14 May 2010

mula.cuba memahami.


Selesai membaca hasil penulisan Dr. Pahrol Mohamad Juoi,aku temui satu jawapan.mungkin ini jawapan yg aku inginkan.akhirnya Allah memberi ilham padaku.^_^



Hakikat cinta,

Selama ini aku x mengerti hakikat cinta yg sebenarnya. Namun, aku tak tahu sama ada inilah hakikat cinta yang sebenar-benarnya. Jika ada salah silap di mana2 sila betulkan. Ini hanya menurut kefahamanku setelah selesai membaca artikel tersebut. - Cinta yg harus disandarkan pada Allah…erm..mcm ne nak luahkan dalam bentuk penulisan ye?sekejap,sdg mencari ilham…hmmm….



Mcm ni,selalunya yg biasa kita dgr,kita harus bercinta kerana Allah.ye lah,mungkin mudah untuk mengatakan cinta ‘kerana Allah’.Mungkin anda semua cukup faham dengan ayat ini...tapi,saya mengaku, saya masih kabur tentang bagaimana nak praktikkannya..sehingga lah pada suatu hari,saya mula mendapat ilham dan memahami kata-kata itu. Cinta kerana Allah,ialah untuk mendapat cinta manusia(yang cintakan Allah),kita harus sama-sama mencari dan mendapatkan keredhaan Allah swt. Bukannya kita tunduk kepada cinta..tapi biarlah cinta itu berputik dengan memuji Allah swt. Dengan mengaAgungkan Allah swt. Dan..bagaimana caranya?caranya ialah dgn melakukan segala yg disuruh dan menjauhi laranganNya…amar ma’ruf,nahi munkar…biarlah cinta itu tunduk kepada kehendak Allah,dan bukannya kita tunduk kepada cinta…subhanallah…indah kan?



Dan sudah dinyatakan dalam Qur’an..wanita yang solehah itu,untuk lelaki yg soleh…dan begitu juga sebaliknya.^_^..so, bila kita menyempurnakan amal ibadat kita,lakukan seikhlas mungkin. Bukan kerana apa,dan kerana siapa..Allah Maha menilai…Dia akan menilai setiap amalan kita,dan pasti ada ganjarannya…hati-hati yang mengingati Yang Satu akan mudah bersatu!



Konsep bercinta selepas kahwin,

Menurut apa yang saya faham melalui bacaan saya, sebelum berkahwin, cukup sekadar mengenal hati budi bakal pasangan kita. Dan…sudah tentu agamanya…seperti hadith nabi yg biasa kita dgr…kahwinilah seseorang perempuan itu atas 4 perkara……… namun, pilihlah kerana agamanya. Yang paling utama, ketahuilah keseriusannya dalam beragama. Bagaimana dia menjaga solatnya, boleh menjadi imam?rajin ke surau? adab terhadap ibu bapa..org tua…dsb. Bila agama kukuh,ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang itu juga kukuh.



Dan cara yang terbaik, ialah dengan menggunakan org tengah. Orang yang boleh kita percayai. Mungkin kenalan rapatnya,saudara mara nya yg kita kenal. Kalau kawan sekelilingnya orang yang baik2, sudah pastinya dia pun orang yang baik2.inshaAllah..erm..mungkin anda semua pernah mempraktikkan cara ini? Mungkin ada yang tidak pernah… sesungguhnya, hubungan yg sebegini lebih terjaga, sbb kadang2 apabila kita sendiri yang berjumpa dengan orang yang kita telah jatuh cinta, mendampinginya dan kononnya ‘ingin mengenali dengan lebih rapat’… sebenarnya, keinginan itu lebih kepada menurut kehendak nafsu. Ye tak? Wallahua’lam..



Berkenalan dahulu, berkahwin dan bercinta…dalam penulisannya, beliau menulis, “hendak membuat pilihan kita mesti mengenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah,InsyaAllah, nanti pasti ada cinta.Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal….”…sungguh indah bila cinta bertasbih!(memuji Allah)”



Ganggu emosi,

Saya juga pernah terbaca hasil penulisan kak Fatimah syarha, yang menyatakan, seboleh-bolehnya rahsiakan hasrat kita buat seketika selagi kita masih di alam sekolah-universiti, maksudnya masih belajar. Sebab utamanya ialah kita x mahu emosi pihak tertentu terganggu. Ye lah, bila kita mula membuka cerita soal hati masing-masing, mulalah timbul perasaan rindu…dsb.wallahua’lam..



Haha..kelakar pula rasanya menulis soal cinta ni.tapi, ini lah yang seharusnya dijaga.dipelihara.lebih2 lagi kaum hawa, kaum wanita…adik2 perempuan..kakak2 yang diluar sana…sahabat-sahabat yang disayangi, mungkin saya belum cukup layak untuk membicarakan soal ini,sbb saya bukanlah seseorang yang mempunyai ilmu yang luas ttg soal cinta. Perasaan yang suci ini sebenarnya lumrah..Sekadar mengulas dan ingin berkongsi ttg pembcaan saya dan..mungkin juga terselit sedikit pengalaman. hm…nasihat saya,sma2 lah kita pelihara kehormatan kita. Biar kita sahaja yg belum berpunya..atau belum memiliki teman lelaki (bf),tapi… harus sabar dan pandai memilih antara butir pasir dan batu permata.^_- Biarlah niat kita betul untuk mencintai seseorang … wallahua’lam..



‘cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua’

percayalah~



6 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Dah lama tak jengah blog ni.
    Rindu nak baca fatin punya idea.
    Nice entry, fatin ^_^
    Moga jadi sumber ilmu buat yang masih tercari-cari hakikat sbenar ^_^

    ReplyDelete
  2. uuh btol..sme abg yg da kawen n yg nak kawen gune cre yg same..alahamdulilah sume bahagia besama anak2

    ReplyDelete
  3. ruqaiyah:wslm wbt,hhuhu..entri ftn x sebagus ruqaiyyah....^_^segan...hehe..
    tq ruqaiyyah...inshaAllah...

    fmi:alhamdulillah...bgus lah...semoga terpelihara smpi ke anak cucu^_^
    abg kamu,kamu tu bile lagi?umur dah makin bertambah??huhu

    ReplyDelete
  4. umo makin btambah.. erk trase tue di situ.. saya lmbt lg uh.. bukan priority lg kot..kalau de desas desus abaikan la.. haha

    ReplyDelete
  5. desas desus?amboi..ngn sape tuh??huhu...so far xde pulak...xpe first thing first...

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.