Teman-teman ku,
dirimu umpama cermin bagi diriku
kalian yang membimbingku ke arah kebaikan
menegur apa yang salah
menambah apa yang kurang
memberi apa yang tiada
setiap tindak tanduk ku diperhatikan
bukan untuk menjaga tepi kain
atau memperkatakan tentang keburukan
cume menjalankan tanggungjawab sebagai seorang teman
juga sebagai hamba YA RABB
yang sentiasa saling berpesan dan saling mengingati^_^
Teman-temanku,
hadir mu amat bererti dalam hidup ini
memberi keceriaan
yang tak mampu diberikan oleh orang lain
setiap bait-bait kata
yang menerjah ke cuping telingaku
membuat ku tersedar dari lena yang menjerat
bersamamu membuat ku gembira
kerana punya insan yang masih mahu
menegur salah silap ku dalam menempuh hidup
keburukan ku kalian perbetulkan
kebaikan kita sama-sama kerjakan
demi mendambakan kasih sayang dariNYA
Teman-temanku,
syukran aku ucapkan atas keprihatian kalian
tiada erti perjalanan hidupku tanpa bantuan dari kalian
ketahuilah wahai teman-teman yang ku sayangi
kalian selalu hidup dalam hati kecil ku♥
tak pernah sekali pun ingatan terhadap kalian menipis
cuma satu harapan ku
agar ukhwah kita sentiasa berkekalan
selamanya
andai ada perpisahan antara kita
terimalah ia dengan hati yang ikhlas kerana-Nya
di negeri abadi tempat pertemuan semula
berpeganglah pada kata-kata
ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah
uhibbukum fillah
P/s:mulai saat ini,saya akan delete account facebook saya.kepada sahabat2 semua yang mengenali diri ini dan juga baru mengenali,maaf dipinta andai ade salah n silap di mana2 sepanjang kita berkawan.inshaAllah,selepas ini,saya akan mula aktif berblog sahaja.apa2 perkembangan atau kisah yg ingin dikongsikan bersama,akan diupdate di sini.semoga segala perkongsian pegalaman dan juga nasihat,akan merapatkan lagi ukhwah kita.akan merindui kawan2 semua^_^inshaAllah,semoga penghijrahan ini adalah yg terbaik.kenapa dan sebab apa itu,selalin daripada kurang ajar nya yahudi,ade juga sebab2 tertentu.demi kebaikan diri sendiri..wallahu'alam
hasil nuklan,
http://tazkiyahannafs.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment