Allahurabbi, menitis air mata tatkala baca message di tumblr. Terasa...ya Allah, di mana tempatku di sisi Mu? terasa..terlalu jauh sangat, walau berkali-kali cuba untuk mendekati. kadangkala terasa, di mana keikhlasan dalam beramal? riak kah diri ini? kenapa aku di sini? untuk ape aku ke sana?
astaghfirullah.
Jari jemari ini, yang Allah satukan dengan hati, dilhamkan oleh Nya untuk menulis, apa yang sekadar mampu di tafsir oleh akal yang masih cetek ilmunya, dan hati yang mungkin pernah tergores dengan bintik-bintik hitam, yang seringkali cuba dicuci, digilap, namun...pernah juga tersungkur.
kerna
aku juga manusia seperti kalian.
naqibah ku pernah mengatakan, pandanglah setiap orang itu seperti mad'u kita. mad'u adalah orang yang didakwahkan. kadang terdetik dan terniat dalam hati, aku sampaikan untuk mengajak ke arah kebaikan,namun, tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.
buat adik,
akak pun, sebenarnya masih cuba koreksi diri, masih banyak yang perlu akak perbaiki. salah satu yang menguatkan akak, ialah ukhuwwah dalam berusrah. di situ akan diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam beramal, untuk sentiasa cuba menjaga mutabaah amal, dan selalu mempertingkatkan diri dengan ilmu yang kadang kala kita tak dapat dalam pembelajaran formal.suasana tarbiyyah sebegitu yang menguatkan..kadang2 surrounding kita berubah, kita pula cuba mentarbiyyah kan suasana kita sedaya upaya dengan apa cara..
kekuatan itu, ada...bila mana 'doa rabitah' dibacakan,(itu yang akak dpt rasakan) dan wajah2 sahabat kita yang solehah sentiasa dipancarkan dalam doa. buatkan akak, selalu teringat walau berjauhan dengan mereka. inilah yang dikatakan, ukhuwwah kerana Allah...kita tak pernah berpisah, tp akan bertemu semula di jannah. inshaAllah!
sahabat alam-maya
semoga kita berukhuwwah kerana Allah.
regards
kak fatin
p/s: bangun tahajjud + berautoCAD #heh
salam ramadhan ke-22
