24 October 2010

satu antara seribu

saya baru lepas baca satu blog.menurut tafsiran saya sendiri,penulis ini lelaki dan agak saya dia seorang yang biasa sahaja.penulisaanya sempoi..tp maksud yang ingin disampaikan dan hasrat nya juga jelas.iaitu,dia mahukan perempuan yang baik.

abang saya dah bertunang.alhamdulillah,tak lama lagi akan bina masjid inshaAllah.saya mendoakan kebahagiaan abang saya dan segala urusannya dipermudahkan.sebagai adik,saya akan cuba buat yang terbaik untuk abang.majlis abang dalam perancangan ibu dan kami semua.seringkali ibu bertanya pendapat saya,sebab abang,lelaki...tak cerewet sangat.i guess.abang menurut sahaja.tapi,abang dah setting supaya takde majlis sanding dan sebagainya yang bertentangan dengan syara'.cumanya,sekarang,bagaimana caranya nak elak dr timbulnya spekulasi orang lain terhadap tiada nya majlis sanding ini.adat kan...

saya pernah bertanya pada abang,kenapa abang pilih kakak 'tu'?kata abang,dalam ramai kawan-kawannya..hanya kakak ni yang menarik perhatiannya.perwatakan dan akhlaknya.dia lah satu antara seribu.dah jodoh mungkin?Allah pertemukan abang dengannya.

abang pernah kata satu benda pada ku,yang juga saya kongsikan pada teman2.."abang kalau tengok perempuan tu lipat lengan je..abang terus tak suka".terus saya tertangkap gambaran teman-teman sekeliling.seperti benda remeh kan?...cara abang menilai,mungkin x semua lelaki ambil berat tentang ini semua.sungguh.agak2nya kalau semua lelaki berfikiran mcm ni,habisla semua perempuan yang lipat lengan tu tak kahwin sampi bila-bila.adush!eek

...cukup sempurna berbaju kurung.x de cutting dan...tak tabarruj sgt.i guess?..taaaapi...sedar x sedar,ramai yang selalu lipat lengan sampai paling2 pun bawah siku...erm...pendapat saya,baik pakai lengan pendek je.sma x?aurat anda tetap kelihatan.ya...tangan anda cantik,putih gebu...halus mulus...tapi,kan lebih cantik andai ditutup elok2...supaya tak menarik perhatian.

saya fikir,perkara biasa.biasa sangat.sampi saya pun terasa biasa bila duduk dalam klgn sebegini.nak tegur pun sekadar sindiran.lama-lama tak terasa apa.itu lah hati dah keras.(astaghfirullah)tak panas ke sampai paki baju 2 lapis?...eh x lah..lagi panas api neraka!sungguh,saya takut neraka.saya hanya diberi peluang sekali sahaja peluang hidup di muka bumi ini untuk berbuat baik.kehidupan lagi satu,sma ada neraka atau syurga?anda nak yang mana?-pakai baju dua lapis,inner/amrsocks adalah untuk mengelakkan lengan kita dari jatuh dan terlihat pergelangan tangan kita.sebaik-baik nya dijaga.sebab baju kurung kainnya licin bila kita angkat tangan dah sah-sah la lengan terselak..-(x termasuk lagi design baju skrg yang sengaja di sentengkan lengannya...cool!agenda yahudievil)

saya pun dulunya bukan seorang yang amek berat soal aurat.tapi,semakin dewasa,saya makin terasa takut dengan azab neraka.saya tkut umur saya pendek dan saya tak sempat berbuat baik.apa slahnya ikut ajaran Islam yang sebenarnya?(bukan Islam hadhari yemrgreen)dari situ,saya terlatih untuk menjaga aurat sebaiknya.dulu saya hanya mengikut dan disuruh.now,bila dah besar..penghayatan tu semakin dirasai.semoga istiqomah ye.

hmm..penulisan ni...sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.pernah tak anda bertanya pada lelaki?wanita bagaimana yang mereka dambakan?pasti yang baik kan?(plus2 kriteria lain yang mereka sebutkan)

haha...apa2 pun,jagalah diri sebaik mungkin.sekadar perkongsian dan peringatan bersama.kalau saya alpa,sila ingatkan juga.manusia tiada yang sempurna...wallahualam.cek semula iman kita...naikkan nya ke tahap maximum!wink

1 comment:

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.