30 June 2012

Improvement



Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

opick



"There's always room for improvement"... itu pesan sahabat saya dulu, umy.

Pernahkah kita fikir untuk perbaiki diri kita? dan pernahkah kita terfikir... usia kita semakin meningkat hari demi hari? Dan... apa amalan-amalan kita yang bertambah itu sedari usia kita mula melangkah masuk tadika sehingga di usia ini?

Dalam satu ceramah yang saya hadiri, ustaz kata, 

"...tuan-tuan, takkanlah usia kita dah meningkat 40 tahun..amalan kita masih sama seperti masa usia kita 20 tahun dulu..? tingkatkanlah amalan diri kita, jika dulu solat fardhu cukup 5 waktu, tambahlah dengan amalan-amalan sunat yang lain..."

Begitu juga naqibah saya pernah berpesan, sebelum solat, lakukan lah solat sunat rawatib. yang lebih baik, solat sunat sebelum subuh. kadang-kala dia memperingatkan kami melalui sms. sungguh manusia itu pelupa, dan perlu sering diperingatkan. lama-kelamaan, inshaAllah, amalan itu akan berterusan.


saya cuba sedikit sedikit mengamalkan sunnah nabi, antaranya sekarang, bersugi. Alhamdulillah, sekarang semakin konsisten berbanding dulu. dan saya lihat, ramai yang telah menggunakan kayu sugi berbanding berus gigi biasa beserta ubat gigi berpudina. pada awalnya, saya mula menggunakan ubat gigi kayu sugi, dan... bila di kedai buku di uia, ada membekalkan serta menjual kayu sugi, lebih mudah untuk saya membelinya dan menggunakan. jadi saya berazam untuk menggunakan kayu sugi berbanding berus gigi biasa untuk kegunaan harian.

* tiap kali bau kayu sugi, teringatkan tatkaln Nabi SAW bersugi, pasti dia mencium bau yang sama. :')

dan alhamdulillah, fadhilatnya sungguh banyak. setiap kali bersugi.. niatkan untuk ikut sunnah nabi. inshaAllah dapat ganjaran pahala. 

teringat ustaz cerita, seorang sahabat nabi (saya tak ingat namanya) beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan berwudhu, dan kerana amalan sekecil ini lah dia dimasukkan ke dalam syurga. then, ustaz pesan, buat lah apa-apa amalan yang berterusan, walaupun ia kecil pd pandangan kita, siapa tahu, amalan itu yang bakal menjadi bekalan kita kelak.. wallahualam.

Wudhu jugak menjadikan kita berbeza dari manusia yang lainnya ketika di akhirat kelak. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W,
“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu. Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebarkan basuhan wudhunya)”

Cubalah improve diri kita sedikit demi sedikit, inshaAllah bila kita berusaha untuk berubah, Allah akan mendatangkan kita teman-teman yang baik serta persekitaran yang mendorong kita untuk berubah.

Wallahualam

Till next-time inshaAllah!


2 comments:

  1. salam'alaik.

    itu bukan pesan umy, fatin.
    itu rantaian dari pesan2 org pd umy yg akhirnya di sampaikan pd fatin, ahah! XD

    fatin, updatelah selalu2. bila 'baca' fatin, umy automatik akan 'baca' diri umy sekali. inspiring. fatin bz eh?

    oh, sekadar perkongsian dengan fatin, nama sahabat tue, bilal bin rabah. Rasulullah terdengar terompahnya di Syurga, dgn hanya amalannya; selalu menjaga wudhu, dan setiap kali lepas wudhu, beliau akan solat sunat wudhu 2 rakaat.

    moga kita juga ada amalan istimewa kita di hadapan Allah.
    salam mujahadah, sayang fatin fillah!
    :')

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. wslm wrt umy!

    yeeee!!bilal! ftn ingat2 lupe... buku catatan kecik ftn tertinggal kat officeeee....:D huhu..(ftn teringat ustaz cerita ni masa ceramah isra' mikraj kat surau rumah)

    umy, sebenarnya ftn terinspirasi nak menulis ni, sebab ftn baca post2 lepas ftn then terbaca comment umy.

    "there's always room for improvement"

    huhu.terima kasih sebab umy selalu tinggalkan komen kat blog ni! perhaps one day *errr...bila dah tua nnt, kata-kata umy sentiasa tersemat kat "sini"...dan boleh jd sumber inspirasi even kita tak lagi duduk di kampus yang sma..hehe :')


    inshAllah umy :)
    sayang umy fillah abadan2!!

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.