12 February 2013

Ini kisah cintaku

Hari itu, adalah hari kedua aku bertemu dengannya. Berlainan dengan kisah cinta manusia lain, kisah ku ini ditemani dengan ibu dan abang yang selalu di sisi. Jika dikira-kira, kami baru mengenal hampir beberapa bulan. Belum genap setahun. Perbualan kami sangat lah sedikit, namun, pernah juga terdetik di hati, "cukup kah semua ini untuk sekadar mengenali nya?"

Seringkali ku andaikan kata hati ini adalah bisikan dari syaitan. Iya, kalau diikutkan hati yang bernafsu, ingin sahaja aku berkongsi semuanya! semuanya tentang hari-hari yang aku lalui. Tentang perkembangan dan kejayaan demi kejayaan yang aku kecapi. Bertanyakan khabar,emh.. macam-macam. Tp,bila namanya mujahadah, "mengapa aku perlu tewas dengan semua ini?"

Getaran yang menyentuh hati, mengatakan "ahh..ini salah!" - fatwa hati ku kira. aku cuba elakkan sebaik mungkin. buang jauh-jauh kerna takut kan


dosa.


Apa kau kira aku tak teringin punya pasangan yang bahagia? ya, naluri seorang wanita sememangnya ingin disayangi,dicintai. Tapi, bukan itu (couple) caranya. Keindahan itu, yakinkan aku bila bernikah itu, adalah kebahagiaan yang sgt hakiki. 

Kita,adalah golongan yang ditarbiyyah. Kerna kebergantungan tinggi pd Allah, Allah meletakkan keyakinan dan kepercayaan pada pasangan kita. Pernah rasakan? Bila kerna Allah, semua yang berlaku adalah hikmah dan hadiah dari Allah. Amazing kan? 

Pertemuan itu, aku cuba menjadi 'biasa' seperti hari-hari biasa. Tp, sukar. Hati ku tetap berdebar. Entah kenapa. Sambil berbicara, aku berselindung di sebalik ibu. Kebanyakan bicara nya, di sambut ibu dan bukan aku. Iya, terlalu banyak yang ingin dibicarakan, tapi..

biarlah ia tersimpan,
sampai satu masa nanti
jika panjang usia ku,
kita boleh bertaaruf lebih jauh
dan bertukar-tukar cerita tentang kehidupan ku
dan kamu

yang masih banyak belum kita selami.





Akan hadir satu hari
kisah 'cinta' itu terukir
selepas pernikahan.


 

 

2 comments:

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.