bismillah
alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, kini syawal tiba. selamat kembali kepada fitrah.
tentu ramai yang sudah pulang ke kampung pada akhir malam ramadhan hari itu .kelainan syawal tahun ini, kami pulang awal ke kampung disebabkan nenek masuk wad.
dengan persiapan yang serba sederhana. kami pulang ke kampung dengan niat menziarahi nenek dahulu di hospital. waktu melawat bermula jam 4.30 petang. alhamdulillah, kami smpai tepat pada masanya. saya suka jalan2 di negeri sembilan. rasa redup, sejuk dan udara nya bersih dan nyaman.
waktu berubah
setibanya kami di wad, saya lihat nenek terlantar lesu, tubuhnya sedikit kurus. nenek lemah .tak seperti dulu lagi. nenek yang dulunya kuat dan cergas, rajin bekerja mencari sesuap nasi, menyambut anak-anak dan cucu-cucu dengan juadah yang bermacam2, kali ni...tak lagi...
tangan nenek menggeletar, seluruh tubuhnya sejuk. nenek masih kemas bertudung. bersungguh menutup auratnya.
sekali sekala saya cuba membetulkan tudung nenek. saya genggam jari jemari nenek, melurut2kan jari jemari nya yang kasar. tergambar betapa banyaknya kudrat nenek sepanjang membesarkan anak-anak.
sambil memberhentikan getaran tgn nenek yang masih separa sedar, saya bacakan al-fatihah dan selawat berkali-kali. mohon agar Allah beri kekuatan pada nenek untuk melawan penyakitnya.
saya tahu nenek kuat. walaupun atuk baru sahaja meninggal kan kami semua, atuk terlebih dahulu dipanggil Allah.(semoga Allah merahmati roh atuk) saya tahu, nenek terlalu rindukan atuk.
pak lang setia menemani nenek. pak lang lah satu-satunya anak nenek yang dekat dan tempat nenek selalu bergantung. sejak ketiadaan ayah, pak lang lah yang berperanan seperti anak sulung.
ibu pula, walaupun rindukan kampung halamannya, tetapi sebagai menantu yang sulung, walaupun ayah telah tiada, ibu mengambil peranan yang besar untuk menguruskan persiapan hari raya di rumah nenek, dan saya, setia menemani ibu, membantu ibu sepanjang masa. saya kagum dengan ibu. rasa kebertanggungjawaban yang ada pada ibu, mungkin kah saya sekuat ibu jika saya lalui situasi seperti ibu?
"nt rendang tu buat lah daging 6 kilo.... .. ."...sempat lagi nenek berpesan sebelum kami pergi. memang kebiasaanya bila raya nenek akan masak rendang, nasi impit dan beberapa lauk negeri sembilan yang lain-lain.
" ya mak..tak pe mak...mak x payah fikir semua tu...nt saya buat.mak jaga diri je , ye?" , suara ibu lembut cuba menenangkan nenek. air mata saya hampir mengalir. saya teringat ayah. andai ayah masih ada di sisi, pasti nenek senang. lebih semangat. skrg, seolah-olah tempat pergantungannya berkurang..seorang demi seorang insan yang paling disayanginya pergi meninggalakan nya.
cinta ibu

dalam kereta, mcm2 yang ibu ceritakan ttg nenek. dari zaman hidup nenek yang susah hinggalah ke hari ini. baru kami tahu, nenek terlalu banyak bekerja dahulu. demi membesarkan ayah kami dan yang lain-lain. "dengan orang tua-tua kne bnyk bersabar, kadang2 disebabkan tekanan hidup, adakalanya kata-kata yang keluar dr bibirnya perkara yang x disenangi...tp dulu, ayah selalu membela mak nya (nenek)...disebabkan nenek..mcm ni..mcm ni... nenek jd mcm tu..." ibu sambung lagi, "..lihat mcm mana ayah didik ibu, anak-anak...supaya banyak bersabar dengan orang tua...mcmmane2 pun, mereka tetap kedua ibu bapa kita..."
saya tahu, ibu dah tempuh ujian yang sgt mencabar dalam hidupnya. tapi ibu sgt penyabar. ibu tetap berpegang kuat pada pesan ayah. saya semakin rindu kan ayah, saya teringin membesar dalam didikan nya yang penuh dengan nasihat.
beruntunglah pada mereka yang masih ada ayah!
tp ibu selalu ajar kami untuk bersyukur, kata ibu, "..syukur... kita ada ayah yang sangat baik & penyayang...sayang pada anak-anak.. ada orang tu, walaupun ada ayah, tp ayah nya mungkin tak baik, pukul anak nya..tak menjalankan tanggungjawb dgn baik. sekurang2 nya Tuhan kurniakan ayah yang baik pada kita...kan?"

teringat lagi pesan ibu bila ayah baru saje pergi, kata ibu, "ayah pergi dulu siapkan khemah untuk kita 'kat sana'...kita yg kat sini, kne siapkan bekalan untuk ayah...sedekahkan al-fatihah buat ayah,setiap amalan soleh yang kita buat, niatkan juga untuk ayah..."
air mata saya mengalir. saya berdiri kaku di hadapan pintu dapur nenek. melihat ibu bersungguh-sungguh mengacau rendang dalam kawah. sekali sekala kami bergilir mengacau. semangat ibu , kerana cinta nya pada ayah tak pernah padam
..tak pernah...

syawal pertama
sarung kusyen nenek kemas tersarung. semuanya kemas. kuih pun dah terisi. nasi impit, rendang ayam dan daging semuanya dah tersedia. adalah beberapa lemang hasil pemberian sanak saudara dan kampung terdekat. usai solat raya, kami mula melangkah ke kubur ayah dan atuk.
hujan rintik-rintik mengiringi langkah kami ke pusara ayah dan atuk, yang dikebumikan di tanah perkuburan yang sama. berhampiran dengan masjid yang selalu atuk kunjungi. atuk lah bilal masjid gemencheh. dan azan isya' terkahir di masjid itu juga lah yang membawa atuk pergi berjumpa Ilahi.
betapa pantas masa berlalu.
kita...tak tahu, bila pula giliran kita.kita takkan tahu bila Allah akan panggil kita. sejak kebelakangan ni, saya selalu ingat mati. saya terasa seperti ajal saya dalam masa yang terdekat. wallahualam. saya selalu terfikir, andai esok, saya tak dapat buka mata lagi, untuk bangun dan terus melalui hari-hari seperti biasa.
nenek, mengingatkan saya untuk selalu jaga kesihatan. arwah atuk dan ayah, mengingatkan saya untuk selalu ingat pada kematian. ya, ingat mati. sebab tu, adkalanya saya akan duduk terdiam. saya muhasabah dosa2 yang telah banyak sy lakukan. saya sendirian di bilik. menangis. sujud. dan terus menyesal dengan dosa-dosa yang terus mengalir.
mujur saya dikurniakan dengan nikmat Iman & Islam.
saya ada Allah!
saya ada Dia untuk mengadu.
untuk menangis pada Nya.
Ya Rabb.
ampuni dosa hambaMu ..

sms.
"pak lang mcm mane dgn nenek? bila boleh keluar hospital?"
"nenek keluar petang ni!"
"ibu!! nenek dpt keluar petang ni..tengok tu..pak lang letak tanda seru..mesti pak lang happy sgt.."sambil saya tunjukkan message pada ibu di skrin hp.
"alhamdulillah lega pak lang..." dapatlah kami beraya di rumah bersama nenek. alhamdulillah. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.
usai bersalam-salaman & bermaaf-maafan, kami mulakan sesi bergambar di luar rumah. kemudian tetamu dan saudara mara mula berkunjung. belah petang, kami pula berjalan raya. namun, nenek masih terbaring di atas tilamnya. masih belum terdaya untuk berjalan.
"ibu....kakak rasa, nenek dah uzur..."
ujian hati
bergembira di hari raya. saya hampir lupa untuk makan tengahari. terasa seperti masih berpuasa. hm. setiba nya di rumah orang, saya lah orang pertama yang menjamu semua makanan yang terhidang. selera agaknya.
hampir maghrib baru kami smpi di rumah. tetami nenek pun dah beransur pergi. saya rebahkan badan di kerusi ruang tamu. kekenyangan dan kepenatan agaknya. tiba-tiba mak cik saya menerjah, "laaa....anak buah mak long dah balik dah..klu x bleh kenen2 kan!"..."hm?siapa?...haha...ade2 je..."
"pak long nak kenen kan nadia dgn.... . . "
"hm...?orang nya mcm mana?", saya tak tahu nak bg respon mcm mana.
". . orangnya... . . ...mcm ni..mcm ni.... . ."
"owh... . ."
"knal2 lah dulu.."

"... klu nak tahu orang nya mcm mana, guna kanlah orang tengah. dgn mcm ni lebih terjaga...mungkin fatin boleh tanya atuk sedara fatin sendiri..."
saya dilema. hampir satu mlm saya sukar melelapkan mata. terngiang-ngiang dialog siang td. esoknya saya berkongsi dgn ibu..saya hanya mengambil pesan ibu, "kakak...kakak bakal graduate, kakak jgn terlalu merendah diri.... . . ibu yakin keluarga nya orang baik2.. . . . "
"tp bu... ."
ada sesuatu yang saya pendamkan. mungkin lebih baik untuk tak ceritakan yang ini. hmmp. bila ujian mcm ni dtg lagi, saya buntu. saya...tak tahu nak respon mcm mana lagi.
raya kedua, masing2 pulang ke kampung halaman belah sna. begitu juga keluarga pak lang. sebelum pulang, mak lang memanggil saya, "nadia...nadia..sini kejap!"...saya berlari ke arah mak lang..mcm urgent. "knape mak lang..?".... . "kenduri abg haziq hr tu, pak lang kata, lupe nak pesan kat nadia, nt esok2 nak pilih calon suami, jgn yang jauh2..."..."oh..haha...ye lah mak lang..." saya tersenyum bila pak lang pesan mcm tu. emh. maka doa sajalah .
dulu lain, sekarang lain
di kampung belah ibu pulak, sebelum pulang, sambil menghulurkan salam tanda maaf dan kucupan buat embah tercinta, sempat embah berpesan, "cari jodoh yang sempurna,baik-baik, yang kamu suka, ibu kamu suka..."..."haha..ye embah..inshaAllah...embah doakan ye"
kalau dulu, yang selalu keluar dr mulut embah."belajar rajin-rajin smpi masuk universiti..." embah..embah...selalu ingin kan yang terbaik buat cucu-cucunya...
catatan syawal 2011
from negeri sembilan to sabak bernam
ada kelainan sikit pada syawal kali ini. saya melihat kehidupan dari sudut pandang yang berbeza. ibu kata, saya dah dewasa harus pandai bawa diri. saya harus matangkan fikiran saya. semua yang keluar dr mulut ibu, memberikan suntikan positif pada diri saya. syukur, saya dikurniakan ibu oleh Allah. seorang ibu yang tabah dan kuat membesarkan anak-anak, kami berempat in sehingga menjadi insan yang sempurna.
saya ingin menjadi seperti ibu. syawal kali ni benar-benar mendidik jiwa saya supaya sentiasa ingat Allah di kala susah & senang. moga ujian yang saya lalui ini, lebih mendekatkan diri seorang hamba yang lemah lagi hina ini kepada pencipta nya.
berbaki lagi tiga hari untuk saya pulang ke kampus. cabaran baru bakal mendatang. sedang menanti untuk memantapkan iman dalam diri. semoga tarbiyyah ramadhan yang lalu, memberi kesan yang mendalam pada diri.
azam baru | tahun 3 saya
lepas pulang ke uia, saya berazam untuk lebih fokus pada study & usrah saya. saya nak jadi anak yang solehah. pelajar yang cemerlang! saya nak perbaiki diri saya sebaik-baik nya. saya ingin berusaha bermujahadah untuk melawan hawa nafsu. saya berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh dan selalu kuat semangat.saya nak jadi matang, tp masih lagi ceria mcm dulu. inshaAllah.
ya Allah, rahmatilah kami.
till next time, inshaAllah!