
Firman Allah SWT bermaksud:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah Al Ankabut: 2)
kadangkala dalam hidup ni, kita tak tahu apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. kita tak tahu apa takdir kita hari ini, dan untuk hari-hari yang seterusnya. mungkin kita boleh berharap dan bergantung, tapi. bukan pada manusia.
seringkali bila kita diuji, kita terasa seperti hari kita sudah tak bererti lagi. hidup kita seperti tak bermakna lagi. jarang sekali kita teringat kan Allah bila kita bahagia gembira. tp seringkali kita ingat kan Nya bila kita mula kecewa, hampa, sesak, sesat, tiada hala. at least, kita masih ada rasa berTuhan. sebab itu bila kita diuji, sebenarnya...Allah masih sayangkan kita. masih ada peluang untuk kita 'kembali' ke pangkal jalan.
sebab itu, solat jangan sesekali tinggal. even jahat mcm mana sekali pun kita ni (nauzubillah).
kadangkala, bila kita terlalu gembira, bahagia. itu juga mungkin salah satu bentuk ujian. yang....mungkin kita lebih tak sedar. bila Allah beri kita sesuatu, yang...mungkin 'hadiah' dalam hidup kita. berupa sesuatu yang paling kita suka. tp percayalah, di situ ada ujian 'tersirat' yang mungkin membuatkan kita leka dan hanyut.
sebab itu, mulakan apa2 pun dengan menyebut dan memuji nama Allah. berselawat ke atas Baginda...supaya langkah kita lebih terarah.
saya mengaku sendiri. adakalanya banyak perkara dalam hidup yang ....kita lupa Allah. kadang kala, nak memulakan sesuatu dgn bismillah pun, kerap terlupa. terlalu dahaga sebagai contoh, kita terus meneguk air. tanpa peduli 'dari mana' air itu datang jika bukan dari-Nya. tanpa izinNya, apa pun takkan berlaku. perkara yang kecil, tp jika kita nilai semula, hidup ni hanyalah pinjaman, sementara.
sebab itu bila kita diuji, ujian itu akan 'berakhir' juga. sebab....hidup kita cuma sementara. dan selagi kesudahan nya bukan kegembiraan. ia bukanlah penutup segala musibah. terpulang pada kita untuk merungkai satu-per-satu hikmah yang tersirat.
maka 'gembira' lah yang akan kita temui.
p/: saya sedang diuji dengan rasa .... lost.
hmmm. Ya Allah.mohon Kau berikan aku petunjuk.
mahallah asma,
iium.gombak.
Huraian Ayat:
- Bukan mudah sebenarnya untuk kita mendapat nikmat syurga
Allah SWT di akhirat kelak dengan hanya mengisytiharkan keimanan melalui bibir dan mulut sahaja. Allah SWT semestinya akan menguji keimanan setiap hambanya untuk mengetahui sejauh mana kualiti keimanan itu. Keimanan ini harus dibuktikan melalui ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melakukan dengan anggota badan - Dalam kita memperjuangkan muamalah Islam khususnya aspek pengurusan risiko ini, semestinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran- cabaran ini boleh datang dari luar atau dalaman diri kita sendiri. Sengaja Allah SWT menurunkan cabaran-cabaran ini sebagai ujian untuk mengenalpasti siapa yang akan terus iltizam dan istiqamah dalam perjuangan ini. Hal ini merupakan proses penapisan secara langsung dari Allah SWT untuk mengetahui siapa yang benar-benar beriman kepadaNya.
- Allah SWT menjelaskan bahawa cara untuk berhadapan dengan ujian ini adalah dengan meminta pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Firman Allah SWT; “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah: 45)
- Terdapat tiga jenis kesabaran yang perlu ada pada setiap Muslim iaitu:
a) Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah
b) Sabar daripada melakukan maksiat kepadaNya
c) Sabar atas segala takdir kesusahan dan ujian yang menimpa - Justeru, segala masalah dan cabaran yang kita hadapi, anggaplah ia merupakan ujian dari Allah SWT. InsyaAllah, dengan kesabaran yang jitu, perancangan yang baik dan kesatuan yang mantap akan membuahkan penyelesaian dan jalan keluar dari masalah-masalah yang dihadapi. Semoga kita menjadi hambaNya yang sabar.
kadangkala dalam hidup ni, kita tak tahu apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. kita tak tahu apa takdir kita hari ini, dan untuk hari-hari yang seterusnya. mungkin kita boleh berharap dan bergantung, tapi. bukan pada manusia.
seringkali bila kita diuji, kita terasa seperti hari kita sudah tak bererti lagi. hidup kita seperti tak bermakna lagi. jarang sekali kita teringat kan Allah bila kita bahagia gembira. tp seringkali kita ingat kan Nya bila kita mula kecewa, hampa, sesak, sesat, tiada hala. at least, kita masih ada rasa berTuhan. sebab itu bila kita diuji, sebenarnya...Allah masih sayangkan kita. masih ada peluang untuk kita 'kembali' ke pangkal jalan.
sebab itu, solat jangan sesekali tinggal. even jahat mcm mana sekali pun kita ni (nauzubillah).
kadangkala, bila kita terlalu gembira, bahagia. itu juga mungkin salah satu bentuk ujian. yang....mungkin kita lebih tak sedar. bila Allah beri kita sesuatu, yang...mungkin 'hadiah' dalam hidup kita. berupa sesuatu yang paling kita suka. tp percayalah, di situ ada ujian 'tersirat' yang mungkin membuatkan kita leka dan hanyut.
sebab itu, mulakan apa2 pun dengan menyebut dan memuji nama Allah. berselawat ke atas Baginda...supaya langkah kita lebih terarah.
saya mengaku sendiri. adakalanya banyak perkara dalam hidup yang ....kita lupa Allah. kadang kala, nak memulakan sesuatu dgn bismillah pun, kerap terlupa. terlalu dahaga sebagai contoh, kita terus meneguk air. tanpa peduli 'dari mana' air itu datang jika bukan dari-Nya. tanpa izinNya, apa pun takkan berlaku. perkara yang kecil, tp jika kita nilai semula, hidup ni hanyalah pinjaman, sementara.
sebab itu bila kita diuji, ujian itu akan 'berakhir' juga. sebab....hidup kita cuma sementara. dan selagi kesudahan nya bukan kegembiraan. ia bukanlah penutup segala musibah. terpulang pada kita untuk merungkai satu-per-satu hikmah yang tersirat.
maka 'gembira' lah yang akan kita temui.

p/: saya sedang diuji dengan rasa .... lost.
hmmm. Ya Allah.mohon Kau berikan aku petunjuk.

mahallah asma,
iium.gombak.
:)
ReplyDeletec:
ReplyDeleteNa'am ya ukhti.
ReplyDeleteBeramal di kalangan org2 yg beramal mudah dan mantap aturannya.
Sebabnya terkadang kita tersimpang, maka ada yang akan meluruskannya.
Dan apabila Allah campak kita di kalangan manusia yang kurang amal dan banyak kakainya, maka di situ baru kita tahu sekuat mana iman kita.
Adakah amal kita terkekal dek iman kita...
Atau amal kita terkekal dek suasana....
Seorg perempuan bertudung labuh yg dtg dr sebuah institusi yg mengamalkan prinsip2 Islam pastinya berbeza dgn seorg perempuan bertudung labuh yg dtg dr institusi yg terkenal dgn nilai sosial yg merudum
Sama ada kita memimpin suasana
Atau
Suasana memimpin kita
Sekadar pandangan drpd hamba Allah yg mudah terkesan dgn suasana :-(
WALLAHU'ALAM
yup.orang yg boleh teguh dalam berbeza situasi sememangnya orang yang hebat,apa2 pun perlu ada sahabat2 yang selalu mengingatkan. itu sebabnya perlu pandai memilih kawan :)
ReplyDeleteterima kasih untuk perkongsian nya ;)
saya pun sama, terlalu mudah dipengaruhi suasana.
astaghfirullah