bismillah
apa khabar dgn ramdhan kita? masih bersemangat? inshaAllah. harapannya semoga mlm2 terkahir kita ini dihiasi dengan bangun malam dan solat2 sunat. dan semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan malam lailatulqadar.inshaAllah

"ya Allah nakal nya budak tu....waktu orang lain solat........... . ."
" budak tu memang... dia 'kurang ajar sket'...geram ktrg tengok.."
"ish..ape ckp mcm tu? dlu dia membesar kat sabah. masuk sekolah methodist...latar belakangnya lain sket...jangan bergaul dengan dia sangat...waktu orang solat,ikut solat"
"ini anak si..... mak ayah nya pantang ditegur sket...kita nak tegur pun serba salah"
"ohh..ya lah. mungkin sebab tu lah anak nya jadi mcm tu..."
"entahlah...harap2 anak2 kita tak mcm tu..."
"inshaAllah.."
hmm. kadang2 saya terdengar perbualan2 sebegini. yang kadang kala keluar dr mulut kejiranan saya, kadang2 keluar dr mulut adik2. ya lah. setiap manusia tu, diciptakan berbeza-beza. malah, didikannya juga berbeza-beza kan?
dan, dah tentunya kita mahukan keturanan yang baik-baik. tp..mudah ke nak mendidik anak? mcm mana kalau 'kita' jadi ibu bapa?
Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At-Tahrim :6]
walaupun saya masih belum bergelar ibu, tapi saya pernah terfikir bagaimana saya mahu didik anak-anak saya. (kalau dipanjangkan umur, dan diberi rezeki dan peluang oleh Allah SWT untuk diberikan cahaya mata)
dalam pada saya membesar ni, saya cuba belajar, apa yang remaja seperti saya mahukan, dan apa yang saya tak suka.
1.
mula-mula sekali, kita mestilah mencari pasangan yang baik untuk kita. inshaAllah jika sama-sama dari latar belakang keluarga yang baik, yang paling penting asas agamanya kukuh, inshaAllah bakal zuriat nt akan jadi soleh dan solehah. mungkin di pertengahan jalan nnt, bila anak-anak membesar dewasa dan sedang mencari identiti, mereka akan mula berubah, mungkin agak sedikit memberontak, dsb. maka, cara teguran perlulah berhikmah dan kne pada tempatnya.
saya teringat pesan seorang teman, bila mana saya memberitahunya hasrat saya untuk tak menghubungi lelaki " suka-suka" dalam phone, katanya, "tindakan fatin betul..untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah, pertemuan ibu bapa nya harus lah dengan cara yang baik....." begitulah kata-kata nya. sungguh terkesan.
tapi benarlah kata nya. arwah ayah pun pernah berpesan. kalau kita jaga hubungan dr skrg, dan bagaimana pertemuan kita dengan bakal isteri atau suami kita, maka keturunan kita akan terpelihara. kadang-kadang, bila anak degil ,dsb. kita tak harus persalahkan anak-anak, kemungkinan pada satu masa dahulu, ibu bapa pernah membuat silap, kita tak tahu kan?
2.
dan peranan ibu bapa itu juga , mereka harus memberi nama yang baik-baik untuk anak-anak. bukan sekdar sedap mendengar, tetapi mempunyai maksud yang baik. kerana nama itu doa. dan bila disebut2 haruslah sesuatu yang mempunyai maksud yang baik.
3.
kata ibu, bila saat mengandung, buat simpanan dengan baik. supaya bila dah bersalin kita cukup keperluan. kata ibu, ayah berkorban lebih untuk memberi keselesaan dan doktor yang terbaik untuk ibu. swasta pun swasta lah janji persekitaran yang baik dan terjamin untuk si ibu ketika melahirkan anak nnt.
pernah saya terdengar satu kisah yang mana, seorang suami menghantar si isteri ke hospital kerajaan yang penuh sesak dengan ramai orang. sudah lah ditinggalkannya sahaja, malah dibiarkan isterinya bersalin tanpa suami di sisi. alangkah sedihnya hati si isteri, detik-detik kesakitan yang sedang dialaminya, tanpa ada suami sebgai penguat..hmm...nauzubillah.
mungkin saya belum boleh bayangkan, cuma, sebagai seorang yang masih belum bergelar apa-apa, kita hanya mampu berdoa, agar dikurniakan suami yang mempunyai asas pendidikan agama yang baik, yang berkeperibadian mulia, dan ada nilai kasih sayang dalam diri nya.
ibu juga selalu kongsikan cerita, bila mana ingin bersalin, ayah pasti akan carikan doktor perempuan. supaya ibu terpelihara. bersungguh-sungguh ayah, sehinggakan bila mana kami duduk di perancis dan ibu melahirkan adik pertama saya, ayah masih menjaga ibu. ayah memberitahu dengan baik kepada doktor agar diberikan doktor perempuan ketika menyambut bayi. dan alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
4.
seterusnya, bila sudah mempunyai anak, kita haruslah mendidik anak-anak seperti mana yang diajar oleh Luqman di dalam al-Qur’an :
5.
Memberi didikan agama dan akhlak Islamiah kepada anak-anak adalah suatu perkara yang wajib ke atas ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikannya maka mereka akan menanggung dosa sepanjang hayat dan sampailah ke hari akhirat. Anak-anak bagaikan kain putih yang boleh dicorakkan ke arah mana yang diinginkan oleh penjaganya.
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, Maka kedua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anak iitu Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.”
[H.R Al-Bukhari]
Menurut Dr. Fathi Yakan, perkara pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiyyah Islamiyah terhadap anak-anak ialah pasangan ibu bapa hendaklah orang yang ambil peduli tentang agama. Dengan ini akan melahirkan generasi soleh sebagai penyambung dan pewaris kepada generasi yang akan datang dan ibu bapa akan mendapat saham serta pahala yang terus menerus di hari akhirat nanti.
Anak-anak yang soleh akan muncul bermula dengan kesolehahan ibu dan bapa kerana keduanya merupakan pencorak kepada peribadi-peribadi ini dari daripada kecil berterusan sehingga dewasa. Untuk mendapat keluarga yang terselamat daripada seksa neraka.
apa-apa pun, dr hari ini, sma-sma lah kita doakan agar kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. dan mendapat suami mahupun isteri yang juga soleh dan solehah. betapa pentingnya agama demi kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah keluarga, seterusnya terbina sebuah masyarakat yang harmoni.
Wallahualam
(pesanan luqmanul hakim , sumber | http://www.alqitaal.blogspot.com/)
"anak siapa tu? baik orangnya..."

- Jangan mensyirikkan Allah, atau dengan kata lain mendidk anak untuk mengenali Allah yang Maha Esa. Firman Allah Taala yang bermaksud : “(Perhatikanlah) ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang dia memberi pengajaran kepadanya, (katanya) : Wahai anakku ! Janganlah engkau menyegutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)
- Memberi peringatan tentang baik dan buruk atau dosa dan pahalaFirman Allah Taala yang bermaksud : “Wahai anakku ! Sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk) seeberat biji sawi yang tersembunyi di dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya didatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui.” (Surah Luqman, ayat 16)
- Menyuruh anak-anak mendirikan solat. Melatih anak-anak supaya mendirikan solat dan sebaik-baiknya hendaklah berjemaah bersama-sama ibu bapa. Solat adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan dalam suasana dan keadaan apapun. Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Perintahkanlah anak-anak kalian untuk bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka jika meninggalkannya ketika mereka berumur 10 tahun, dan pisahlah tempat tidur di antara mereka.” (Hadith Riwayat Ibn abi Syaibah, abu dawud, Imam ahmad dll).
- Membimbing dan melatih anak untuk menjadi dai’e, iaitu menyeru manusia kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran.
- Mengajar anak supaya bersabar apabila bala dan cubaan yang datang menimpanya. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai anakku ! Dirikanlah solat, dan suruhlah manusia (membuat) yang ma’ruf (yang baik), dan laranglah (memperbuat) yang munkar (haram), serta sabarlah atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang demikian pekerjaan yang dicita-citakan.” (Surah Luqman, ayat 17)
- Mendidik akhlak anak-anak supaya tidak sombong, bermegah-megah dan gembira bersangatan (lupa diri). Firman Allah Taala yang bermaksud : “Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan jangan berjalan di muka bumi dengan sangat gembira. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi tiap-tiap orang yang sombong lagi bermegah-megah.” (Surah Luqman, ayat 18).
- Mendidik anak-anak supaya berjalan dan hidup dalam suasana sederhana serta bercakap sopan.Firman Allah Taala : “Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).” (Surah Luqman, ayat 19)
5.
Memberi didikan agama dan akhlak Islamiah kepada anak-anak adalah suatu perkara yang wajib ke atas ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikannya maka mereka akan menanggung dosa sepanjang hayat dan sampailah ke hari akhirat. Anak-anak bagaikan kain putih yang boleh dicorakkan ke arah mana yang diinginkan oleh penjaganya.
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, Maka kedua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anak iitu Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.”
[H.R Al-Bukhari]
Menurut Dr. Fathi Yakan, perkara pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiyyah Islamiyah terhadap anak-anak ialah pasangan ibu bapa hendaklah orang yang ambil peduli tentang agama. Dengan ini akan melahirkan generasi soleh sebagai penyambung dan pewaris kepada generasi yang akan datang dan ibu bapa akan mendapat saham serta pahala yang terus menerus di hari akhirat nanti.
Anak-anak yang soleh akan muncul bermula dengan kesolehahan ibu dan bapa kerana keduanya merupakan pencorak kepada peribadi-peribadi ini dari daripada kecil berterusan sehingga dewasa. Untuk mendapat keluarga yang terselamat daripada seksa neraka.
apa-apa pun, dr hari ini, sma-sma lah kita doakan agar kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. dan mendapat suami mahupun isteri yang juga soleh dan solehah. betapa pentingnya agama demi kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah keluarga, seterusnya terbina sebuah masyarakat yang harmoni.
Wallahualam
(pesanan luqmanul hakim , sumber | http://www.alqitaal.blogspot.com/)
"anak siapa tu? baik orangnya..."
lela, bila nak kawen? terngiang2 dialog kt ym ngn fatin hehe dan d balas, fatin pula bila nak kawen? :)
ReplyDeletesuka dgn semua y fatin tulis kat atas. tak d nafikan apa yang kita lakukan skrg sangat memberi kesan kpd anak cucu cicit kita nanti.
dan 1 yang tertarik ntk d kongsi, isi no 3 y fatin tulis. saya ada terbaca dlm solusi keluaran 33-34 g2. tajuknya 'darurat tak semudah yang d sangka' . sememangnya ibu2 Muslim yang akan melahirkan anak perlu menitik beratkan siapa yang akan sambut kelahiran anak mereka nanti. darurat mengatakan doktor lelaki pun boleh sambut baby sebenarnya agak berat dalam Islam. harap para suami dapat memahami situasi ni ntk masa depan.hee
hahaha...lela ni....:D
ReplyDeletefatin saje je tny killer question..haha.fatin kahwin bila dtg seru inshaAllah :)
dah ckup ilmu,dah ckup bersedia bru bleh kahwin..haha...terima kasih sbb sukakan tulisan ftn yg seberapa dgn ilmu yg sgt2 cetek ni...
darurat?solusi?aha!ftn ade tervaca jugak.yup2.btul2..^_^...inshaAllah ameen..moga2 dpt suami yang mmpunyai kesedaran sebegitu juga.ameen2 ya Rabb!
suami ;) (kenyit2 mate)..hehe saje usik aten..selamat beribadah .
ReplyDeletekkshwa rasa adik ni dah tk lama lagi akan kawen!! *tiba2 jadi nujum*.... (err.. klau blum ada calon, habaq na!!) ;)
ReplyDeletesyibiehoney :)
ReplyDeletehiihi...kenyit2 tnda flirting nih...haha,
selamat beribadah juge syibrah :)
kak shwa...!!!!
malu la saya kak shwa ckp mcm tu...blum lg la kak shwa..post ni terlintas tibe2 di fikiran ntuk keluarkan pndpt n pglmn sendiri...
err...kahwin tu..lma lagi kot..hakhak :D
*calon pn blum ada....:P
jgn di kate bahawa calon itu belum ade..kerana antra 3 perkara yang telah pasti adalah rezki,jodoh dan mati..so calon itu sudah ada..cuma siapa orangnya rahsia illahi.. :) kate lah "calon itu belum tiba lagi.."heheeh tettttt... oh ! (mengusik lagi) hehehe
ReplyDeletehuhu..syibi2...ye x ye jugak..betul jugak...okey,"calon itu belum tibe lagi lg"
ReplyDeletehaha...jln jam kot :P