pada persamaan itu, adakalanya mendatangkan satu keinginan dan kehendak yang sama. cuma, akal akan berkira-kira untuk meluah ataupun tidak.apa..perempuan itu sememangnya terlalu memikir bila ingin bertindak? tp,kenapa?
bila duduk bersama teman-teman, teringin sekali bertanyakan sesuatu. mcm mana.. pergaulan mereka dengan ibu?ayah? adik-beradik? erm.. kawan2 'special'? pada orang tua? mcm mana ye..? "kak fatin, hari tu banyak kan kak fatin borak-borak dengan mak kita?... kak fatin pandai layan orang tuaaa..."... "eh? kenapa pulak? laa.. borak-borak biasa je... kak fatin suka bercerita dengan orang tua-tua... diorang banyak pengalaman... kak fatin, bila orang suka bertanya, suka lah bercerita ..huhu.." apa definisi 'pandai melayan orang tua'?hmm
kita, duduk di antara. ada teman-teman yang sangat ramah, lebih dr kita. ada teman-teman yang terlalu pendiam, kurang berbicara. sifat atau karakter mcm mana yang.. sesuai untuk semua manusia? yang boleh masuk pada semua golongan? hmmm. rasanya, belum tentu semua manusia mampu untuk menyesuailan diri pd semua keadaan, situasi, golongan tertentu, etc. then, ntuk pndai menyesuaikan, kita perlu banyakkan bersosial. berkawan dan bermasyarakat dengan semua lapisan masyarakat, itu pentingnya membina self-confidence.but no one's perfect, sedikit sebanyak, mesti ada kekurangan pd diri.tp inshaAllah boleh develop.
"skemanya awak!"..."hmm?skema?yeke?tp... kita just type apa yang terlintas, then huruf2 tu yang keluar" apa yang kita bermonolog berbisik2 dalam hati-type-dan keluar pada skrin... adakah itu melambangkan diri kita?hmm..wondering. gaya bahasa kita, itulah diri kita. bagi saya, bahasa yang kita guna pakai sgt penting, sebab gaya bahasa itulah yang menunjukkan sama ada kita menjaga hati orang lain atau tidak, kematangan dan serius bila berbicara, lawak yang bukan keterlaluan, ekspresi2 yang kne pada tempat,etc. dan pada bahasa itu dinilainya kematangan seseorang dan tahap pemikirannya.
dan apa pun yang kita lakukan, saya percaya, ia terletak pada hati.niat
pada niat itu, pasti ada harapan untuk mesej dihantar dengan baik. intonasi penulis,mungkin berbeza dengan pembaca. pentafsiran pada gaya bahasa mungkin berbeza. tp bila ia disandarkan pada niat yang betul, inshaAllah perbualan akan lebih disenangi, dan mesej mudah disampaikan dengan baik.
manusia akan tahu kedudukan mereka bila ada perbandingan. di situ kita dapat nilai, mana letaknya diri kita. tahap tertentu, atau sekadar sini sahaja. bukan untuk meninggi diri, bukan untuk merasa cukup, tapi untuk perbaiki kelemahan diri,untuk selalu belajar dari manusia lain. punya akhlak yang baik, bahasa yang indah. dan nilai itu terletak pada hati yang bersih dan ikhlas serta niat yang baik.
wallahualam
erm.
tiba-tiba jemari ingin menaip.
monolog pada intonasi "entah kenapa"

No comments:
Post a Comment