10 March 2013

Kalangan kita


Bismillah

Akhir-akhir ini,banyak kisah yang telah diperdengarkan. Aku menjadi tempat mengadu teman-teman,baik junior,mahupun sebaya. lewat pertemuan yang sekejap-sekejap mahupun melalui sms. Terkadang terasa seperti soalan-soalan itu bukan selayaknya ditujukan untukku, kerna ilmu yang amat terbatas, mahupun ketidaksempurnaan dalam menjatuhkan hukum lebih-lebih lagi memberi nasihat yang tepat. 

Aku,
hanya mampu memberi semangat..tapi situasi-situasi mereka, menyedarkan aku untuk aku lebih mencari dan menggali ilmu sebanyak mungkin.

Ada yang meminta nasihat dan pandangan ku sekiranya mereka mahu berpurdah. Aku kelu. Penampilan ku terlalu biasa-biasa saje. Bukan bertudung labuh apatah lagi berniqab. Mengapa aku yang dipilih nya untuk meminta pandangan? Ketika menjawab pertanyaan itu, aku hanya mampu meminta pada Allah moga apa yang dituturkan bisa menjadi panduan yang berguna mahupun diguna pakai atas keterbatasan ilmu ku.Namun,segala-galanya terserah pada pemilik diri. Jika mampu untuk istiqamah, maka berniqablah.

Dalam kes-kes tertentu yang adakalanya amat berat bagiku, aku mohon mereka jauhkan. Takut-takut terpesong aqidah. Penceritaan demi penceritaan, mohon pandangan dan nasihat teman-teman yang lebih qawwiy, bimbang ada dalam kalangan teman-teman kita termasuk dalam golongan yang terima al-Qur'an tetapi menolak hadith. nauzubillah.

Itulah kenapa pentingnya untuk kita mencari ilmu dengan berguru. Bimbang kita mudah mengikut mereka yang salah tetapi lantang berhujah. Ternyata ketika dipilih ayat-ayat dr al-Qur'an, mereka mudah menyimpulkan sesuatu situasi tanpa melihat pada tafsir,malah menafsirnya sendiri dengan aqal sendiri. Allahuakbar.

...

Sampai ke saat ini. aku mulai fikir, apakah bila diri semakin dewasa, dunia semakin luas, situasi menjadi berubah, dan pemikiran kita harus lebih matang. Bagaimana caranya untuk selamatkan teman-teman kita.

Kadang, aku terfikir. Aku di uia, jika ada seorang hamba Allah yang seperti ini? dalam kalangan kita, bagaimana pula masyarakat di luar sna yang belum tentu mendapat sentuhan tarbiyyah seperti kita.Allahu Allah.

Ya Allah,yang membolak balikkan hati,
tetapkan lah hati kami pada agama Mu.

ameen ya Rabbal'alamin





No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.