pandangan Qala'at al-Hosn dr jauh...subhanallah~
Qala'at al-Hosn...Crac de Chaveliers
Banyak2 tempat kat syria ni,Qala'at al-Hosn(qol'ah hisson) ni lah antara tempat yg paling aku suke...perjlnn nak ke sana,cukup cantek...sejuk mata memandang~lebih2 lg aku sgt cintakan kehijauan,huhu... subhanallah,rase mcm nak berlari2 je kat padang rumput yg luas tu...haha.



Qala'at al-Hosn ni merupakan
citadel yang terbesar di Timut Tengah..kubu ni merupakan antara salah satu kubu kepunyaan tentera salib yang paling kukuh dan megah..tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi tak pernah dapt menembusi kubu ni..tp setelah kalahnye tentera Salib di Hittin dan Jerusalem, kota ini akhirnya diserahkan setelah ditinggalkan..
Antara kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.
luar kubu~
sekitar kawasan dlm kubu..mmg besar!
haha,akhirnya kami sampai ke puncak..ni lah pemandangan dr atas citadel~
sebelum pulang,kami sempat menjamu selera n berhenti solat~ Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya;
"Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."
gamba last tu tnampak byk jeruk..zaitun, cili n pe tah wrne merah uh...kubis kalau tak silap.... mesti tak abes makan nih...
ReplyDelete...x hbis2..klu fmi tu,hbis ke??
ReplyDeletehuhu mmg xleh nk telan la jeruk2 2...huhu
ReplyDeleteshhhhh..aminah,jgn gtaw kelemahan kite kat fhmi..haha..katakan je yg kite dh habiskan buah zaitun tu..siap bungkus masuk poket lg...haha~
ReplyDeletehaha kantoi di situ... owh korg mmg takleh mkn langsung ker..ai~
ReplyDeletexde lah..mkn je...-_-"
ReplyDelete