16 April 2011

mentaliti




Ok.buat masa yg sekian lama membiarkan blog ini tanpa penulisan.huhu.nak tulis sebenarnya.tp,kekangan masa membuatkan diri selalu je x berpeluang nak menaip.yeah.uia dah cuti.itu semua org pun tahu.and…kami yang masih di sini menghabiskan baki2 minggu exam untuk meneruskan meeting bagi menjayakan aktiviti society Kulliyyah for the new sessions.

Soalan xm quite hard.entah mcm mana la agaknya result for this sem.hope maintain or…naik?walaupun mcm mustahil sket.sbb….this sem saya agak kurang perform.biarkan ke tepi.bnda ni pun dah berlalu.mmg semakin lama,semakin susah. Nothing’s easy,right?at least u all genius..ahah

…

Mcm2 activities yang dibincangkan untuk dimasukkan dalam 2 event terbesar Kulliyyah. Dah pun tersenarai dalam ALMANAC…and…tinggal nak proceed ntuk paperwork,based on working timeline yang dah dibincangkan. List of main committees semua dah settle. And me as secretary as usual kne siapkan minute meeting..yaaarghhh! ganbatte!!

Dan.

(pendekkan cerita)

Antara event yang dibincangkan ialah ktrg nak adakan korban untuk dinner.cool isn’t?sape nak dinner,sembelih lembu sendiri, n sembelih ayam sendiri, n masak sendiri…it is actually for the new intake students.sambil buat Taaruf week sambil buat KAED Raya. But,all these things baru dalam perancangan.if dean approve,,proceed!hope everything going smoothly [ameen]. in collaboration with masjid uia. Klu bnde ni menjadi mmg best!

Then,last night.ktrg ade buat BBQ. Saje makan2 lepas hbis meeting. Ntuk merapatkan ukhuwwah lagi.yaa…saya yang x knal org lain. Xtaw la yg lain mcm mane.tp kata org, nak knal lg someone tu, kita kne travel dgn dia.so boss?ape lagi…haha…(mcm la ibu lepaskan nnt)mustahil –

Sok..sek..sok..sek..

(saya terdengar satu perbualan,both of them are not from my Kulliyyah)maybe sebab tu kot thinking diorg lain.i don’t know?

They talked about.

“makan dalam DULANG”

Why is it so weird about that!!?? first, mcm x nak join conversation tu.tp kata nak merapatkan ukhuwwah. So,saje approach diorg and talking..talking…like orang KL.u know…mix2 with English a lil bit….hah..come on.letih la..tergeliat lidah i. lgpun I tak excellent dalam English. haha

Heh.

….

“first tym I makan dalam dulang tym dekat pj…OMG…what a new culture!”

(dalam hati saya- heh?new culture???come on bro…zaman Rasulullah lg dah start.it’s a sunnah ok)

“eerrr….i pelik la…tak hygiene langsung!sharing with all those people dalam satu dulang?could you imagine that?”

“it’s not practical!seating with 6 peoples?and then nak duduk pun x selesa …hah?”

(sape suh duduk 6 org?dah taw ramai…)

Then,saya approached diorang.

“so….u guys x setuju la nak buat KAED RAYA tu makan dalam dulang..??cabut bulu-bulu ayam semua??...”(sengaja)

“oh…no..no..i don’t wanna hear that!”

(laa…)

“yah..fine…different people ,different thinking..lain org,lain2”

(saya blaa..)

Errghhh..kan best kalau saya ada hujah yang kuat ttg tu.boleh saya berdiri lama2 kat situ, n tentang balik pendapat diorang. But I don’t. first, sbb mmg saya tak de hujah yg kuat. And 2ndly, sbab…we’re new ‘friends’ dlm society,so saya x nak keruhkan keadaan. Ktrg belum ckup rapat lagi….soo….saya tak biasa lagi nak bercakap dalam nada gurau yang memerli.haha.saya hebat bab ni.sebab tu saya sempoi….boleh masuk mana2.bak kata orang militant..or..emh…entah.

Kalau ckp soal new culture,ok fine. Mungkin dia baru terdedah dalam bnde2 mcm ni start drpd masuk uia. Berbeza dgn saya,dekat sekolah dlu dah ada. Dekat matrik n9 dlu pun selalu join iftar kat masjid. So,bnde ni…biasa.bab hygiene,hmm…apa yang kotor nye?kita semua manusia…dtg,asal kita..semua dr tanah. Pendek kata, kita kne blaja ‘susah sket’. X boleh nak senang je. Selalu makan satu pinggan sorang. Cuba bayangkan dalam situasi bencana atau apa-apa pun, katakan kita perlu hadapi situasi mcm tu…ade kita fikir soal hygiene lg?haih..’high maintenance’ betul. Then, about makan ramai2 n x selesa..ok, I guess die ni anak org kaya yang adik beradik sket.sebenarnya seronok makan ramai2.dan lebih baik untuk kita mulakan makan dengan menyuap sahabat kita dulu. Indahnya Islam..kenapa nak menyusahkan? Kita yang terlalu menyusahkna dan memberatkan fikiran kita.betul x?

Tp apa2 pun,kita fikir positif semula ttg dua org sahabt ni. Setahu saya, dalam dunia university,ada tiga golongan, satu, golongan yang memang mengikuti usrah,atau…join society..kiranya mcm dia ambil tahu ttg reality kehidupan dalam university. Dia rasa dia ada tanggungjawab dalam university dan akan di bawa bila dah keluar nt. Ada rasa tanggungjawab dalam diri sebagai mahasiswa Islam.

Dua, orang yang tak ambil tahu apa2 lsg. Blaja..blaja..blaja…n blaja.score pointer,baca buku,pegi kelas, balik bilik,movies, tdo.n hidup dia hari demi hari tu.aim dia, lepas grad, nak dapat segulung ijazah.

Ketiga,golongan yang ‘high class’.diorg rasa diorg ni golongan yang hot!diorg je betul,org lain salah.dia amek tahu psal hal yg berlaku di university, apa yang ada kepentingan untuk dia. And ,apa yang dia x puas hati, dia tahu mengutuk, merungut, komen itu, komen sini….tapi,mereka x pernah rasakan apa realitinya untuk berdepan dengan semua ni. Sometimes,boleh tgk fikiran diorg ni agak secular. Apa yang berpandukan Islam,dirasakan payah,kuno..x ikut trend.atau diorg cuba kaburkan pdgn org lain dgn…new approach yang ‘konon’ mcm Islamic.

Wallahualam.

Dan bagi saya,mmg wujud pemikiran2 yang sebegini.even kat dunia luar sna sekalipun.sbb mereka2yg mcm ini lah. Ini lah generasi yg akan dtg. Yang akan menerajui Negara..dunia.

nauzubillah.mana yg baik diambil iktibar.semoga generasi kita terhindar dr perkara dan sifat2 mazmumah. klik sini untuk cara makan Rasulullah.lolmana yang silap harap ditegur sgt2.dan kalau ade penambahan hujah,dialukan sgt2








No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.