05 August 2011

bila berjaya



"kakak ni suka sgt tengok cerita 'Oprah'..."
, ammar
"...sbb kakak suka tgk kisah orang lain..", saya

saya memang suka dengan rancangan oprah di channel diva universal. walaupun saya selalu tonton rancgn tersebut, tp saya tak pernah tahu bila masa yang betul2 rancgn tu disiarkan.haha. btw, rncgn oprah ni sbnrnya bnyk menceritakan ttg kejayaan, kisah hidup suka duka orang lain yang kadangkala tak pernah terlintas di fikiran pun. adkalanya isu nya agak berat, berkaitan dgn kes2 jenayah, tapi ia selalu menyelami fikiran seseorang itu yang mnyebabkan saya tertarik untuk tahu lebih bagaimana pemikiran orang lain.

yup. adakalanya kejayaan mereka tak berlandaskan Islam. mungkin berjaya dlm bidang nyanyian. dsb. atau...mungkin kejayaan mereka berlandaskan matlamat hanya cuma duniawi, tetapi, ade satu perkara yang benar2 menarik hati saya, iaitu spirit.

drpd jatuh, dan bagaimana mereka boleh bangkit semula dan mampu mencapai kejayaan yang sgt2 luar biasa. Allahuakbar. sebagai orang Islam pasti kita rasa kejayaan itu adalah pemberian Allah swt. mesti sebagai tetamu oprah kita akan ucapkan "Alhamdulillah", tp sayang nya tak de lagi rncgn sebegini yang betul2 memberi pengaruh besar di malaysia yang mampu memaparkan kisah2 kejayaan besar orang Muslim.

satu lagi perkara yang menarik hati saya, bila mereka berjaya, mereka x pernah lupa asal usul mereka . mereka akan berbakti di tempat kelahiran mereka. sbg contoh oprah, telah membuka satu sekolah di afrika. demi membantu masyarakat di sana. dan bnyk lagi.

dan..saya juga terinspirasi drpd orang yg hampir dengan saya, iaitu prof ismawi, beliau merupakan pensyarah saya di uia. berasal drpd sarawak, dan masa kami di sarawak, sungguh tak sangka rupa2nya beliau telah banyak berbakti pada kampungnya. selain membina sebuah perpusatakaan, prof turut menghantar pencermah2 dr semenanjung untuk memberi kuliah bulanan dis surau kampung nya. dan bila kami tiba di sana, prof mengadakan pgram 'puncak kejayaan' bersama mahasiswa uia. dan kami lah yang menjadi fasi.

bila guru besar berucap di depan, katanya, pgram sebegini hanya 2 tahun sekali. berbeza dgn kita di semenannjung, terlalu bnyk pgram bercorak sebegini. tp masih mengeluh dan malas nak pegi.haha. bila sukar nak dapat, baru kita tahu menghrgai, dan betul2 mengambil peluang tersebut.

apa yang penting. tanamkan azam untuk berjaya, dan..jangan lupa asal usul kita. berbakti lah pada yang lebih memerlukan. dan perlu sentiasa ingat, nak mencapai kejayaan, bukan perkara yang mudah, banyak jalan berliku yang perlu kita lalui.

inshaAllah. doa. usaha. istiqamah.azam. tawakal.wink


2 comments:

  1. weekdays : pukul 6.05 petang.

    ulangan : pukul 8.05 pagi dengan 12.05 t/h

    weekend (ahad) : 8.05 malam.

    tiba. haha.

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.