14 June 2009

maafkan kami wahai kaum adam~

:sorry:

Sejak kebelakangan ni, sedar x sedar,ramai penulis blog menulis ttg ape yang mereka ingin kaum hawa tahu ttg mereka..hmm..bagus jugak,dpt sedarkan kami kaum hawa ini yang sebnrnya,kdg2 kita dah tahu dan pernah terdgr ttgnya,cuma,lupa,terlupa,atau buat2 lupa..atau..mungkin ade yang tidak tahu.wallahua’lam..

Teringat satu masa dulu,ketika aku masih di bangku sekolah.ketika aku mula mengenal cinta(cinta monyet)ibu pernah berpesan kepadaku,..’…kerana seorang perempuan ,mampu merosakkan seorang lelaki..’..aku terdiam seketika.begitu berkuasa nya perempuan sehingga boleh merubah seorang lelaki.klu baik wanita itu,maka baiklah masyarakat itu.tp,seorang wanita yang tidak baik akhlaknya,mampu merubah lelaki yang dahulunya baik menjadi sebaliknya.sbb lelaki lemah dgn godaan wanita.selalu jugak bile dgr kuliah2 kat cfs dlu,ustaz selalu timbulkan cerita ttg student die yang dahulunye rajin ke surau,baik akhlaknya,pandai..etc. tetapi berubah kerana seorang perempuan.

So,sebagai pesanan dan ingatan buat diri sendiri,juga teman2,khasnya kaum ku..marilah sma2 kite menghayati artikel di bwh ni.

Putera-puteri Harapan.. Kawallah Dirimu Bila Berbicara

(Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, Ogos 2002)

Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara. Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab?

Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwah dan akhawat(lelaki dan perempuan). Allah SWT menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..” (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tasir Quranul ‘Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita yang bukan mahram. Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan.

Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik. Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah' di bumi ini, namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga. Kenapa ini harus berlaku di bumi yang kita suburkan di atasnya cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang?

Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani 'memperkosa' suasana murni yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya. Di hati ini, hanya tuhan yang tahu (maaf Unic, senikatamu kupinjam tanpa kebenaran) pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis susasana di sekolah menengah. Mana lagi maruah sebagai pelajar agama?

Di sinilah kita perlu seketika bermuhasabah. Tentunya kita faham dengan siapa bicara kita akan menyebabkan fitnah. Kalau bagi siswa contohnya, dalam keadaan biasa, tentulah komunikasi dengan orang yang berpangkat 'kakak' agak selamat dari risiko fitnah berbanding dengan seorang yang berpangkat sebaya atau lebih muda. Begitu juga dengan siswi, dalam keadaan yang biasa, bicara dengan seorang berpangkat 'adik' biasanya lebih terhindar dari risiko fitnah berbanding dengan yang berpangkat 'abang'. Kita lebih faham bagaimana menjaga diri kita sendiri. Namun sayang, ramai lagi yang berpura-pura tidak faham dalam soal ini.

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin? Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai bakal ulama? Bakal ulamakkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita?!!

Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah anda mendedahkan kelunakan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama? Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi. Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakan suaramu? Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya sudah merosakkan 'dara' suaramu..? Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya..? Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga dengan perbuatan itu? Terpulang!

Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan hanya semata-mata malu kepada mata-mata yang memandang. Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan, tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita benarkan diri kita merobohkan pagar iman! Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang?! Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam, tidak malukah kita?!! Kita akan mendapat jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan.

Sudah ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih untuk turut menjadi mereka? Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik. Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini, secara ikhlas ingin saya nyatakan, kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu.

Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu siswa-siswi perlu 'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatunya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior). Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh temeh di tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kita berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.

Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme. Namun, kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi? Dan kalau tidak kita, siapa lagi?!!

*******

Seingatku,sewaktu di maahad dlu,klu nak b’ckp dgn lelaki,hanya perkara2 yg penting shj.itupon,jarak dan pandgn sering dititik beratkan.begitulah kami dididik.tapi,hari demi hari,rase malu itu hilang baik dlm klgn kaum hawa mahupun adam.lebih2 lg bile kite dh x berada di bwh pengawasan ustz dan ustzh.dh xde bnde yang terikat.kite bebas..dsb.so,carilah ilmu,isilah jiwa kite yang tandus itu,dgn mknn rohani…cari kesempatan ntuk luangkan masa pergi ke kuliah2 agama.sbb sbg manusia kite sering lupa,dan kite perlu ade org yg sentiasa mentarbiyah diri kite dan mengingatkan kite….

Alhamdulillah,aku berkesempatan ntuk mengikuti ta’lim ‘bicara wanita’.dimana setiap minggu,isu2 baru akan dikupas..teringat doctor (panggilan mak cik) itu berpesan “..klu kite duduk dgn org2 yg ade tarbiyah…kwn2 yang baik akhlaknya,lemah lembut…insyaAllah kite jugak akn termasuk dlm klgn mereka..”..

Hmm..penulis ni pun merupakan seorang lelaki kn.?kenapa?sbb lelaki lah yang menjadi mangsa kepada kaum wanita.mungkin kdg2 kite tidak sedar atau kite sengaja menarik perhatian kaum yang bertentangan jantina dgn kita atau kite x memahami lelaki.kita x tahu ape yang mereka fikirkan,atau ape yg mereka rasakan.?sedgkan aku sendiri pn,leka dgn persekitaranku skrg..padahal aku telah dihantar ke sekolah yang terbaik oleh ibu bapaku untuk aku terdidik menjadi mar’ah solehah..dibandingkan dgn adik beradik ku yang lain.tp,bile kite renung semula kesilapan2 yang telah kite lakukan,kasihannya ibu bapa kita yang dh letakkan harapan yg tinggi pd kita.harapan mereka ntuk melihat anak2 yg soleh dan solehah.menjadi contoh kpda adik2 kite dan gnerasi akn dtg.so, sma2 lah kite berusaha ntuk berubah.berubah ntuk menjadi yang lebih baik.mgkin yg terbaik.belajarlah dr kesilapan.masih ada masa lagi…dan sama2 lah kite perbaiki dan mengingatkan diri masing2.takde perkataan terlambat ntuk berubah.. wallahua’lam…



4 comments:

  1. Hahahahaha.. Penah ada cinta monyet jg budak ni... hehehehe.... kirim salam bdak mesir~~=P

    ReplyDelete
  2. ade la jugak...tp dlu..ala kecik lagi pn...biarkan.huhu
    budak mesir???shhhh....haha.mengarut la 'bdk jepun' nih....

    ReplyDelete
  3. sapa budak mesir? hehehe. ak setuju ngan artikel ne. nice..

    ReplyDelete
  4. sape?huh..xde sape tu..memain je.hahaha...setuju?huhu..mmg patut di setuju pn..hehe.afifah kan ni..?
    tq...

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.