30 November 2008

architecture and solat istikharah~

ARCHITECTURE OR LANDSCAPE ARCHITECTURE...??


Lect ku suke bertanya,ape tujuan nye kite blaja sume nih?
aah la...ape tujuannye aku blaja sume nih?
ape matlamat aku ntuk amek bdg senibina nih?
ape yg aku nak jd bile besar nt?dah cukup bersedia ke ntuk masa depan?
hurm...klu diikutkan minat ku lebih kepada landscape...tp,ape yg membuatkan aku terpikir sejenak,bile rami kgkwn mem'promote' architecture...or 'pure' (ade ke istilah nih?) yg mane patut aku pilih?n diorg menasihatkan agar wat solat istikharah..coz He know the best! n bnde ni perlu dilakukan berterusan...

so,wanna share sumthg bout solat istikharah....


Kesempurnaan solat istikharah

Manusia dengan akalnya hanya dapat menanggapi perkara-perkara yang lahiriah semata, hanya Allah saja yang mengetahui perkara-perkara yang batiniah yang tersembunyi ataupun yang ghaib. Dengan akal dan ilmu manusia merancang dan meramal, tetapi Allah lah yang menentukan segala-galanya. Oleh kerana itu orang Islam dianjurkan supaya menyerahkan segala persoalannya kepada Allah, apalagi perkara-perkara yang besar dan penting dengan cara solat istikharah.

Dari Jabir bin Abdullah ra. meriwayatkan katanya: "Adalah Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah pada segala urusan kami seperti baginda mengajar kami surah Al Quran. Baginda bersabda; "Apabila seseorang kamu hendak mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang selain solat fardhu. Sesudah ia bersolat hendaklah ia memuji Allah, berselawat ke atas nabi dan kemudian membaca doa:
"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku memohon petunjuk kepada Mu tentang mana yang baik buatku menurut ilmu Mu, dan aku memohon kesanggupan kepada Mu dengan qudrat Mu. Aku memohon kepada Mu dari keutamaan Mu Yang Besar, kerana Engkaulah Yang Berkuasa, aku tidak berkuasa, dan Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib".

"Wahai Tuhan ku! Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (disebutkan apa yang dikehendaki) baik untukku dalam agamaku dan penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka takdirkanlah dia untukku dan permudahkanlah, kemudian berikan berkat padanya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk untukku, terhadap agamaku, penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka palinglah dia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya dan takdirkan kebajikan untukku di mana ia berada, kemudian berilah hatiku meredhainya".

Solat Istikharah ini boleh dilakukan bila-bila masa saja yang dikehendaki, malam atau siang, pagi atau petang asalkan bukan pada waktu yang terlarang. Al Imam An Nawawi berkata; "Sesudah Istikharah seharusnya seseorang itu mengerjakan apa yang dirasakan lebih baik untuk dirinya. Maka seharusnyalah ia tidaklah berpegang kepada ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah."

"Bahkan seharusnya bagi orang yang melakukan Istikharah supaya meninggalkan pilihannya sendiri, sebab kalau demikian bukanlah ia beristikharah kepada Allah, malahan beristikharah kepada nafsunya (kecenderungan hatinya) bahkan mungkin ia tidak bersungguh-sungguh memohon istikharah serta menyerahkan ilmu dan qudrat hanya kepada Allah sahaja. Jika ia benar-benar beristikharah tentulah ia menyerahkan kekuatan dan daya upaya kepada Allah dan melepaskan pilihan dirinya sendiri".


4 comments:

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.