16 January 2012

teguran


kadang-kadang , saya tak tahu mcm mana nak tegur adik-adik. ada yang kalau ditegur, baran plak die. adakalanya andai ditegur, diam tanpa respon. tp, bila lihat cara ibu mendidik dengan penuh kesabaran, saya tahu, hati anak2 sebenarnya sedang mendengar dan menerima, cuma bila dalam usia remaja, mereka cepat memberontak.

bila ibu balik, saya akan kongsikan kerenah adik-adik semasa ibu tiada. ya lah, kakak ni dianggap kawan-kawan saje. lain bila ibu ada. bila bercerita dengan ibu, ibu akan cakap, "lain kali kakak tegur je adik-adik tu..."...."tapi bu, dalam keadaan macam tu..nanti lagi die jadi celaru.."

"kakak..semak kan hafazan ammar?"
"adik? kenapa baru sekarang..?"

saya tegur dengan nada lembut. tak mahu mengganggu emosi nya yang sekejap lagi akan ditasmi' kat sekolah. dan...dengan harapan, dia sedar sepatutnya dia tak boleh buat last2 minute. kalau ikut kan hati, memang rasa nak tinggikan suara je. nak marah-marah masa tu. nak leter memanjang. tp...saya bagi ruang untuk dia menghafal tanpa emosinya terganggu.

"takpelah...."

dia masuk ke bilik. menghafal dengan laju.haih..adik ni. saya sedikit marah dengan sikapnya. saya sabar dan menahan. tak mahu prestasinya jatuh di kelas gara-gara dimarahi kakak nya di rumah. tapi saya tak tahu apa tindakan saya ni, betul atau tak? patutkah aku mengurnya waktu ini? atau...serahkan nya pada ibu? nt malam-malam pandai lah ibu nasihat dan tegur?

"takpe. meh sini. kakak dengar..."

subhanallah. sukarnya mendidik. mcm mna ye? kita..mesti mahukan yang terbaik buat adik-adik kita. mahupun anak-anak kita kelak. dan...pendekatan dan cara mana yang terbaik? sedangkan setiap dari kita, mereka, engkau dan aku...semuanya lain-lain.

Allahuakbar.


3 comments:

  1. salam'alayk.

    fatin, umy pun slalu sgt konfius bab nie.

    sirius, payah. erm, tp nak tanak kita kena bina hubungan yg baik dulu. biar dorang ada trust dan respek dgn kita. keep listening, and bg motivasi. :) dan yess! tentunya doa jugak.

    moga Allah permudahkan kita. nak sangat bersama dengan adik-adik kita di Syurga jugak kan? hmm :')

    ps: teringin sangat nak beli buku tarbiyatul aulad abdullah nasih ulwan dgn voucher rm200 tu. tp buku tu quite mahal. :') tp, mcm best jugak. heh :D tp, buku WAJIB baca sebelum jadi parent kot. xD

    ReplyDelete
  2. ini, rekemen utk fatin. dan umy jugak. insyaAllah :)

    http://www.goodreads.com/book/show/8417246-tarbiyatul-aulad-fil-islam

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak umy!
    aa...rasanya masa parenting ustazah ada ckp psal buku ni. ;)
    nt ftn cek <3

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.