23 August 2010

belajar dari ibu

“apa yang menyebabkan kekuatan itu datang…?”


Ye..saya lihat ramai rakan-rakan yang ada lessen memandu,tetapi masih belum berani untuk memandu di atas jalan raya..bukan..bukan saya nak membanggakan diri,perasaan takut tu tentunya ada.tapi dr mana kekuatan itu dtg?sudah tentu dr Allah S.W.T..mashaAllah..rasa itu sgt hampir dalam diri.


“wah..fatin berani bawak kete..bagus la…”


“huhu…fatin kene berani..untuk masa depan..to be a good wife,keberanian kene ada..”


“..and good mum too…!”

“insha-Allah…”

Hahaha

…kami sma2 gelak dalam kereta.


Sambil memandu focus perlu ada.hormat pada pemandu lain dan menghormati undang-undang jalan raya.berbalik pada kekuatan td.apa yang membuat kan saya kuat? sebenarnya,sejak ketiadaan ayah,banyak saya belajar daripada seorang ibu yang kuat dan tabah.bila ayah tiada,segala-galanya ibu yang buat…ibu sgt berani.saya belajar dr ibu.semasa arwah ayah masih ada,hampir semua perkara ayah yang buat kan untuk ibu.disebabkan kepercayaan ibu terhadap ayah sgt tinggi,dr sekecil-kecil perkara,semua ayah yang buat kan..khas untuk ibu^_^.


Dr keberanian ibu,saya cuba menjadi seperti ibu.semua org pun boleh lakukan.Cuma berani atau tidak.apa-apa yang berlaku,semuanya atas urusan Allah..dan sepanjang hayat ayah,mcam2 ibu ajar pada anak-anak..ibu selalu pesan,bila ayah pulang dr kerja,biarkan ayah berehat,jangan terus bercerita dan sebagainya.bila ayah dah rehat secukupnya,barulah ceritakan apa yang berlaku hari itu..dan macm2 lagi yang ibu ajar..begitulah juga bila kita dah bersuami,bagi kaum hawa,kita kena pandai layan suami,ambil hatinya.benar kata dr fadzilah kamsah,nak lihat bagaimana adabnya pada suami nya,lihat bagaimana layanannya terhadap ayahnya.untuk anak-anak pula lihat bagaimana layannya terhadap adik beradiknya.wallahualam..didikan harus bermula dr sekarang.


“ Wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ( Qurratu’ayun ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

( al Furqan : 74 )


Rasulullah SAW telah banyak kali menegaskan di sepanjang kehidupan Baginda. Antaranya sabda Baginda yang bermaksud :

“ Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.” ( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )

2 comments:

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.