08 April 2009

kembara ilmu syria-siri 7

.....Gereja Buhaira

Mesti korg pernah dgr nama Buhaira,seorg pendeta nasrani yang merupakan ahli kitab dan hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW.Sejarah menceritakan ketika ketibaan baginda Rasulullah SAW ke Busra buat pertama kali bersama paman baginda, Abu Talib, Buhaira menyaksikan keanehan pada budak yang bernama Muhammad ini.Perjalanan kabilah Abu Talib dinaungi oleh awan yang melindungi keseluruhan kabilah tersebut daripada terik bahang mentari.Semasa Nabi berteduh di bawah pohon di Busra, dahan pohon tersebut seolah-olah tunduk untuk memayungi baginda.Buhaira dapat merasakan sesuatu tentang budak yang dibawa oleh Abu Talib.Lantas dia menarik Abu Talib ke satu sudut dalam Kanisahnya untuk bertanyakan tentang Muhammad.Apabila ditanyakan kepada Abu Talib;

" Adakah Muhammad itu, anak kamu?"Abu Talib mengiyakan soalan tersebut.

"Aku yakin dia bukan anak kamu,kerana Nabi akhir zaman adalah seorang yatim!!"

Abu Talib segera mengatakan yang Muhammad bukanlah anak kandung,sebaliknya anak saudara yang dipeliharanya seperti anak sendiri.Jawapan Abu Talib memberikan sepenuh kepastian kepada Buhaira.Buhaira lantas menasihati Abu Talib,
" Muhammad adalah Nabi akhir zaman yang disebut dalam kitab-kitab suci kami.Bawalah dia pulang kerana sekiranya diketahui tentangnya oleh orang Yahudi, mereka akan cuba membunuhnya!!"

Sehingga sekarang,gereja di mana perbualan tersebut mengambil tempat masih wujud,meskipun cuma tinggal rangka bangunan semata-mata.Satu lagi perkara menarik yg ade kat busra ni,ialah wujudnya kesan tinggalan tapak kaki unta nabi Muhammad SAW semasa baginda berhenti di busra, terletaknya di Masjid Mabrak An-Naqa dan tapak kaki unta nabi tu masih ade sampai sekarang~dan ini je gambar yg dapat diambil,disebabkan tempat tu agak gelap,so,camera x dpt capture kesan tu dgn jelas..tapi..inilah buktinya.Walaupon Busra ni x secantik tempat2 lain yg ade kat syria,tp sejarahnya membuatkan busra ni sgt menarik,lebih2 lg tmpat ni bnyk kaitannya dgn nabi kita,nabi Muhammad SAW.


No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.