13 March 2013

Perempuan itu juga ibu



"erghh... sakitnya"

Dahi ku berkerut. empathy.
Mendengar cerita seorang sahabat usrah yang telah melahirkan cahaya mata. Itulah yang kami kongsikan sewaktu usrah lalu. Mungkin,rata-rata kami sudah memasuki tahun dan semester akhir dalam jurusan conservation, law, engineering dan accounting. Apa pun latar belakang pendidikan kami, satu hari nanti kami pasti akan bergelar seorang ibu.

"cuma satu yang akak nak pesan, kalau boleh jangan menjerit walaupun sakit.Tahan lah.pegang tangan suami dan baca ayat-ayat suci al-Qur'an"

Fasa baitul muslim itu bermula.


"akak, mcmmana akak taaruf dengan husband?"

Kisahnya bermula masa matric uia di pj lagi. "woahh..lama nyaa.."  "lama. tp akak kata kalau snaggup tunggu lah,dan akhirnya dia melamar akak, dia risik dan datang rumah.. bukan senang nak jaga hubungan ni.. adik2 kalau boleh jaga lah sebaiknya.."



"suami akak, sma tarbiyyah dengan kita?"

Jawapannya tidak, tapi suami nya selalu menghantar nya ke usrah. Tp inshaAllah one day, akan turut sma dalam usrah ini. inshaAllah. :) Alhamdulillah dapat suami yang juga supportive. 



"ermm.kalau dr matric akak kenal, kira dah lama jugak la kan berkawan? kira msg2 dah biasa(selesa)..."
"eh tak jugak. akak message atas urusan kerja je masa tu. selebihnya kami tak berhubung..."
"woahh.. bagusnya. haah kak.. itu yg terbaik.."

"akak, bila dah berkahwin, hidup bersama, mcm mana nak 'bercinta selepas kahwin' tu? 
mesti segan.."
"haah.. (sambil tersenyum dan tergelak kecil). kami mula-mula senyap je masing-masing. akak pendiam, dia pun pendiam. tp x sngka.. lama-lama knal antara satu sma lain, rupanya dia seorang yg kelakar... mcm tu lah dalam alam rumahtangga.. mula-mula je mcm tu.. lama-lama inshaAllah..kita lah yang kena mulakan dulu"

"mashaAllah.."


Macam mana kalau sebelum kahwin dan masa taaruf pun segan,after kahwin,subhanallah. Indahnya bila bercinta kerana Allah dan menjaga batas syariat nya. InshaAllah rumah tangga  bahagia dan penuh barakah. Semoga menggapai sakinah,mawaddah wa rahmah.

Coretan pengalaman seorang ibu
Usrah#3
SHAHs Mosque ,IIUM




No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.