
Alhamdulillah
entah kenapa. walau kebelakangan ini saya selalu sibuk, tapi saya dapat rasakan satu perubahan dalam diri. saya rasa saya mula semangat untuk belajar. saya tak sedar sejak bila rasa itu hadir. sejak bila semangat itu menerjah dalam diri. saya mula perasan bila saya mula 'rancak' berkongsi pendapat dalam perbincangan.
mungkin juga sebab,dah terlalu banyak sgt cabaran dan sisi2 negatif yang selalu menerjah ke dalam diri menyebabkan saya membiarkan dan sesekali malas mengambil tahu. tapi saya membuang sikap itu jauh2 dan saya mula berdepan semuanya dengan baik.
saya mula berfikiran positif. saya nak blaja! silap tak apa. tak pandai tak apa. sebab itu kita belajar. kadangkala fikiran2 negatif ini yang seringkali menyebabkan kita malas mengambil risiko, malas menyahut cabaran, dan kita membiarkan nya begitu sahaja. tetapi adakalanya kita harus memaksa diri. paksa diri untuk semangat dalam melakukan sesuatu.be happy.
ya . saya mengaku. cakap memang mudah. saya sendiri pun adakalanya hilang keyakinan pada diri, lebih2 lagi selepas dikritik, atau apabila ada sesuatu yang melemahkan semangat kita. but, bila fikir side positifnya, kritikan itu sgt membina. amek kritikan itu sebagai suntikan untuk baiki diri.
perbanyakkanlah berdoa dalam kehidupan seharian kita. doa ialah senjata utama. Allah sahaja lah yang akan memperkenankan permintaan kita. walau andai terdetik di hati saja Allah dah tahu apa yang kita inginkan. dan selalu lah bersangka baik pada Allah. doa ibu bapa juga sgt penting. restu mereka sgt penting. begitu juga kwan2, selalu lah berdoa ntuk mereka.
dalam satu mesyuarat. sedang asyik brainstorm idea. masing2 mengutarakan idea yg berlegar2 di fikiran masing2. tiba2 dunia saya menjadi sunyi. seolah mereka berbicara, semangat, gembira tapi saya sekadar memerhati. sehingga ada yang membalas senyuman dan menyedarkan saya dari lamunan.
saya perhatikan wajah2 teman se 'studio' saya. gelagat setiap mereka memang berbeza. wajah2 pelajar senibina landskap. uia. saya kira hampir 2 tahun lebih kami bersama. kdg kala saya dah cukup kenal dengan sifat masing2. ada yang begini, ada begitu. pendiam pun ada. yang suka melatah pun ada.huhu.yang sgt lantang bersuara pun ada. yang selalu lewat ke studio. ade yang sgt punctual. mcm2. tp merekalah sahabat2 sma belajar dgn saya. kami telah ditakdirkan bersama. begitulah aturan Allah.
dan pasti ada sebabnya, mengapa Allah meletakkan kami bersama. kerana setiap dr kami ada kelebihan dan kekurangan nya yg tersendiri. dan dari situlah kami saling memerlukan. itu yang diajarkan oleh pensyarah kami. saya mula sedar, pensyarah kami cukup kenal dengan potensi setiap pelajar nya. dan dia tahu apa yang terbaik untuk kami.
teman2 saya ini lah sumber semangat saya. untuk terus menimba ilmu di uia. mereka lah penghibur. mereka sumber kekuatan dan dorongan andai ada sahaja yang hampir jatuh rebah. kami takkan pernah membiarkan teman2 kami sendiri tak berteman. kami tak berpuak2. tapi kami satu.
kerana itulah Allah takdirkan kami bersama
Alhamdulillah
Alhamdulillah
semoga next trip kami ke sarawak menguatkan lagi ikatan persahabatan yang telah lama terjalin. semoga kami dapat kutip banyak ilmu dan pengalaman demi masa depan.
inshaAllah.dan mohon doakan moga Allah permudahkan semua urusan kami sebelum pergi dan balik. semoga Allah mengurangkan workload kami serta mudahkan kami menghadam ilmu yang diperolehi.ameen

No comments:
Post a Comment