Bismillah.
Alhamdulillah,Allah telah 'melumpuhkan' seluruh badan dengan nikmat 'sihat' yang ditarik, merehatkan minda dan tubuh yang kian lesu kerana kesungguhan dalam menghasilkan yang terbaik pada presentation yang lalu. Walau masih banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum Jumaat, dua hari ini, dah cukup membuat aku bersyukur, kerana..
Allah tak tarik nikmat sihat saat belum selesai dengan presentation.
syukur. Tsumma lhamdulillah
---------------
"Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'haiwan ternak' di sisi Alah, ingin mendapat kedudukan istimewa sebagai umat nabi Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukunya untuk melakar peta perjuangan yang harus ditempuh"- ustaz Zaharuddin
Jangan berhenti 'berlari'
Hebat aturanMu Ya Allah. Mempertemukan kami,saat kami di fasa yang berbeza. Belajar erti dewasa yang mendewasakan diri serta mematangkan kami dalam berhadapan dengan situasi. Benarlah kata manusia, kematangan itu perlu dalam membina hubungan. Dan saat kita semakin laju berlari, menuju cinta Nya, Allah hadirkan si dia dalam kadar waktu yang tepat. Tak sedikit pun perasaan itu mengganggu matlamat dan konsentrasi dalam hidup. Kerna, diletakkan tujuan dan impian disatukan itu, adalah kerana dakwah.
Lama kelamaan, sedikit demi sedikit, dengan pengaruh sekeliling yang banyak telah engkau belajar, akan engkau fahami,kenapa ianya sebegitu. Indah bukan. Mujahadah yang sekian lama,akhirnya terjawab, kenapa perlu nya engkau hindari yang lagha,dan..yang tidak menghalalkan.
"Fatin,sedar tak.. 'perjalanan' hidup fatin sangat cantik. Allah memang pelihara fatin. ana ikut setiap cerita enti,dan memang.. enti belum pernah tersalah langkah... hebatnya hasil mujahadah enti dari Allah"
Mungkin sebab, ana selalu rujuk pada ukhti yang solehah dan tsiqah. ana bimbang ana tewas,saat tu. Dan,kenapa ana rasa penting untuk pergi talk "cinta remaja" yang selalu-selalu ada kat cenfos,pj dulu (matrikulasi uia),ana ingat, ana nak cari jodoh yang baik,dan ana nak ada yang selalu mengingatkan untuk menjadi yang baik,harus bermula dengan baik. Itulah titik permulaan nya. Sedangkan masa di bangku sekolah, Allah hadirkan rasa anti-lelaki, itu juga mungkin tercatat hikmah.
Sekarang,jawapan nya semakin hampir. Memang kalau 'cinta' kerana Allah, takkan ade setitik perasaan pun terganggu yang menyebabkan engkau tewas dengan khayalan indah. Tapi, hati semakin kuat ingin mendidik dan lebih terdidik tentang ilmu dunia dan akhirah. Manusia hebat, takkan berhenti berlari. Dan larian itu akan terus tetap pada jalan yang lurus dan benar,biidznillah.
masa depan di tanganMu ya Rabb
namun akan ku berusaha sedaya mampu
untuk menjadi mukminah yg berjaya
dan setia di landasanMu.
ameen
#semoga sembuh

No comments:
Post a Comment