14 September 2010

bukan permaisuri




"alaah..kesiannya putu embah demam.."
"nana..kamu demam ye?lma dah?"
"na nak air..?nt bagi baik demam nya..esok nak raya nih..nah baca selawat,biar cepat sembuh"
"kenapa demam anak abah ni...?nak raya nih..."


raya kali ni.saya jatuh sakit.smile nak buat mcm mana,mujur masih mampu gagah-gagahkan badan untuk persediaan raya.cumanya bila kat kpg,saya terbaring je atas katil.lena memejamkan mata.merehatkan badan yg dah jauh berjalan.semua bertanya kan saya.begitulah keluarga,sanak saudara,prihatin.apa yang saya mampu bantu saya cuba membantu.

bila di kampung,itu adalah rumah nenek kita..sememangnya kita adalah tetamu nenek dan atuk,tetapi kita bukanlah 'permaisuri'.kerja-kerja yang didapur,kita kenelah bantu,ringankan tulang.tak kira kita lelaki mahupun perempuan.dua-dua pun sama sahaja.kita bantu apa yang kita mampu lakukan.

walaupun kita x pakar dalam memasak,sekurang-kurangnya kita boleh bantu dalam kerja-kerja membasuh pinggan mahupun membersihkan halaman rumah.kurang sedikit beban nenek yang dah mula sakit-sakit sendi dan x segagah dahulu.smileya,sememangnya dulu saya x pandai nak bawa diri bila pulang ke kampung.tapi,dalam perjalanan pulang ke kampung,ibu dan ayah selalu pesan pada anak-anak,"...bila sampai kampung nt,jangan duduk je,tolong apa-apa yang patut...tanya khabar mak cik pak cik.....borak-borak ngn atuk...nenek.."

kata ibu,walau belajar setinggi mana pun,perkara yang sangat2 basic kita perlu master duluwink

kemeriahan aidilfitri



"ya Allah..hasif,banyaknya mercun...beli kat mana nih..?
"x taw..mama yang beli..."

dah 4 tahun berlalu.kali ini raya ke 4 tanpa ayah.selama 3 tahun kami beraya di n9 dahulu,tahun ini,kali ini,kami beraya di kampung ibu dahulu..kemeriahannya masih terasa.seronok bila bersama keluarga,saudara mara.berkumpul malam raya,membuat persiapan raya yang serba sederhana.

suasana kampung ibu dan ayah sangat berbeza.keluarga ibu,berketurunan jawa yang amat terkenal dengan lemah lembutnya,dan sebelah ayah,orang 'negeri' yang berbeza pula lenggok bahasanya..budaya dan kemeriahan beraya yang sgt berbeza.yang pastinya beraya di kedua-dua kampung pun best!

raya pun raya jugak,adab menziarahi keluarga,sanak saudara,adab bertandang di rumah orang harus dijaga.yang paling penting jangan ketinggalan menjamah kuih raya yang sedap2!!huhu..oh ye,ni hobi baru ntuk raya tahun ni..bila terasa kuih yg sedap2 minta resepi pada tuan rumahbiggrin hee..nt boleh cuba!yg pastinya kuih yg dibuat sendiri lah..raya ni berkesempatan minta resepi kuih cornflakes oat dan...cheese cake lemon..inshaAllah,kalau sempat mencuba boleh la post kan kat blog.x janji ye..^_^


hmm..gambar di atas ni,gambar adik arwah atuk.sungguh wajahnya macam arwah atuk.terkenang saat2 bersama atuk dulu..kami minta bergambar bersamanya..x sangka atuk sgt sporting.umurnya dah menjangkau 80 lebih tapi masih panjang umur..sbb kata ibu,atuk sgt positive thinker orangnya..walau hidupnya susah,namun tetap tenang.smile


wajah-wajah ceria di aidilfitri



negeri sembilan,raya kedua


raya kedua,kami pulang ke negeri sembilan pula.kali pertama lalu highway lekas.hurm..rasanye lalu jalan biasa lagi cepat..tapi saja2 tukar angin kali ni.n yup!view di sepanjang jalan sgt cantik!winkbila sampai negeri9,pemandangan terus berubah,dr tingginya pohon kelapa..dan terbentangnya sawah padi yang kehijauan..kepada pemandangan bukit bukau yang sangat memukau..subhanallah!n..gambar kat atas ni,gambar kat kebun getah...kalau kat sabak bernam banyak sawit,kat n9 pulak banyak getah...^_^



namanya balqis.mungkin nama kami x serupa,tapi ibu kata,wajah balqis seiras wajah saya sewaktu kecil dahulu..mashaAllah..geramnya saya melihat balqis.saat kali pertama memandang cucu tok lang saya ni,sungguh mengingatkn saya sewaktu saya kecil dahulu.bila menangis,hidungnya akan menjadi merah...huhu...telatah manjanya..di samping atuk dgn nenek lang..biggrinhee...kawaii!

nenek sgt sinonim dgn keramahannya dan caranya melayan tetamu yang hadir.kalau boleh setiap tetamu yang hadir mahu dihidangkan nasi..sampai kami x cukup tgn nak menyediakannya.nenek mmg sgt memuliakan tetamunya..sanak saudara yang berkunjung di kpg..

satu hari,memang kami x sempat nak masak nasi lagi..sementara tetamu menjamah makann...nasi sedang di masak..dan tetamu yg hadir x putus2 berkunjung tiba...hmm..di universiti memang kita bijak membuat keputusan,tapi bila sampai saat sebegini...hmm,mcm mana ye?kebetulan kami baru je pulang beraya.ibu dah letih,giliran saya mengambil alih tugas ibu,biarkan ibu berehat...jadi saya ke dapur,tolong mak lang apa yang patut..at last,saya buat air satu jug,dan saya hidangkan untuk "ibu-ibu"..saya layan tetamu mcm biasa cuba melengah-lengah kan masa..haha...teruknya niat saya..tapi nak buat mcm mana..itu saja caranya untuk kurgkan tension mak lang di dapur...fuh!akhirnya...semua berjalan seperti biasa..hajat nenek pun sampai...

al maklumlah..orang-orang tua ni,kdg2 kita perlu turut kehendak mereka.kerenah mereka yang pelbagai kita cuba penuhi.hati orang tua sgt sensitif.kita perlu jaga nya dengan baik...selagi hayat di kandung badan..hargailah saat-saat bersama mereka..razzjangan lah mudah ambil hati dengan kata-kata mereka..saya seronok melihat pak cik dan mak cik2 melayan atuk dan nenek..mana yang baik kita contohi...kata ibu,"esok kalau dah berumah tangga,sayangi mertua macam ibu bapa sendiri..sebab..kalau tak ada mertua kita tu,tak adalah suami kita..." wink

yup.betul kata ibu...hurm..ini lah sedikit sebanyak pengalaman berada di kampung.semakin kita membesar,mendewasa,semakin kita memahami dan menghayati erti hidup.setiap apa yang kita lakukan hari ini,menentukan siapa kita di hari esok!wallahualam...


2 comments:

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.