17 February 2012

cerita bulatan gembira


bismillah
cerita kali ni sekadar perkongsian pengalaman. wink ia tentang...

":21:" gembira

familiar tak?rasanya mesti ramai yang dah familiar kan? dengan istilah 'bulatan gembira'? since ada pertandingan video OSEM yang pada pandangan saya sangat berjaya untuk membawa kita ke jalan tarbiyyah dan dakwah yang ohsem!

saya pun ada bulatan gembira. i think most of us ada 'bulatan gembira' masing2 kan? apa pun namanya, apa pun panggilannya, matlamat nya tetap sama.




dulu, andai mahu disebut sebagai 'usrah' bimbang orang fikir yang bukan-bukan. harus underground. senyap-senyap. lalu ditukar nama, "erm...kita nak namakan apa ya untuk 'group' kita ni?" dia lah naqibah pertama saya. saya tak faham, saya belum kenal, apa itu usrah yang sebenarnya. mungkin sekadar discussion biasa. tp sebenarnya ia lebih drpd discussion 'biasa'. ia osem. :e:(awesome)

mereka nampak kita berhimpun, berkumpul. tetapi mereka tidak tahu kita sebenarnya sedang membina semula Islam dalam hati kita



saya join , saya skip. ikut suka hati saya,sampai lah saya benar2 jatuh cinta. cinta pertama bila saya mula perform di cenfos uia. alhamdulillah saya berjaya dalam setiap subjek dengan cemerlang, dan Allah gerakkan hati saya. "kalau berjaya sekadar dalam pelajaran, bagi ku ia masih belum dikira berjaya. ada sesuatu yang kurang. aku harus cari 'sesuatu' yang buatkan aku tak lupa pada Yang Maha Memberi segala nikmat, kejayaan dalam hidup"

"ya. usrah! hidup berjemaah. bila hidup 'bersama' , akan ada yang saling mengingatkan antara satu sama lain" kawan ini, bezanya, bila kita pandang wajah mereka, hati kita akan ingat Allah. pernah terasa mcm tu tak?

Alhamdulillah, Allah buka kan hati saya. akhirnya beberapa orang teman rapat saya pun mula join usrah. malah sekarang, mereka pula yang semakin aktif. wink bila masuk main campus, saya lost a lil bit. but alhamdulillah, Allah pertemukan semula saya dengan bulatan gembira yang 'hampir' terputus. i'm glad to see them again! :67: but now, nama nya dah jadi 'bulatan cinta'.

dan semakin lama, semakin seronok dan semakin rindu. usrah, bukan untuk mereka yang 'alim-alim' je. so far di uia ni, semua 'cool' je. mcm2 background. but they love Islam and they keep searching and gain the knowledge. awesome tak? hehe. mungkin mereka menanti ada sinar 'hidayah'. ecece...but honestly, pada pandangan saya, bulatan gembira ini sudah diterima masyarakat.

dalam pelbagai cara, bentuk , pendekatan, masyarakat kita sudah mula sedar. kita lihat lah yang positive, yang negative mohon dijauhkan dan dijadikan pengajaran, dan semoga hati mereka terbuka untuk sedar dan kembali ke pangkal jalan. rasanya, tak perlu lah saya sebutkan satu per satu gejala sosial yang berlaku pada teman-teman sebaya kita. nauzubillah. sebenarnya terlalu banyak contoh-contoh remaja yang bagus. cuma apa yang ditonjolkan di kaca televisyen, semua remaja yang bermasalah. yang bagus, semuanya golongan ustaz-ustaz dalam lingkungan usia "lebih" dr kategori belia.



masa arwah ayah further study di france, pun hidup berusrah. malah, masa ayah kenal ibu, ayah pun ajak ibu join usrah. even bila balik kampung, embah(nenek dalam istilah orang jawa) pun masih berusrah. mcm sweet tgk golongan tua pun berusrah.wink dalam kulliyyah kami pulak, setiap khamis mesti ada usrah untuk staff n students. dan usrah ada dalam pelbagai cara pendekatan. bila-bila. dimana-mana.(moga darah yang mengalir dalam tubuh ku ini adalah darah mereka yang cintakan usrah, moga ia terus mengalir dan mengalir)

saya jahil dalam banyak perkara. sebab itu saya menuntut. even skrg, dah berada di tahun 3, masih terasa terlalu kurang. hati masih kering. diri masih leka dan lalai. terasa diri terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Allah, terasa tak layak jika nak dibandingkan dengan teman seusrah. dan. bila terasa diri banyak kelemahan , kekurangan dari segi material, pangkat dsb, inilah masanya untuk kita lihat orang yang lebih bawah / kurang drpd kita. tp, jika kita rasa kita dah hebat dalam ilmu agama dsb, kita kena banyak travel, bercampur dalam masyarakat agar kita tahu sebenarnya masih banyak ilmu yang perlu dituntut.

saya cintakan usrah, kerana di situ hati saya dibentuk, indah kan?










semester ni, berlainan sedikit dr sem sebelum2 ni. kali ni, kami kne bnyk buat research sebab kena hasilkan topical study n seminar paper for the next UMRAN 2012. satu seminar under subjek wajib kulliyyah. its gonna be tough. yea. tough. mcm nak amek master or ph D kne hasilkan paper / thesis. tp stage ktrg ni, tak lah sehebat tu. doakan lah yea dipermudahkan sepanjang nak buat research ni, n moga Allah ilhamkan sumber-sumber research dgn mudah.smile

so, masing-masing akan ada supervisors masing2. dan...smile sungguh tak sangka supervisors saya pun berbulatan gembira. awesome! dengan izinNya, article kami tertinggal di bilik pensyarah kami. saya berpatah balik untuk ambil. bila masuk semula ke bilik beliau, subhanallah! mereka sedang ber'bulatan gembira' bersama anak-anak usrah nya yang juga merupakan students kulliyyah kami.wink hati saya sayu. perasaan saya, hanya Dia yang tahu. but honestly, i'm happy.:57:

Allah satukan hati kami.




"kami pun ada 'projek' jugak..." , pensyarah
"haha...haaa...saya taw..." , saya

"eh, mcm mana awak taw?"
"saya pun berbulatan gembira jugak wink"






she's not even a lecturer, but she's a naqibah.
she's totally awesome!
subhanallah!!!




doa favorite.

'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."



:57:wallahualam
iium, gombak
17022012




-Allah mohon Kau berikan ku kekuatan untuk terus berada di jalan-Mu-



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.