14 July 2011

anak perantauan





"...imbangi antara kekuatan pemikiran, emosi dan kerohanian, di samping membina kekuatan fizikal.."


"...kita cuma berusaha dan berikhtiar, lepas tu tawakal....ini pun yg uncle lakukan selama ini.."

"...ingat bahawa Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang"

"...uncle beri pandangan ini kerana uncle sangat baik dgn arwah ayah Nadia, so ingat sebagai nasihat org tua aje la ye.."
"iye pak cik .."



saya adalah anak perantauan sedari usia 3 tahun. lama saya membesar di sana. tapi uncle, beliau agak lemah berbanding yang lain.beliau lebih lama di sana. namun, atas hasil usahanya dan kesungguhannya yg tak pernah putus, kini beliau bergelar seorang Dr. alhamdulillah. sungguh.. Allah itu Maha Penyayang. Dia takkan pernah membiarkan usaha hamba-hambaNya sia-sia. Dia Maha Mendengar. maka, berdoalah dan bertawakkallah kepada Nya. Allahuakbar...

bila bertemu semula teman2 lama ayah di France dan anak2 perantauan yg sma2 membesar, sungguh mengingatkan saya ttg kenangan lalu. mereka sgt baik dan mengambil berat pada kami sekeluarga selepas pemergian ayah. ade yang kami masih contact, ade yg dah terputus hubungan. sebab itu saya gunakan laman web social untuk mencari semula teman2 lama.dan...ia benar2 mengimbau kenangan lalu.

bila berjumpa semula dengan teman lama yg sama usia, sungguh tak sangka masing2 dah bnyk berubah. haha. subhanallah! dengan kejayaan dan haluan masing2. adakalanya cerita-cerita mereka membuatkan saya semangat dan lebih semangat untuk terus berjaya dalam hidup. kawan yang hampir berbelas tahun tak berjumpa, sungguh melepaskan rindu yg dahulunya kami membesar bersama. melalui musim2 yang penuh dengan warna2 kehidupan. Allahuakbar... betapa indahnya kenangan yang Kau ciptakan dan ukirkan buat kami.

semoga ukhuwwah antara kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. semoga kita sma2 terus berjaya dan mengukir kejayaan seperti ayah-ayah kita. ameen.



andai dapat diluangkan satu hari untuk kami berjumpa
mencipta kenangan baru bersama..
pada ramadhan yang bakal tiba.



inshaAllah




2 comments:

  1. fuhhh... gambar memang nmpak lame la.... ni kira time kat France ke?.

    ReplyDelete
  2. fareezul.

    aah.ni waktu raya...:)
    sume kecik2 lg..haha

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.