Cerita lama
“ema…ema….ma..bangun subuh..”
Sambil mengusap2 mata yang sangat sukar dibuka akibat berborak sehingga lewat malam.saya bangun dari katil.mengejutkan kawan yang tidur di bawah.sekadar beralaskan selimut.teman saya ni tertinggal kunci di biliknya.lalu menumpang tidur di bilik saya.oh!ini cerita lama.
Saya pun bangun macam biasa.lalu ema kata,
“weyh..giler la..aku tak penah tengok katil kemas camni pas bangun tido!”
Saya pelik.tak pernah ada orang berkata begitu pada saya.itu kali pertama.
“huh…?normal je.maybe material die kot..dah dah bangun2…”
….
Saya tak suka di label sebagai seorang yang terlalu mengejar kesempurnaan.kata orang putih ‘perfectionist’.ntah? kenapa.sebab saya rasa saya seorang yang biasa sahaja.normal kan manusia suka kan kekemasan.dan dari situ saya dinilai sebagai seorang yang perfectionist dalam kalangan teman-teman saya.sehinggalah ke kerja-kerja saya.padahal saya buat macam biasa.tak terlalu detail tetapi kemas.selagi boleh dijaga kekemasannya,maka jagalah.
Bukan sekadar tumpu kan kekemasan pada kerja agar nampak presentable,tapi,kekemasan juga harus ada dalam diri.kekemasan dalam menyusun jadual,menyusun buku-buku misalnya,lukisan-lukisan kanvas,alat-alat tulis,dsb.sememangnya kemas itu nampaknya indah!tenang…
Tapi saya bukanlah seorang yang terlalu ingin kan kekemasan dan kebersihan sehingga jadi terlalu memilih.tak.bukan.sekadar yang mampu dan bersederhana.sempurna bagi mereka,tetapi biasa buat saya.bagi sesetengah orang kekemasan itu terlalu “pelik” lebih-lebih lagi untuk pelajar senibina.
“ini bilik budak kaed??”
Selalu nya orang akan berkata begini bila dtg bilik.saya dah tak tahu nak bagi respon apa.itu normal.
Ramai lagi budak kaed lain yang pandai menjaga kekemasan dan kebersihan.jadikan mereka sebagai contoh.projek yang banyak,lukisan yang banyak,alat drafting yang banyak,bukan alasan untuk menjadikan bilik kita bersepah dengan habuk-habuk pemadam,kertas-kertas lukisan,cat air dan sebagainya.ingat,compartment kita ini juga ruang untuk kita beribadah.maka,kena sediakan ruang untuk bekerja dan beribadah juga.
Dalam keadaan diri yang stress dengan projek,bertambah-tambah lagi dengan keadaan bilik yang sepatutnya untuk berehat kelihatan bersepah-sepah,bukan kah lagi menambah kan beban di kepala?so,cuba kita ambil masa seketika untuk kemas,bilik compartment kita tak terlalu besar pun.hanya ruang yang comel itu untuk dihias sebaiknya,kemas dan dijaga kebersihannya.mudah kan?sekadar mengambil masa beberapa minit untuk mengemas.andai mempunyai masa lapang,atau lebih masa terluang,apa salahnya sesekali kita sapu juga compartment teman sebilik kita,mop lantai dan lap kan habuknya.
Andai hati kita tenang,berlapang dada,inshaAllah segala hasil kerja kita akan kelihatan baik.bukan sekadar baik di mata manusia,tetapi ingat,Allah juga sukakan kebersihan.dan kebersihan itu separuh daripada iman.
Lebih lebih lagi kita yang perempuan ini,sangat-sangat perlu untuk menjaga kekemasan dan kebersihan.adakalanya kita terlalu menjaga kekemasan penampilan kita,agar kelihatan menawan di luar,tapi ada kekemasan lain yang perlu dan harus diutamakan.iaitu kekemasan dalaman kita.mostly,saya lihat mereka yang terlalu menjaga penampilan di luar,kurang mengambil berat kekemasan dalam,yang kurang kelihatan oleh ‘lelaki’.sering saja bilik nya kelihatan bersepah.akibat terlalu mengejar masa untuk memakai mekap.akhirnya baju-baju bertebaran di lantai…katil yang tidak dikemas,sampah yang tersimpan berminggu-minggu.nauzubillah.
Andai kita tahu kita orang Islam,jagalah imej, kebersihan dan kekemasan kita.tak kira dimana kita berada.andai hati kita bersih,persekitaran kita bersih,inshaAllah kita pun bersih dari syaitan.sebab syaitan suka tempat-tempat yang kotor dan gelap tak bercahaya.wallahualam.
sekadar perkongsian.saya bukanlah manusia ‘sempurna’ …
haha.. mmg time project bilik akan disaster~
ReplyDeletetanak disaster wat kat studio la.. huhu
haha...studio dah sah sah disaster...huhu...
ReplyDelete