05 November 2010

proud to be IIUM student









sejak saya terbaca keratan2 akbar lama tentang univeristi tercinta saya ini,saya tergerak hati untuk berkongsi sedikit pengalaman saya berada di bumi bertuah ini dan bebrapa pandangan saya tentang nya.

ya,universiti yang tak kurang hebatnya dalam debat..merupakan johan peringkat antarabangsa,namun terselit juga kejayaan pelajar engineering yang dinobatkan sebagai johan dalam sebuah pertandingan di Madrid.sayu hati bila membacanya.terasa begitu bangga bergelar pelajar uia...namun,di sebalik kejayaan2 yang tercipta,ada juga berita2 yang kurang enak dibaca.

ya lah..dalam banyak2 epal yang baik,pastinya ada yang busuk.ya kan?undang-undang di uia sgt bagus sbnrnya.bagi saya,selama saya belajar di sini.saya selesa dengan rules yang telah ditetapkan.sebenarnya,semua rules itu adalah untuk kebaikan pelajar dan semua.walaupun kadang2 payah...tp cuba kita selidik signifikan di sebaliknya.secara jujur nya,saya pernah di saman.ntuk electrical item yang tidak diregister.each item rm50.tergamam juga,tp salah siapa?kata abang, "lain kali ikut je rules...jangan langgar2"..saya diam.


saya suka

saya suka dengan subjek university requirement.Islamic knowledge and civilisation.dr sini saya belajar dgn mendalam ttg' ilmu'.sejak masuk tahun dua,saya rasa subjek ini semakin menyeronokkan.berbeza dgn sem2 sebelum ni,saya terikut2 dgn budaya orang lain yang sekadar ingin menghabiskan subjek U dan saya sekdar ke kelas dan mendengar.dan mentaliti pelajar yang merasakan subjek ini beban turut saya rasai.tp hakikatnya tidak.inilah masanya untuk kita berfikiran lebih luas,bukan sekadar dalam bidang yang kita ambil.

untuk tahun pertama,kami perlu mengambil subjek "halaqah"..iaitu kami akan diberi tazkirah oleh naqibah,hafaz hadith,potongan ayat dr al-Qur'an..dan perbincangan dalam kumpulan.cuma ia nya berbeza sedkit dgn usrah yang tidak rasmi.subjek halaqah ini dijalankan dalm bahasa inggeris.sukar nak hadam.untuk tahun kedua,kami perlu ambil subjek "leadership",yang tujuannya untuk melatih setiap orang mempunyai sifat kepimpinan.wallahualam,saya tak berapa nampak sama ada subjek ini berjaya atau tidak..dan untuk semester depan inshaAllah kami akan belajar ttg keibubapaan..iaitu subjek "parenting".sungguh,saya rasa subjek ini sgt perlu.mula2,nilai2 Islam diterapkan dalam diri kami,kemudian,kami dilatih menjadi pemimpin,akhirnya untuk meneruskan generasi yang soleh,kami diajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik!inshaAllah.saya harap kita semua dapat menghayati apa yang akan kita lalui sepanjang berada di U.

mula menjejak kan kaki di bumi uia,masing2 akan lalui ujian tilawah.bagaimana bacaan nya dan hafazannya?beruntung lah para hafiz dan hafizah...mereka dapat lalui ujian ini dengan cemerlang.bagi pelajar seperti saya,yang hafazannya tak berapa mantap,terpaksa lah mengambil kelas tilawah al-Qur'an..alhamdulillah,saya ditawarkan ke stage 2.kategori pelajar yang sudah boleh membaca.cuma masih banyak yang perlu diperbaiki.ditakdirkan,saya mendapat ustaz yang garang.alhamdulillah.kalau x,kemungkinan saya akan sambil lewa shja.mana tahu?siapa yang pernah baca post saya sebelum ni,tahulah bagaimana saya selalu berhadapan dengan ustaz tilawah saya...huhu

kemudahan-kemudahan di uia?bagi saya sudah cukup.malah kadang2 perlu belajar bersyukur.saya pernah menginap di salah sebuah universiti di perak.alhamdulillah,pengalaman duduk di tempat orang banyak mengajar kami erti bersyukur dengan tempat sendiri.segala kekurangan yang kami ada,jika ingin dibandingkan dengan yang lain,sebenarnya dah cukup bagus dan tersedia dengan baik.malah,pelajar2 luar berasa senang berada di uia.jarak perjalanan ke kuliyyah yang tidak terlalu jauh...dan ntuk ziarah kawan2 pun,boleh saja dengan berjalan kaki.kadang2 mengadu letih,tapi bila dipositifkan fikiran itu,jalan kaki ni..mampu menyihatkan tubuh badan!

saya suka rasa hormat technician lelaki pada hak wanita.di uia,setiap kali ada 'baik-pulih' dijalankan,pengumuman akan dibuat.dan untuk baikpulih di dalam bilik kami,technician perempuan mesti ada sekali.mereka akan beritahu kita dahulu dan..technician lelaki akan turut dr belakang.saya lihat mereka serius melakukan tugas.dan sebelum melangkah ke blok sisters,walau pun pengumuman sudah dibuat,mereka akan beri salam dahulu.saya ada pengalaman sekali terkantoi dengan technician,dan alhamdulillah,mereka faham,dan mereka akan beredar dahulu.saya pernah ada pengalamn di universiti luar.tanpa ada sebarang pengumaman,tiba-tiba sahaja sudah ada beberap orang pekerja lelaki di aras kolej perempuan.subhanallah!saya terkejut.dan rasa sungguh x selamat waktu itu..tp saya lihat,kebanyakan dr pelajar mereka bersahaja tanpa ada rasa malu.nauzubillah.

surrounding uia pn best.ibu pn suka.kata ibu udara di situ segar.drpd apa yg saya selalu ceritakan pada ibu,ibu dah boleh bayangkan bagaimana suasana belajar saya di sini.alhamdulillah saya ditempatkan di sebuah universiti yang amat menitikberatkan persekitarannya.saya kagum melihat pekerja2 yang setiap hari membersihkan laman uia...di bersihkan nya daun-daun yang berguguran jatuh tanpa henti.digemburkannya tanah supaya tumbuhan dapat hidup dengan subur,longkang2 dipastikannya bersih tanpa sampah...lantai2 di uia disentalnya supaya sentiasa kelihatan baru..pintu2 pn begitu juga.sesuatu yang kita rasakan remeh kadang2,tp itulah yang mereka lakukan tatkala kita sedang lena dibuai mimpi di dewan kuliyyah..huhu.jadi,jangan lupa sedekahkan snyuman pada mereka,ucapkan kata maaf saat mereka sedang membersihkan lantai agar mereka terasa dihargai...^_^

saya tak berapa suka

uia abaikan konsep Islam?aha..ini isunya sekrg.betul ke?dr pengamatan saya.ada benarnya.saya tahu,orang2 di luar sana memandang tinggi pada uia.dalam fikiran mereka,pelajar uia adalah pelajar yang baik2.bakal2 imam..mereka yang keluar nt lah yg akan membacakan doa dalam sesebuah majlis...saya tahu,malah ada yang pernah beritahu saya begini.baguslah.secara jujurnya masih ramai golongan sebgini.

saya pernah ditanya seorang pelajar di salah sebuah univeristi tempatan,.."err...dr uia ke?"...saya jawab,"ya saya,kenapa?"..."owh..xde lah..ingat kan budak2 uia bertudung labuh.."...saya gelak,"haha..xde lah..sebahagiannya..."..."oo...".yang bertanya itu lelaki.

lihat?sampai begitu sekali kan penilaian orang terhadap kami,hanya atas nama universiti Islam.alhamdulillah,semua nilai yang diserapkan di universiti kami adalah nilai-nilai Islam,walau sesetngahnya ada yang berfikiran sekular.itu normal.dimana-mana shaja ada.dan selalunya golongan sebegini yang lebih menonjol,akibat sokongan dr orang2 kuat.

ada yang beralasan,pelajar yang masuk uia bukan semua berlatar belakngkan sekolah agama.ada yang dr sekolah convent,sekolah teknik...dan sebagainya.tp bagi saya,punca ini tidak boleh diperslahkan secara total.sebabnya,ramai sahaja kawan2 saya dr sekolah yang bukan berlatar kan agama berubah kepada lebih baik.di sini lah tempat mereka menanam semula benih2 Islam.malah terkadang,mereka pula yang lebih baik dr yang bersekolah agma.mungkin dulu mereka tiada pendedahan yang sewajarnya...bg saya perkara ini subjektif.

"Buat peraturan, tetapi tiada tindakan”

erm...ada benarnya.atau saya tak nampak tindakannya.atau...pelajar itu sendiri yang x makan saman.wallahualam..dan kadang2 pihak yang sepatutnya ambil tindakan ini ber'musim'.tak jalankannya secara terus.dan saya lihat juga drpd lecturer2 saya,hanya sstgah nya yang tegas.yang lain,tidak ambil berat ttg peraturan.jadi ada masanya mereka akan terlepas.bila tidak ditegur,pelajar akan merasakan apa yang mereka buat itu betul.lebih2 lagi dr pihak yang lebih berkuasa mahupun berjawatan tinggi dalam sesebuah kuliyyah.

dan sekarang,saya tak tahu dulu mcm mane,saya nampak semakin menjadi2 student yang hanya menyangkut selendang di kepala tanpa menutup aurat dengan sempurna...dan saya sedih bila membaca statement ini..

"I think you’re exegerrating it. We are all adults, its a free country. As long as the students cover their aurah inside UIA, its fine. You can’t expect EVERYONE to wear tudung, this is between them and Allah. Don’t be self-righteous. Life doesn’t work that way"

di bawahnya,ramai yang menegur sisters ini.harus fikir dua kali jika ingin perkatakn sesuatu.saya sedih kalau lihat perkara ini terus terusan di uia.sebaliknya saya tertarik dengan kata-kata seorang sis lagi,katanya:

Salam.
pd pendapat saya, bila seseorang tu declare yg dia penuntut di IIUM, dia haruslah membawa image sebagai seorang penuntut IIUM. Which means the person regardless man or woman have to cover their awrah, and with hope to hv good manners too.

Kalau pakai yg xmenutup aurat nmpak lebih kurang same dgn non-muslim, x payah la ckp dr IIUM. coz when u tell ppl u r from IIUM, they will hv this mind set, how ppl from IIUM should be. most ppl said its not right, stereotyping. well, guess what, u cannot blame the people.

kenapa bila dh ada ilmu, tp xnak praktikkan? tahu ilmu tentang aurat, tp kenapa xamalkan? so, sekarang, siapa yg salah? org ramai yg menganggap pelajar IIUM org yg berilmu, atau, pelajar IIUM yg xnak amalkan ilmu diorg???

byk lagi boleh dihujahkan, tp students nowadays dh byk terpengaruh, blinded by idea2 secularism. n they dont even realise that.

peringatan utk diri sendiri, dan rakan2, sama2 kite muahasabah diri ok.

wassalam.-noor


isunya sekarang,semuanya harus dilihat dr akar umbi.seperti isu ibu bapa yang megharapkan guru-guru 'menatang' anak mereka.padahal tanggungjawab guru hanyalah memberi ilmu,selebihnya didikan yang baik harus bermula dr bayi yang masih dalam kandungan.malah sebelum menjadi ibu bapa.semuanya harus bermula dr keluarga yang baik.

soal pemimpin,usah cakaplah.ada yang patut dijadikan contoh.tapi yang 'haprak' tu...letak tepi.baik isteri mahupun suaminya.dan tentang orang2 yang telah disekularkan ni,harap2 suatu hr nt terbuka lah hati itu untuk menerima Islam yang sebenarnya.atau..duduk diam2 jangan ganggu orang lain.

ilmu telah diberi secukupnya.dalm exam pn dah score.tp,jangan sekadar untuk xm sahaja...terapkan ilmu yang dipeljari dalm kehidupan seharian.amalkan apa yang baik untuk diikuti.jangan pandang sebelah mata,yang dah rasa salah buat2 x nampak.n yang dah tahu pula,x nak amalkan.so,sma2 lah kita perbaiki kelemahan pada diri kita...saya pun bukanlah baik sgt,tapi tak salah kalau berkongsi pendapat dan kita sma2 cuba perbaiki apa yang silap selama ni...


dan..kepada pelajar uia,apa kata kita tanamkan kata-kata dalam diri kita

‘I WANT TO BE A GOOD MUSLIM AND A GOOD PRODUCT OF IIUM!!’

saya sayangkan tempat belajar saya.dan saya tak mahu nilai-nilai Islam di dalamnya ditarik satu demi satu...

wallahualam.

luahan hati seorang pelajar iium



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.