23 September 2012

akademi murabbi

jalan dakwah ni panjang,sangat panjang.
tapi ia menuju pada kemenangan yang hakiki, abadi



"best atau tak best, kita tetap perlu jadi murabbi!"

*gulp

Best ke jadi murabbi? 

Hari ni, menghadirkan diri ke program AM(akademi murabbi) yang bertempat di kulliyyah of economics. phew- jauh jugak dari mahallah, but, keluar pagi-pagi, jalan dengan rileks, ambil masa, lihat uia yang tanpa manusia = sunyi amat! heh. demi mencari ilmu, dan persediaan untuk jadi seorang naqibah inshaAllah, saya korbankan masa lapang saya untuk menghadiri program ni. mohon Allah permudahkan kerja-kerja lain selepas ni.ameen

Best sebab :-
  • kita melaksanakan tugasan yang diwarisi Rasulullah s.a.w
  • pahala mengalir bagai sungai yang tak putus sehingga hari kiamat
  • mendapat ramai sahabat yang bagus-bagus (soleh)
  • meningkatkan keyakinan diri ( bila menyampaikan)
  • meningkatkan kemahiran diri (communication, management etc.)
  • persediaan ke arah kehidupan yang 'satu lagi' :) (muwajih tersenyum)

kehidupan yang satu lagi, kehidupan alam berumah tangga nanti. masa tu lah kita perlu gunakan skill kita mentarbiyyah anak-anak kita sepertimana anak-anak usrah kita. kepelbagaian sikap pada anak-anak usrah kita, nanti kita akan aplikasikan pada anak-anak kita. sebab setiap anak itu sifatnya berbeza-beza. sebenarnya, tarbiyyah ini juga mematangkan kita. usrah adalah tempat yang terbaik untuk jadi ibu bapa yang terbaik.

Ciri-ciri murabbi yang sukses?
  • menguasai asas-asas Islam dengan baik
  • memiliki asas-asas akhlak Islam dengan baik
  • memiliki kualiti yang lebih tinggi dari mutarabbi
  • mampu mentransformasikan apa-apa yang dimiliki
  • mampu memimpin
  • mampu memutabaah
  • mampu mentaqyim(penilaian)
  • mampu membina hubungan emosi

"kerana setiap peribadi yang hebat pasti punyai seorang murabbi"

murabbi melaksanakan proses tarbiyyah dengan tujuan untuk 3 perkara iaitu melahirkan 'abid, dai'e dan khalifah. kata syeikh Abdullah al-Adal "tidak dapat tidak setiap akh mesti menjadi seorang murabbi" - tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi murabbi, tetapi perlu kita berusaha memurabbikan diri kita. *pheww...mendalam.



catatan akademimurabbi
SLOT 1- Langkah bermula!(kak sumayyah)
SLOT 2- Sang murabbi (akhi marwan)
SLOT 3- Bulatan Gembira Kita 
SLOT 4- Ada apa dengan BG? (ustaz mazrul)


so, apa rasa sekarang? tahap mana semangat antum?ikhwah? akhawat?
"super sayya..."

*hehe



2 comments:

  1. rasa semangat sangat baca entri fatin yg nie
    jazakillahhukhayran, fatin!

    :D

    ReplyDelete
  2. huhu..alhamdulillah umy :)
    bertamba2 smgt ftn..hehe
    waiyyaki <3

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.