07 December 2010

ingat Allah,itu yang terbaik!


Alhamdulillah,dengan bermulanya tahun baru,awal muharram ini,sama-sama lah kita tanamkan azam.pasti semuanya ada azam tersendiri,kan?apa azam anda?matlamat dalam hidup kita untuk sama-sama mendapat kesejahteraan di ‘kampung’ akhirat kelak yang kekal abadi…

Sempena tahun baru ini,saya dah berniat nak tukar blog ni dgn wajah baru.err,actually x ade bnyk perubahan sgt.cuma bground yang gelap terasa sedikit hambar.maka,hasil penulisannya pun cerita yang ‘sedih’.so,apa kata,tahun baru ni…ha,kebetulan semester 2 pun bakal bermula,jadi saya berazam nak sentiasa ‘ceria’ dalam hidup.dan saya nak berpegang pada kata-kata “ingat Allah”.

inshaAllah,tahun ini..setiap saat,setiap detik yang dilalui,saya akan belajar untuk sntiasa menjalankan rutin-rutin harian dengan sentiasa mengingati Allah.inshaAllah..percayalah,dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Bila ingat Allah,hati akan terasa takut mendekati maksiat.terasa takut dengan melakukan perkara yang dilarang Allah.sentiasa berfikir akan kejadian Tuhan.setiap musibah yang menimpa akan kita hadapi dengan tenang.setiap kejayaan,semuanya milik Allah.apa yang kita miliki,semuanya milik Allah.oleh itu,jangan lah kita kedekut nak ‘memberi’ walaupun sedikit.tapi,nak memberi pun perlulah berpada-pada,serba sederhana.bila hati ingat Allah,semuanya akan baik-baik saja.

Dan sebagai peringatan buat diri sendiri,saya terfikir satu idea untuk letakkan satu soalan yang menarik pada header blog saya- “apa khabar iman hari ini?”…huhu,so,bila setiap kali saya buka blog saya,bila saya mula menaip,saya akan tny khabar iman saya?apa yang telah saya lakukan hari ini?adakah amalan saya makin bertambah atau sebalikny?adakah saya jaga muamalah dgn baik hr ini?adakah saya menjaga pandangan?saya mengumpat orang lain?menyimpan dendam?tersimpan rasa benci pada orang lain?[nauzubillah]

Alhamdulillah,result untuk sem lepas…boleh dikatakan meningkat.dan saya dpt satu ciuman dr ibu!untuk kali kedua nya saya berjaya mendapatkan dean’s list setelah result sem lepas jatuh sedikit.beban yang selama ni dipikul,terasa hilang serta merta bila kejayaan diraih.

tp saya sentiasa mengingatkan diri,bukan sekadar pointer sudah dikira satu kejayaan yang besar.saya selalu mengukur kejayaan diri dengan,pertama sekali,bagaimana hubungan saya dengan Allah sepanjang sem lepas?alhamdulillah,walaupun saya tak dapat peluang untuk join ‘bicara wanita’ bersama Dr.(mak cik) setiap khamis, tp sekurg-kurgnya saya belum pernah ponteng usrah.sebab saya selalu yakin,setiap masa yang saya sumbangkan untuk agama Allah,Allah pasti akan beri ganjarannya semula.

Keduanya,bagaimana hubungan saya dengan ibu dan keluarga,mak cik,pak cik.setiap kali peperiksaan menjelang,saya akan message orang2 yang tersayang,untuk mohon restu dan doa dari mereka agar dipermudahkan menjawab xm.saya belajar untuk mohon maaf pada teman2..salah dan silap,jika ada hutang yang belum selesai,elok lah diselesaikan dulu,semoga lancar dan berlapang dada ketika menjawab xm.dan setiap kali result keluar,mak cik dan pak cik lah orang kedua yang akan saya beritahu.disebabkan hubungan kekeluargaan kami yang sgt akrab,mereka juga umpama ibu dan ayah buat saya.

Ketiganya,bagaimana hubungan saya dengan lecturer.erm..assignment memang terkadang tu…lewat submit.tp,nak buat mcm mana,saya tak suka paksa diri dalam keadaan tertekan.tp sebolehnya saya akan cuba siapkan.even saya dengan kwan2 kami jenis tak berkira dan saling bantu membantu dalam menyiapkan assignment.ye lah,berjaya sorang2 x best.kne sentiasa bantu membantu,n dalam doa kita,jangan lupa sebutkan juga nama teman2 kita.ikhlas kan hati,lapangkan dada,inshaAllah berkat.dan Alhamdulillah,jangan rs senang hati bila tak dtg class.klu boleh jgn ponteng.sebab setiap kelas yang kita hadir ada keberkatannya.erm,sem lepas dlm sejarah dan harapnya kekal sebagai sejarah dan takkan berulang lagi,saya TERponteng 1 kelas ungs.tak buat lagi!

Keempat,mcm biasalah ..hubungan dengan teman2.orang sekeliling kita.harus pandai jaga hati kawan.senior or junior.sma kos atau tidak.tp,ikut kmampuan jugak.jangan terlalu memaksa diri kalau tak mampu.tp seboleh2nya cuba untuk menjaga hati yang lain,tolong menolong,dsb.apa yang saya belajar,bila kita baik dengan orang lain,inshAllah mereka pun akan layan kita dgn baik.untuk disayangi,kita harus menyayangi terlebih dahulu.

Last skali,bagi saya,kejayaan juga diukur dengan aktifnya kita dalam university.alhamdulillah,disebabkan kami sibuk mencari dana untuk euro trip ni,so banyak lah aktiviti yang kami jalankan setiap semester.sambil belajar,berniaga…organize event…mcm2 lagi.dan bukan sekadar dalam kuliyyah,saya cuba join aktiviti di luar kuliyyah.alhamdulillah kenalan saya yang dr ict,yang masih ingat saya..kdg2 mereka ajak saya join ,anything.tp terkdg masalah kekangan masa dan kesibukan studio menyebabkan agak payah untuk join kelab luar.tp,Alhamdulillah dengan izin Allah,dengan bakat yang telah Allah kurniakan,dan minat yang ada,saya di minta untuk contribute dalam secretariat multimedia src.saya x menjanjikan untuk beri sepenuh komitmen,bukan sekadar mengutip pengalaman,tapi amanah yang telah dipertanggungjawabkan itu.. bagi saya,sesuatu yang amat amat perlu dititikberatkan.jadi, bagaimana untuk menguruskan amanah ini dengan baik,bagi saya ia cukup untuk melengkapkan satu kejayaan!wallahualam..

Dan sudah tentunya sebagai manusia biasa,saya bukan lah sempurna.bukanlah yang terbaik.kita semua sama.ada kepakaran dan kepandaian masing-masing.tp ingat,sekadar ilmu yang melekat di dada kalau x amalkan,x dikongsikan…dan tak merasakan keagungan Allah,alangkah ruginya.saya mengaku,kdg2 saya terlupa leka dan alpa.terlalu mengikut system barat…kdg2 kita perlu berfikir,duduk di university Islam,belum cukup lagi ilmu yang ditanam untuk satu hari nanti dapat keluarkan satu design atau satu invention yang benar2 boleh membuka minda dan membuat manusia terfikir ttg keagungan Allah…subhanallah!seronoknya!kan…?

Hmm…terpnjang pulak post kali ini.13hb, kuliah dah start.so,inshaAllah,dengan tertanam nya azam baru ini..”INGAT ALLAH”..saya akan berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik!amin..amin..amin!hm…apa azam anda??hehe

6 comments:

  1. chaiyok2..teruskan usaha lagi.bukan usaha saja perhubungan sesama makhluk jgk..
    cuti dah nak habis..

    tingkatkan semangat nak belajar lek ok..(peringatan tuk diri sendiri)

    ReplyDelete
  2. huhu...yup dur!!dur pun...semangat awal2 jek..haha..last2 nt longlai balik...=P..inshaAllah kali ni cuba ntuk TAK!^_~

    ReplyDelete
  3. haha..awal2 jer semangat..last2..hancus..
    so katakan TAK pada lemah semangat..

    n study awal2..bukan study tuk exam..^_^

    ReplyDelete
  4. yup!betul dur...uhhu..hmm...=)

    fana,
    terima kasih:)

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.