26 March 2011

bagi saya, lelaki itu baik bila...


anonymous:
mcm mane nk taw lelaki tu baik?

nadiarusli:
mcmmana nk taw lelaki tu baik?hehe...ni killer question ni^_^...hmm,kalau yg biasa2 kita dengr semestinya lelaki yg baik itu penampilannya dijaga,akhlaknya terpelihara,berbudi bahasa, rajin ke surau, mungkin?....dan mcm2 lagi....

1.
bagi saya,hmm..(mungkin corak pemikiran kita berbeza?atau...mungkin kita terfikir bnde yg sma?...huhu...saya tak pasti anonymous ni lelaki atau perempuan...:) bagi saya lelaki yang baik tu bila nak tahu dia baik atau tak, ia datang dengan sendirinya dari mata terus ke hati.(bukan bermaksud pandangan dr mata-ke-mata).dari pemerhatian kita..dia akan ada satu rasa 'senang' dalam hati apabila melihat,berbicara,atau bekerjasama dengannya...pendek kata kita berasa senang bila kita lakukan sesuatu bersama atas kefahaman yang kukuh ttg agama...(mcm batas2 pergaulan..etc). bila kita lakukan sesuatu berkumpulan ia akan sentiasa terdetik untuk mengingatkan kita ttg Allah.

tak perlu bersuara tetapi cukup sekadar dengan melihat perbuatan yang disenangi. sbgai contoh, situasi bila mana kita bekerja dgn lelaki yg 'baik' kita akan lebih senang,mungkin sebab masing2 dah faham adab2 dan batas2 dalam bermuamalah antara yang bukan mahram,maka,sma2 akan menjaga.dia tahu bila mana perlu berteman dsb. sebab lelaki yang baik, takkan dia sanggup berdua-duaan dgn perempuan bila bekerja dsb. ini mungkin dalam bab bekerja belum termasuk aktiviti2 lain.so pandai2 lah menilai ^_^

bagi saya,lelaki yg baik tu takkan keluar dgn perempuan berdua-duan dan takkan create situasi yang membawa fitnah. maknanya dia pandai mengawal nafsu,dan membeza kan mana yang betul,dan mana yang salah. pandangan, jarak , bersentuhan semua tu dia akan jaga dengan baik dan lelaki itu seharusnya tegas dgn perempuan yg terlalu mudah menggoda dan menggedik.


2.
bagi saya, lelaki yang baik ni dia sangat mengutamakan hal agama dalam percakapan sehariannya. di samping perbuatan yang dia lakukan(tp yg ni antara dia dgn Allah) kita mungkin x nampak,dan tak boleh menilai sejauh mana kesungguhannya dan keikhlasannya beribadah. cuma ,mungkin kita boleh mula merisik (spy) drpd sahabat dan teman-temannya.atau mungkin drpd pensyarahnya...ahli keluarganya mungkin? :) hehe..pandai-pandai lah...

dia mesti pandai dan berhikmah dalam memperjuangkan Islam dan berda'wah menyebarkan agama Allah.mungkin dia aktif dalam usrah sbg contoh. sebab nanti bila dah mula nak mengemudi sebuah keluarga, ketua keluarga yg akan dirujuk. so kebanyakan benda seseorang ayah perlu 'master'..sebaik2nya untuk mendidik dan mengasuh anak2 dan isteri dgn jalan yang diredhai :) mesti kita nak cium bau syurga kan? jadi suami yg baik itu teramatlah penting untuk membimbing kita ke sana..inshaAllah ameen!

3.
Budi bahasanya,gentlemen, hormatnya pada wanita, tak pernah membebankan perempuan...sebolehnya dia akan mengetuai sesuatu.dia tahu amanahnya sbg pemimpin.sebab itu, dalam apa2 persatuan pun,atau organise any event, saya lebih suka lelaki yang 'lead'. lelaki seharusnya diberi penghormatan sbg ketua. dan bila kita dah jadi isteri nt pun,apa2 keputusan mesti husband yg buat kan? so, lelaki yg baik itu harus ada ciri2 sbg pemimpin yg baik.

dan kita sbg perempuan,harus memberi dorongan dan semangat pada mereka.sbg contoh yg plg simple,mengikut pengalaman sndiri,apabila kita masuk lif,lelaki yg baik pasti akan akan mendahulukan perempuan. bila nampak perempuan dalam kesusahan dia akan cepat2 membantu tanpa teragak2...dan mcm2 situasi lg yg kita boleh perhatikan..dan mesti terdetik kat hati kita kan? "baiknya lelaki ni..." ^_^


4.
lelaki yg bermasyarakat.bagi saya , saya suka lelaki yg pandai bergaul dlm komunitinya yg terdiri dr pelbagai peringkat umur.pandai melayan org tua,kanak2..mak cik2 di sekitar kawasannya...dsb. sebabnya, secara tak langsung ia akan memupuk rasa hormat, budi bahasa..kenal jiran-jirannya, ahli keluarganya. rajin menziarahi kenalan2nya, keluarga berhampiran dsb. dan yang paling penting, dia sangat2 mendahulukan keluarganya dalam apa2 jua situasi pun.


hmm...mungkin ada banyaaaak lagi.huhu.itu depends kepada bagaimana cara kita menilai.atau bagaimana cara kita di didik oleh ibu bapa kita. so kita pun mesti mngharapkan lelaki yg baik itu sebgitu.kan? that's why dr fadzilah kamsah pernah ckp, biasanya calon suami atau isteri yg kita pilih ni, mostly akan menyerupai rupa, wajah, sikap, atau perangai abang/ ayah kita...wallahualam

dan org kata bukan mudah untuk jumpa lelaki yg baik zaman skrg ni...huhu...erm,mungkin ya mungkin tak.cuma,apa2 yg saya tulis di atas ni,ini lah apa yg diasuh oleh kedua ibu bapa saya. abang saya juga :) dan,kita buat kebaikan ni, adalah untuk manusia tapi kerana Tuhan.



ikhlaskan hati,hiasi peribadi inshaAllah anda akan berjumpa dengan lelaki yang baik hati ^_^



wallhualam,sekdar perkongsian.
boleh tambah,boleh betulkan mana yg silap :)

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam kak,
    ni entry ikhlas dari hati perempuan susah nak dapat.:-) i.Allah, ramai je lelaki yang sebegitu. Saya pasti dan sangat pasti. hee

    ReplyDelete
  3. sorry fatin terdelete komen for latest post.

    insyaAllah fatin.

    and for me, memiliki suami yang secantik peribadi RasulAllah tu penting. tapi, kita mempunyai peribadi secantik Khadijah tu lg penting. spt yg Allah firmankan, lelaki baik itu utk perempuan yang baik.

    we do our best to be best. kt dh dh dipilih utk menjadi pengikut agama terbaik, islam. kita dah terpilih utk menjadi, umat terbaik, umat nabi Muhammad. sekarang, kita kena laksanakan t/jwb kt dan jadi yang terbaik. insyaAllah!

    letakkan hidup mati kita utk Allah. Allah akan decide yg terbaik buat kt. mgkin nnt kt akan terdetik utk ragu2 dgn jodoh kt, tapi ingatlah firman Allah. mgkin apa yg kt benci itu yg teraik buat kt. ssghnya Allah mengetahui tiap2 sesuatu.

    mgkin juga selepas kahwin kita dpt tahu bahawa suami kita x baik. igt lg firman Allah, kt x bley sgka kt akan masuk syurga slagi kt x diuji oleh Allah.

    insyaAllah. letakkan semua harapan pada Allah. He knows best.

    bykkan doa dr skarang utk dptkn yg terbaik d smping membaiki lagi diri kt jd yg terbaik. the rest let Allah decide for us.

    zu doakan fatin yang terbaik samada di dunia o akhirat. insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. another good entry from fatin.. erm.. insyaAllah ada lelaki yang baik di luar sana.. dan ada perempuan baik jua..

    ReplyDelete
  5. time kasih sbb kongsi pandangan :)

    ReplyDelete
  6. umy syg fatin :)
    adanya post2 yg best n inspirasi, tmbh2 syg plak rase. hehe.


    t.ksh syg. :D

    ReplyDelete
  7. marzuqi,
    haha..iAllah,ada mesti ada ^_^

    zue,
    haha..tu lah,x sempat nk baca pun :)
    terima kasih banyak zue ntuk nasihat n doanya...semoga zue pn mcm tu jugak...^_^

    kak gee,
    haha...akhirnya setelah lama membz...haha....inshaAllah ameen ;)

    anonymous,
    sma2...maaf atas kekurangannya...

    umy,
    hehe...love u more dear!
    thanks ye umy,
    andai ada salah silap harap dibaiki sgt2....ilmu ftn terbatas,tak semantap sifu,umy ^_^

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.