego die

    ReplyDelete
  2. hehe~buku spahic omer?! yan x hadam pon, xde pon bukunya. jz nota2 die bg je ad. tp, spahic memang best kan. =) neva sleep in hs clz. ;p

    neway, yup, solat sgt pnting. tringat ust yan ckp dlm klas (ust latif ungs3) alang2 dah solat, solat betul2. 5,6 minit je pun...takot, bile kita lali dlm solat, sia2 je solat kite 2...

    tp, sangt2 sungguh susah nk capai khusyuk dalam solat... spnjg 21tahun hidup nipon, kita x dpt nk jamin kan solat kt diterima atau x.huhu~ takot~

    ReplyDelete
  3. syifa':
    kan?susah kn..huhu..

    izyan:yup spahic..hehe.ftn pun x khatam sgt.just cover part2 yg die ajr je..
    yup,ftn x pernah rasa nk tdo masuk kelas die.ajaib kan?subhanallah...

    haah..sgt susah nk dpt khusyuk dlm solat..bagusnya ustaz tu..tp,kdg2 kita terlalu nk mengejar dunia...padahal klu difirkan balik,solat tu bekalan ntuk akhirat nt...

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.