26 September 2012

bila berbicara soal politik,perlu



ibu selalu pesan, kakak jangan obvious sangat psal politik dalam kampus. ibu x nak anak ibu jadi mcm pelajar-pelajar lain. saya pegang nasihat ibu, tp since blog ni dah private, saya kira saya dah bebas menulis. untuk 'generasi' yang bakal saya bentuk suatu hari nanti. agar mereka faham politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

hakikatnya, ramai pelajar lantang bersuara sekrang. tak kira dalam kelompok kecil atau besar. dalam kelas, usrah, atau di meja makan. pensyarah, tukang sapu atau pelajar.  tudung pendek , labuh atau berkopiah.semua mereka dah celik. minda mereka lebih terbuka, mereka tahu dan pandai membezakan pemimpin mana yang seharusnya mentadbir negara. dan saya sedih pada mereka yang masih tenggelam dalam janji-janji manis serta disogok dengan berbagai-bagai perkara dari segi material. kami student, tahu apa yang sedang kami lalui.

even, dalam realiti alam kerjaya kami juga, politik masih membusuk untuk kepentingan peribadi sesetengah pihak yang terlalu rakus. tanya saja arkitek landskap terkenal negara, fikiran yang sama, pengalaman yang lebih hebat telah membuktikan. even dalam lecture2 pun, kesedaran ini telah disuntik dalam diri kami. moga yang belum celik terus berfikir apa yang terbaik. jangan biarkan yang zalim terus menguasai dunia.kita tak mahu yang itu.

saya tak pandai bercakap tentang politik. tp saya selalu ambil tahu hal-hal semasa. selalu diingatkan jangan ambil cerita/berita pada sebelah pihak, maka saya mengkaji berita dari seluruh persepsi, dari ilmuwan-ilmuwan dan ulama' yang bersuara dan mengeluarkan pendapat ttg ini, malah dalam perbualan seharian, selalu menjadi topik bualan. mahasiswa skrg semakin berani, bersahaja dalam memberi pendapat, kerana mereka tahu hak mereka.

uia, sebuah universiti yang saya kira ditakuti menjadi sarang membiak manusia2 yang ingin ISLAM membangun. ya, kami dapat bezakan calon2 yang sepatutnya menjadi pemimpin dan calon yang 'tangkap' muat. tak perlu sebarkan berita atau berkempen, kami tahu menilai. ramai yang semakin mengambil tahu, sebab kami melihat, kami menilai dan kami mahukan ISLAM.

dan sememangnya kita perlu mengambil tahu. kalau bukan kita yang termasuk dalam rantaian2 yang membangunkan ISLAM, siapa lagi?bukan jemaah yang mempengaruhi keputusan, bukan kawan-kawan yang mengaburi mata, bukan disebabkan pensyarah yang berkongsi isu semasa, bukan sebab bahan2 internet video dan sebagainya yang menguatkan hati untuk memilih siapa, tp...


didikan ibu ayah dari kecil yang mendidik hati saya untuk memilih. kini, tugas kita untuk menyedarkan kawan-kawan kita untuk turun mengundi, tak kira PRK atau PRU. kebenaran yang tidak tersusun akan dijatuhkan oleh kebatilan yang tersusun, ingat kata-kata ustaz pahrol. sekarang, tugas kita untuk persiapkan diri kita, dengan ilmu dan alert dengan isu-isu semasa yang bukan hanya merangkumi subjek yang kita ambil tapi hal dunia juga. ia adalah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

wallahualam
PRK uia kali ni mendesak hati untuk mencoretkan sesuatu.

No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.