27 May 2013

Pesan ibu


Ibu selalu ajarkan aku untuk memahami lelaki. Ya, aku akur kadang-kadang bila bersama kawan-kawan kita terlupa, yang kita bakal menjadi seorang suri kepada seorang lelaki bernama suami. Dalam erti kata lainnya, kalau bersama kawan-kawan memang akan keluar sifat yang kurang "matang". sekadar sekali sekala,ya mungkin. Dan ibu sering mengingatkan aku tentang itu.(terima kasih ibu)

Entah kenapa,akhir-akhir ini pesan ibu selalu saje terkesan dalam hati sama juga fikiran ku. Ibu selalu ceritakan tentang ayah, apa yang ayah suka dan apa yang tak.. masa... saat mula-mula kenal. Rupanya banyak lagi kisah ayah dan ibu yang perlu aku tahu dan contohi. Itulah qudwah terdekat yang perlu aku pelajari melalui kisah ayah dan ibu.

Akhir-akhir ini sering kali aku melihat anak muda yang belum berkahwin sudah pun berani beraksi di tempat awam seperti pasangan yang telah berkahwin. Itu.. membuat kan aku rasa berdosa kerana tidak menegur.hm. -nauzubillah

Aku duduk di dua dunia yang berbeza. satu kisah, akhwat yang begitu menjaga. hebat kisah mereka,yang akhirnya secara diam-diam berturut jemputan walimah,tidak kurang yang mahukan aku jadi fotografer mereka.dan,satu sudut lagi yang.. melanggar syariat sepanjang masa. sedangkan, kita bersyahadah pada satu kalimah yang sama. kenapa kita berlainan?

Merenung ke ruang jendela sebuah train, mengenangkan masalah ummah. Apakah dakwah kita lesu? maskudku, aku? Ibu, terima kasih untuk pesanan ibu. kakak akan ingat sampai bila-bila,inshaAllah.



p/s: pentingnya manusia untuk selalu diingatkan.
ingatkan aku di kala aku alpa.



petite.fille






No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.