
Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya
Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.
Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya
Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya.
Jika suami tidak mendapatkan di dalam rumahnya seorang isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menjulurkan cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?
Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia
Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya.
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."
Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang.
Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."
Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)
Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami.
Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan.
Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.
dipetik dari BAGAIMANA MENJADI ISTERI SOLEHAH DAN IBU YANG BERJAYA karangan Ummu Ibrahim Ilham Muhammad Ibrahim
*****
“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”
Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-
1. WAJIB BERKAHWIN: Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. SUNAT BERKAHWIN:
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3. HARUS BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. MAKRUH BERKAHWIN:
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
5. HARAM BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.
"woman was made from the rib of man
she was not created from his head to top him
nor from his feet to step upon.
she was made from his side to be closed to him
from beneath his arm to be protected by him.
near his heart to be loved by him"
(sekadar perkongsian ^_^)
bila masa kak nadia?? ^_^
ReplyDeletehuhu..fana dlu lah...akak lma lagi...biar stabil kewangan,belajar..n kerja dulu...huhu^_^..nak berbakti pada family first!inshaAllah...
ReplyDeleteeh, sy muda lagi..bru first year first sem... =)
ReplyDeletesaya pun muda lagi..hehe^_^..xde lah..kita focus kat belajar dlu eh...huhu...all the best ntuk final nih!
ReplyDeletehehehhe...betul2...tu la...due date pun dah dekat..
ReplyDeletegood luck kak nadia... ^__^
tq fana...^_^ u too
ReplyDelete