bismillahhmm.dah lama rasanya x update blog. memang dah teringin sgt2 nak update cuma masa tak mengizinkan.
2 minggu sebelum ramadhan tiba, saya bersama rakan satu studio meluangkan masa cuti kami di sarawak untuk site visit next subject for our next semester. resource planning subject yang credit hour nya 6. so, memang kne buat betul2. even cuti ,kami kne siapkan short report untuk part masing2.kelainan nya studiomate kami, seorang kne cover satu part. can u imagine that? biasanya satu part akan ade satu group yg cover but..disebabkan batch kami hanya 19 orang, maka, terpaksalah kami buat by individual. ape2 pun kami tetap tolong menolong n bekerjasama antara satu sma lain. sikit bukan bererti kami lemah. kami juga kuat seperti yg lain! dan kne yakin, kami tetap boleh!
2 minggu adalah satu jangka masa yang agak lama. hah! memang militant lah!
hmm.sememang nya terlalu banyak cerita untuk di kongsikan. kalau ikut hari demi hari, rasanya kne buat part by part. apa kata kalau saya kongsikan pengalmn yang menarik dan.....tak boleh dilupakan
tragedi di hari keduaperjalanan dengan menaiki pesawat firefly
memakan masa hanya 1 jam 40 min untuk ke sarawak. hanya sekadar makan tgahri dlm flight. but i guess, firefly is much2 better than qatar airways.huhu. abaikan.malam kami tiba di tempat penginapan, prof suruh kami buat bbq. everything disediakan oleh anak prof. nak tahu, prof ismawi mmg sgt murah hati. beliau suka memberi. sehinggakan hari terakhir kami di sarawak, prof boleh tnya lagi..." ade apa2 lagi yang u all teringin nak mkn..?"...haha...kami kdg2 saje bergurau dlm kereta dgn prof, kdg2 saje bertanya maknn ape yg special di sarawak...n ade satu hari tu, kami tny prof, " prof...bila kita nak makan seafood?". tiba2 prof borong ketam smpi seratus ringgit.
hari kedua lagi kami dah masuk ke dalam hutan. jungle trekking bermula. n that was the fun part for me. masuk dalam hutan, ibu pesan baca selawat n doa banyak2. sungguh. hutan sarawak ni, bukan mcm hutan2 biasa di semenanjung. it was the tough one. seriously. almost every part sgt natural n hutannya tebal.
map untuk trail yg disediakan sgt simple. berbeza sma skali dgn jln2 yg kami perlu lalui. kami tidak diberikan guide atau ranger. just by our own. then, kami hanya diberikan petunjuk untuk mengikut pokok2 yang bercat oren. mula2 ok, but lama2.....saya rasa semacam. tp sy tak suarakan apa yang terpendam dlm hati. kedudukan dlm hutan, saya adalah orang yang hampir ke belakang.
adkalanya kami melalui jalan yg sma berulang kali. sebabnya, warna oren pada batang pokok agak samar2.dan kami menjadi keliru at certain point. sepatutnya kami perlu melintasi satu jambatan, tapi kami x diberitahu sebgitu. almost semua orang tak nampak jambatan tu. except me, amir the iraqian and beberapa org terakhir yg nampak.
sewaktu nampak jambatan tu, hati saya tergerak untuk pergi ke sana. ia seperti jambatan gantung. siapa x excited untuk ade pglmn berjalan atasnya.
sesat

bila kami dah sesat n baru diberitahu untuk melintasi jambatan tersebut, masing2 bertanyakan di mana jambatan tersebut? sebab kebanyakan mereka tak nampak. mungkin..... pndgn mereka tertutup sewaktu melalui jambatan tersebut yang kedudukannya terletak di sebelah kiri kami. apa yang terbuku dalam hati, saya sekadar mendiamkan diri. saya terus membaca ayat qursi.
mujur dalam hutan still dpt line phone. kami call centre. katanya terus saja. entah betul entah tidak arahan yang diberikan. perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya 2 jam 30 min untuk ke kubah. tp kami lost. tiada siapa yang tahu sehingga ada satu tragedi yang benar2 mengejutkan semua orang.
curam

kami melalui sebuah kawasan yang agak terbiar, dan sgt curam. kelihatan seperti bekas2 runtuhan rumah kayu yang terlalu usang. paku2 tajam masih terpacak pada batang2 kayu yang bersepah di atas tanah. kami melangkah dengan sangat berhati2. takut2 tergelincir dan terkena paku.
(rupa2 nya kawasan ni dikatakan pernah menjadi tempat di mana orang utan di bekalkan makanan oleh penjaga. tp ia dah terbiar untuk sekian lama. jadi, bila ade orang datang, mereka ingat kami dtg untuk memberi makanan pada mereka)
terdetik di hati saya. takkan seteruk ni trail yang disediakan. xde maintenance lsg ke? rupa2nya mmg kami tersasar jauh dr trail yang disediakan. saat berpatah balik, kelihatan beberapa orang hutan datang ke arah kami. kami agak teruja waktu tu. pertama kali melihat orang hutan liar tanpa terkurung dalam cage. everyone was extremely excited that time.

suddenly, tanpa kami sedari, orang utan tu dah terlalu dekat. "NAIK!!....NAIK!!"....prof menjerit.suara prof mmg serius that time. imagine that, prof yang dr depan, boleh naik atas dulu. dan..ktrg yang masih di belakang masih di bawah cerun yg kedua. dan ade beberapa kawan kami termasuk mdm yang masih di bawah.
that time, mmg kitrg dah tak teringat pasal kayu berpaku, pasal lapar, letih mahupun cerun yg sukar nak dilalui pada awalnya. seperti nya semua orang lari menyelamatkan diri untuk naik, mana2 celah dahan pun kami redah demi menyelamatkan diri.
and, akram cuba menyelamatkan sisters n mdm yg masih di bawah. sebelah sana hutan tebal, so mereka tak dapat nak redah. kwsn yg clear at another side. so akram suruh mereka jalan dulu, dan.... kejadian yang mengerikan semua orang berlaku.
panic

that time saya dah naik ke atas, masih ade gambar terakhir bila org hutan tu menghampiri. tp bila masing2 dah cuba selamatkan diri, rupa2nya akram sedang bergelut dengan orang hutan. hampir seluruh kaki kirinya cedera parah digigit orang utan. kamal cuba selamatkan akram. kamal pukul orang utan tersebut, tp malangnya kamal turut diserang.
akram bergelut dengan orang utan sampai terjatuh ke dalam gaung. saya dah x nampak kejadian tu bila akram terjatuh ke bawah. subhanallah! kejadian tu mmg sekelip mata je. " yang lain....jalan dulu!!selamatkan diri!!".....kami khuatir orang2 utan lain akan kejar yg lain. kami berlari dengan senyap dalam group. mencari tempat yang agak jauh. tapi dalam masa yang sama, kami tak kesampaian membiarkan akram. hanya hidup dan mati sahaja yang terlintas dalam fikiran masing2.
tiba-tiba...
"PROF!!!!!!!......AAAAAA...!!!..." "PROF!!!......PROFF!!!....." ,kedengaran akram menjerit.
langkah kami terhenti. "akram!"
saya dah mula risau. tp saya tak mahu memikirkan perkara yang lebih buruk. saya yakin Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
" kak fatin......mcm mane dgn akram...?" , masing2 dah terketar. saya pun begitu. tp saya cuba kuatkan dan yakinkan yang lain yang akram takkan apa2. kita doakan je agar akram selamat.ok?
"PROF!!.......AAAAAA!!!..." lg sekali akram menjerit.
"Ya Allah, ape jadi dengan akram...Kau selamatkan lah sahabat ku ini Ya Allah!" kami meneruskan langkah. menjejaki semula jalan yang asal. kak aisyah kol ranger untuk bantuan. tp mereka seperti mahu melepaskan tangan. kak aisyah mula marah. dengan suara terketar2, dan ketakutan, saya terdengar perbualan kak aisyah "...dalam keadaan mcm ni masih nak argue lg kami salah trail??! hantarlah ranger bg bantuan dulu!!!..".
akhirnya ranger tiba. tapi akram dah terselamat terlebih dahulu. kami lega bila akram dan kamal menghampiri kami. memang akram kne gigit teruk. berbekal kan safety kit yg kami bawa, ubat2an tak mencukupi. kami diberitahu 10min ke hadapan, kemungkinan kami akan termasuk ke dalam sarang orang utan. Subhanallah. mujur kaki tak terus melangkah..dilaporkan bahawa ade lebih drpd 30ekor orang utan di hadapan. lebih drpd jumlah kami.
kasut,pouch beg akram , his hp, camera, bekas air...semua dah diambil. bila ranger dapatkan balik, everything dah hancur. but, boleh dijadikan kenangan untuk diceritakan pada anak cucu.
semangat yang kuat

akram digigit teruk. bebrapa hari akram menahan kesakitan akibat bengkak yang teruk. tapi semangat nya kuat. akram tetap berjalan untuk siapkan survey. akram tetap join daki bukit untuk kali kedua sehingga 2800ft ke atas.semangat nya sgt kuat. sebb akram, yang lain pun kuat semangat. tp sungguh kejadian tu benar2 menjadi pengalaman yang sgt berbeza. kami yakin apa yang terjadi ada hikmahnya yang sgt besar di sebaliknya. Allah itu Maha Adil!
"he's really brave!!...saya terkejut bila nampak akram. i said Akram, u're too close!....but dr atas saya nampak die usap2 orang utan tu...then, that orang utan pergi....fuuhhh....too brave", prof. ismawi
baru 2 hari di sarawak dah terasa nak balik semenanjung. lepas apa yang berlaku, rasanya teringin sgt2 nak beritahu ibu. tapi saya simpan cerita ni sehinggalah saya pulang ke rumah. takut ibu risau.mendaki

everyday kami ade morning walk bersama prof sekitar tempat penginapan. but, only the first day saya joined morning walk. heehee.
tp, sepanjang tinggal di sarawak, dah berapa kali kami mendaki. memang nak tercabut kepala lutut. disebabkan prof suka mencabar anak2 muda, so kami buat2 steady je. 2800ft untuk sampai ke puncak dengan keadaan jalan yang hampir 90 degree...perghhhh....memang nak menangis.

tp, subhanallah! view dr atas mmg sgt2 cantik. rasa puas pun ade. since along the way, boleh singgah air terjun. ade gunung yang di dalamnya tersimpan lebih kurang 7 air terjun. mmg seronok! tp ade yg kami x berkesempatan untuk pergi disebabkan hari dah menghampiri malam. di sarawak jam 6 lebih dah maghrib.
nak sampai ke waterfall mmg harapan la dekat. bila jalan semakin ke dalam, tak kedengaran lagi bunyi air terjun. mcm hampa. jalan lagi ke depan. lebih 2 km ke hadapan, baru kedengaran bunyi air terjun. saya jalan berdua je waktu tu. beberapa org di hadapan. dan masih ramai lagi di belakang.
memang teruja sgt nak mandi air terjun saya pasang niat untuk sampi dulu before brothers sampi. hehe. akhirnya! kami smpi dulu. subhanallah! nampak air terjun dr celah2 daun, sgt cantek! ape lg, letak beg, letak camera, bukk kasut, terjun

masak
makankalau nak makan kne masak sendiri la jawabnya. budget semua under prof. alhamdulillah. semoga prof murah rezki. tp cabarannya bila prof minta kami masak kdg2 tu masakan2 kampung yang bg saya kdg2 agak mencabar. tanpa bantuan org yg lebih tua, semuanya diserahkan kat kami by ahli group.
hari ni prof bwk blik apa? yg itulah kami kne masak. fuhh!
kami takkan ckp, "kami tak tahu masak".haha. never say that depan prof.
berbanding yang lain, mereka seperti tak pernah makan and tahu masakan ni. so, sebagai yang sulung dalam group tu, saya cuba ingat2 sket style ibu masak.
so bermula dengan hiris2 bawang seperti biasa. kemudian belah ikan terubuk masin. potong nenas. perah santan. saya hanya tunjuk kan skit2 dan mereka teruskan. saya yang control kuali. teringat bila memasak mesti mulakan dengan bismillah. itu yg ibu selalu ajar.
saya khuatir klu x sedap hbis spoil selera prof. hmm. tawakal je lah. sebelum senja saya potong nenas siap2. n saya hampir terlupa untuk bgtaw mereka mcm mane nk potong nenas. hasilnya mereka potong style mkn nenas biasa. terpaksa kupas yg lain dan saya minta kak mas ajarkan mereka hiris nenas. haha. mmg semua process mcm buat eksperimen.
haha. klaka bila ingat balik.kalau kat dapur dengan ibu, memang ibu selalu buat kerja dengan pantas dan sistematik. so saya terdidik dengan cara sebegitu. sambil masak dapur kne bersih. bahan2 tersedia terlebih dahulu n so on. sampai kak T cakap "...kak T suka la bila group ftn memasak.."...." kenapa pulak kak T?"..."nnt kemas je...bersih plak tu.."...." haha...fatin dah terbiasa mcm tu..."...
nak masak gulai2 bersantan ni, bila dah masuk santan pekat kne sentiasa gaul2 sampai mendidih tanpa henti takut pecah pati. masuk kunyit, cili api,bawg putih ,bwg merah, santan cair, santan pekat, nenas n ikan terubuk masin. gaul2 sampi mendidih.
sampi waktu untuk dihidangkan..n semua dah mula menjamu selera, alhamdulillah , saya dapat feedback yang best dr kak haza! hehe. i'm so happy.
" siapa masak ni??...sedap la!.." alhamdulillah, masakan pertama saya 'menjadi' untuk makan malam tersebut. saya terus message ibu.
"kakak bangga jadi anak ibu!"apa yang menyeronokkan, bila kita masak2 dalam satu kumpulan ia melatih kita untuk bertindak dgn pantas, bekerja mengikut skill masing2. hari pertama je saya mengambil alih untuk masak. hari2 seterusnya saya beri peluang pada adik2 pula untuk memasak. "hari ni...kak fatin nak rasa nasi goreng gombak pulak lah!"...." hmm....kak fatin nak rasa bubur nasi bangi pulak lah..."...."alaa..kak ftn, kita tak reti laa..."...." tak pe..tym ni la nak blaja..."...huhu.kdg2 saya saje biarkan mereka masak ikut creativity masing2. saya yakin semua orang boleh sebenarnya kalau diberi peluang untuk belajar. tak susah pun. cuma nak atau tak nak je. dan saya boleh nampak excited nya pada wajah masing2. lagi bangga kalau dapat masak dengan sedap.ye kan?
masak untuk org lain dapat pahala. so buat betul2. kdg2, saya tolong group lain siang kan ikan, disebabkan masih ade yang belum pandai menyiang ikan. ade yang belum tahu masak nasi dsb. waktu ni lah kita perlu bekerja sama dan saling tunjuk ajar. adakalanya saya letih, saya ambil masa untuk tdur saat group lain sibuk memasak.

gadis melayu terakhir, seorang pemain hoki dan tukang masak.haha
hidup berkongsi
saya memang suka mengamati sikap orang. mungkin saya boleh belajar drpdnya mahupun mengambil pengajaran drinya. mana yang baik kita contohi mana yang tak baik, kita cuba sedaya upaya untuk perbaiki.
andai ada niat dan usaha inshaAllah kita mampu jadi yang terbaik.
ya, bila hidup bersama kita perlu belajar berkongsi. pendek kata, mata kita perlu pandai menilai sekeliling. kita tak boleh mementingkan diri sendiri. mahupun tak terfikir lsg ttg yg lain. tak kira mereka lebih tua mahupun muda berbanding kita. sebgai contoh, dalam keadaan makann terhidang dan kita perlu duduk dalam bulatan, kita perlu utamakan dan berikan ruang pada yang lain dahulu. pastikan semua berada dalam kumpulan baru lah selesa untuk makan.
bila kita cedok lauk, pastikan tak berlebihan. kita perlu fikirkan orang2 terkahir yang masih belum dapat lauk. sma ada ckup atau tidak untuk yg lain. jika kita orang yang di awal2 mencedok lauk. begitu juga bila kita duduk di akhir2 dan lauk masih belum sampai pada kita, jangan menunjukkan yang kita terlalu menunggu, tapi capai apa dahulu yang berhampiran dengan kita, dan jamah dahulu nasi yang ade di pinggan walaupun tak berlauk.
bila mencedok lauk, dahulukan atau cedokkan lauk untuk kwn2 yg hampir dengan kita dulu. pastikan yang lain semua dapat sma rata baru lah kita boleh menambah jika ingin tambah. bila makan pula, jgn tunjukkan yang kita terlalu lapar.pretend to be cool. bila ade lebih, baru lah tambah. kalau kita dekat dengan lecturer kita, tanya kan pada nya sam ada dia mahu tambah atau tidak.
semua ni antara adab2 bila kita hidup untuk memberi. kdg2 banyak lg perkara2 asas yang kita perlu jaga dan belajar lagi. selain drpd belajar dalam kelas, adkalanya belajar di luar kelas mendidik kita dr sudut lain pula. mungkin kita masih perlukan masa untuk bermasyarakat.

biar kita berlapar, tp rakan2 kita kenyang. saya yakin, mknn yg sedikit itu boleh menjadi berkat. rezeki Allah kan ada di mana2.wallahualam.
setakat ni dulu catatan saya sepanjang berada di sarawak. mungkin ade lagi cerita untuk diceritakan mungkin tidak. sma2 kita mengambil iktibar, sma2 kita mengambil pengajaran dan sma2 lah kita panjatkan setinggi2 syukur ke hadrat Allah swt atas apa yang kita dah lalui. moga pengalaman manis yang terukir ini, menjadi kenagan terindah buat kita semua!

saya memang suka mengamati sikap orang. mungkin saya boleh belajar drpdnya mahupun mengambil pengajaran drinya. mana yang baik kita contohi mana yang tak baik, kita cuba sedaya upaya untuk perbaiki.
ya, bila hidup bersama kita perlu belajar berkongsi. pendek kata, mata kita perlu pandai menilai sekeliling. kita tak boleh mementingkan diri sendiri. mahupun tak terfikir lsg ttg yg lain. tak kira mereka lebih tua mahupun muda berbanding kita. sebgai contoh, dalam keadaan makann terhidang dan kita perlu duduk dalam bulatan, kita perlu utamakan dan berikan ruang pada yang lain dahulu. pastikan semua berada dalam kumpulan baru lah selesa untuk makan.
bila kita cedok lauk, pastikan tak berlebihan. kita perlu fikirkan orang2 terkahir yang masih belum dapat lauk. sma ada ckup atau tidak untuk yg lain. jika kita orang yang di awal2 mencedok lauk. begitu juga bila kita duduk di akhir2 dan lauk masih belum sampai pada kita, jangan menunjukkan yang kita terlalu menunggu, tapi capai apa dahulu yang berhampiran dengan kita, dan jamah dahulu nasi yang ade di pinggan walaupun tak berlauk.
bila mencedok lauk, dahulukan atau cedokkan lauk untuk kwn2 yg hampir dengan kita dulu. pastikan yang lain semua dapat sma rata baru lah kita boleh menambah jika ingin tambah. bila makan pula, jgn tunjukkan yang kita terlalu lapar.pretend to be cool. bila ade lebih, baru lah tambah. kalau kita dekat dengan lecturer kita, tanya kan pada nya sam ada dia mahu tambah atau tidak.
semua ni antara adab2 bila kita hidup untuk memberi. kdg2 banyak lg perkara2 asas yang kita perlu jaga dan belajar lagi. selain drpd belajar dalam kelas, adkalanya belajar di luar kelas mendidik kita dr sudut lain pula. mungkin kita masih perlukan masa untuk bermasyarakat.
biar kita berlapar, tp rakan2 kita kenyang. saya yakin, mknn yg sedikit itu boleh menjadi berkat. rezeki Allah kan ada di mana2.wallahualam.
setakat ni dulu catatan saya sepanjang berada di sarawak. mungkin ade lagi cerita untuk diceritakan mungkin tidak. sma2 kita mengambil iktibar, sma2 kita mengambil pengajaran dan sma2 lah kita panjatkan setinggi2 syukur ke hadrat Allah swt atas apa yang kita dah lalui. moga pengalaman manis yang terukir ini, menjadi kenagan terindah buat kita semua!

salam 3 ramadhan


alhamdulillah semua dah selamat. tapi pengalaman macam tu yang buat hidup jadi berthrill and adventerous. hehe. kalau nak trade places dengan fatin pun tak ternilai harganya :)
ReplyDeletewaaah dahsyatnyaaa.... syukur alhamdulillah sekarang dah selamat sampai kan.. =)
ReplyDeleteruq,
ReplyDeleteaah.alhmadulillah sgt2 tak de yang meragut nyawa. sungguh. mmg pengalaman yg tak ternilai.semoga kejadian sebegini yang pertama dan terakhir. mungkin Allah cuba memberitahu 'sesuatu' ^_^
farteen,
alhamdulillah...selamat.
:)
ya allah, seram sangat baca part dalam hutan tu. alhamdulillah semua baik2 je. seronok dengar cerita kak nadia. rajin2 update ye, faha menunggu cerita2 yang seterusnya :)
ReplyDeletefarha
haha...baiklah farha.inshaAllah :)
ReplyDeletewah...mmg thrill abes...alhamdulillah selamat...cmbest j...rse nk join..hehe
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeleteitulah...alhamdulillah x de yg meragut nyawa..nauzubillah
best mmg best, tp klu dh berminggu asyik redah hutan, mau pengsan :P
haha....jom2!
salam'alayk.
ReplyDeletegempak. terbaek! mabrouk. :D
alhamdulillah, ftn slmt. hehe. :)
ramadhan kareem, ftn. ^___^
wslm umy!! :D
ReplyDeletehaha
mabrouk2!!..alhamdulillah...
ramadhan kareem juga umy ^_^
Salam kak nadiah,
ReplyDeletekalau kita dah tak bersama keluarga landscape,
saya teringin ada masa untuk berkongsi pengalaman berjalan-jalan bersama kawan2 sebegini.
kongsi pengalaman dan ilmu dengan prof :')
ya allah, semoga ada kesempatan untuk itu.
wslm MK :)
ReplyDeletehuhu..takpe..inshaAllah dah masuk keluarga lain pun akan dapat kogsi ilmu dengan pensyarah2 yg hebat2...kita kan kaedians,blaja dgn sesiapa pun kita boleh menuntut :)
inshaAllah,doa ntuk yg terbaek :)