
Saat duduk di dalam bilik,melakukan tugasan harian seperti biasa.saat duduk termenung seorang diri,memikirkan apakah tujuan kita dihidupkan?Allahuakbar...sekali sekala tafsir yang tertegak kemas di sebelah novel ‘bumi cinta’ saya capai. Membuka surah yang bertanda dan mula membaca.cuba menghadam ayat-ayat Allah.saya duduk di meja yang terletak di hadapan tingkap. Memang sengaja diubah ke situ agar sekali sekala mata dapat direhatkan dengan kehijauan bumi uia . Cahaya semulajadi itu menerangi kalam-kalam Allah.

Burung-burung di luar tak henti-henti berbicara sesama mereka.apa lah yang dibincangkan?sesekali hati kecil saya tergelak sendirian. “Comel nya suara2 burung ni..apalah yang diborakkan?”...kdg2 masing2 berebut ntuk bercakap.jarang sekali dunia sepi tanpa suara comel mereka. Terbang dari sini ke sana...bebas. sekali sekala menyinggah di jendela bilik saya.
Bila sampai angin menghembus,dedaun kering albizia jatuh ke bumi. Ditiup angin. Sesekali ada yang termasuk ke kamar. Bagai musim luruh di kota paris. Dedaun yang keperangan dihembus angin. Sama sekali suasana dan perasaan berubah.
tengahari,matahari mula menegak. Bayang2 mula hilang. Kain dijemuran mula mendapatkan cahaya. Proses penyejatan lebih cepat berlaku. Angin masih bertiup. Saat inilah masing2 mula mengisi perut. Cafe mahallah mula dipenuhi mahasiswi-mahasiswi yang sdg kelaparan. Mungkin ada saje yang baru bangun dan terus mengisi perut. Dan mungkin ada yang mengambil waktu sebelum zuhur untuk qoilullah sebentar.mungkin ada juga yang masih lena dibuai mimpi.itulah suasana di universiti.

kita bebas untuk memilih.bebas untuk mengatur jadual harian dan perjalanan hidup kita. Tiada ibu bapa yang mengatur,mengarah , menegur. 100% di tangan kita. Kita lah yang mencorakkan hari-hari kita. Dan pastinya kita inginkan yang terbaik!pastinya kita mahukan hari yg kita lalui pada saat ini lebih baik dr semalam.
andai tiba musim hujan,pasti tiada kain di jemuran. Hampir seminggu hujan turun tanpa diduga waktunya. Bumi uia kembali sejuk. Kipas dibilik semua terhenti. Menggigil saat menyucikan diri. Air whudu’ yang membasahi wajah sejuk luar biasa. Kabus menutupi hampir keseluruhan bentuk muka bumi.sayu..
sesekali hujan tempias ke kamar. Menandakan arah angin beralih arah. Kerana ia jarang-jarang sekali berlaku. Dengan kuasa Allah,tiada apa yang mustahil.masing-masing berpayung ke kulliyyah. Andai ada yang berkenderaan, pasti saja ramai yang menumpang..tapi, masih ada lagi yang dibuai mimpi. Cuaca sejuk sering melesukan tubuh yang tak cuba melawannya.
Saat tamat kulliyyah. Semua bergegas pulang. Ada yang masih membuat perbincangan . ada yang terus pulang gembira menamatkan hari yang penuh dengan kuliah. Berbeza bagi yang mementingkan kesihatan. Pasti saja ada temu janji di female sport complex. Bermain kayak,jogging, squash, badminton, swimming? Semua kami penuhi. Masa sejam diperuntukkan untuk beriadhah. Seronok. Melepaskan tekanan di kuliah. Sihat. Mengeluarkan peluh dan membakar lemak dalam badan.^_^ Indah bukan? Beriadhah bersama-sama teman-teman, bila lagi kita nak merasakan semua ni?kalau bukan di universiti?
Setiap khamis. Saya akan terasing dengan teman-teman sama belajar. Mula memasuki kelompok usrah. Lain suasananya.lain pemikirannya. Pertemuan di masjid sgt seronok! Duduk dalam bulatan,tadabbur ayat2 Allah,berkongsi sirah2 nabi, tasmi’ surah yang telah dihafal..hadith yang telah dipelajari...dan tentunya permasalahan2 yg berbangkit.azan maghrib berkumandang.. iftor jamai’e. Mula menambah teman2 baru, dr perlbagai latar belakang majoring dan kos. Muka-muka tenang dan jiwa-jiwa bersih mula merapatkan ukhuwwah antara satu dengan yg lain. Malaikat mula melebarkan sayapnya di majlis ilmu yang penuh barakah!
bila malam mula meninggalkan siang, lampu-lampu mula terpasang. Tepat jam 7 malam. Uia mula disinari cahaya ciptaan manusia. Suasana kembali berubah. Masih aktif seperti siang. Sebab di uia ni..hampir setiap malam terisi dgn majlis2 ilmu.boleh dikatakan setiap malam ada saje kuliah2 agama,ta’lim, usrah, kelas mengaji, dan mcm2 event lagi yang dianjurkan oleh mahasiswa2 dan mahasiswi2 yang terlebih aktif.huhu
hampir tengah malam, pagar mahallah pasti ditutup. Demi keselamatan dan tandanya waktu keluar dah berakhir untuk hari ini. Lampu-lampu di kamar mula menerangi kepekatan malam. Seolah ada penempatan jika dilihat dari satelite. Ada yang masih berjaga,ada yang sudah melabuhkan tirai.tanda tuannya sudah tidur.dan, saya masih di sini, di meja yang masih berhadapan dgn jendela. Cuma suasana luarnya sgt berbeza. Jendela jiran di hadapan menjadi teman malam. Tingkap masih terbuka. Angin malam menghembus lembut.
sekian- catatan seorang mahasiswi
Setelah hampir 2 tahun 1 sem tinggal di bilik yang sama dan compartment yang sama.kini masanya untuk berpindah..(sedih) berat sebenarnya, tapi,sekali sekala manusia itu perlukan pada perubahan. Apa yang diharapkan, semoga teman sebiliknya yang baru adalah dalam kalangan mereka yang baik-baik. Menjaga aurat,menjaga solat, rajin mengaji, mengambil berat, pengemas, disiplin dan yang paling penting hati-hati ini sentiasa mendekatkan diri dgn Allah dan dalam setiap pergerakan dan hembusan nafas , Allah sentiasa di hati!
Buat rumateku,terima kasih yang tak terhingga kepada kalian. Yang sgt2 mengambil berat tatkala diri ini ditimpa musibah, saat badan panas akibat demam, saat diri ini memerlukan bantuan...terima kasih untuk barang-barang yang dipinjam,terima kasih untuk segalanya!seronok dapat berkenalan dan duduk bersama kalian, menghabiskan waktu bersama...dan saat yang tak boleh dilupakan ,ialah saat kita solat jemaah bersama pada bulan ramadhan..sungguh.hati ini merindukannya!

Fatin, lia sgt suka dengan post fatin yg ni. Sungguh mesra alam untuk lia bace. Semuanya betul. Kehidupan di uni. Kita xkn dapatnya di tempat lain. Btw wish all the best 4 ur final k! Take care :)
ReplyDeletehaha..thanks lia ^_^
ReplyDeletelia pun all the best n take care too!
bestnye kak nadia dpt bilik and compartment same..
ReplyDeletehaha..kebetulan je tu fana....sem depan x dpt dah...:( tu yg sedih tu..huuu
ReplyDelete