30 October 2008

Langkah membuat perubahan!!~for the next sem..insyaAllah

dah tibe masanyer ntuk lakukan perubahan...
bile aku menilai semula diriku sepanjang sem lepas...


adab-adab menuntut ilmu
****Ikhlas
Contoh ikhlas : Pada zaman sebelum kita ketika sekumpulan tentera Islam di bawah pimpinan ketuanya mengepung sebuah kota.Pengepungan itu berlanjutan sehinggalah sebuah pintu kota itu berjaya dibuka, lantas panglima tentera meminta agar tentera yang berjaya membukanya tampil agar dianugerahkan dengan pingat.Tiba-tiba tiada seorangpun yang hadir.Menjelang malamnya seorang tentera telah dating ke khemah penglima tersebut ketika beliau sedang berqiyamullail.Tentera yang berpakaian lengkap dengan topeng besi menutup mukanya tersebut berjanji untuk mendedahkan identity orang yang bertanggungjawab membuka pintu kota itu dengan bersyarat iaitu syarat yang pertama dia tidak boleh memberitahu namanya.Syarat kedua ialah dia tidak boleh menampakkan wajahnya dan yang terakhir sekiranya personalitinya diketahui lambat laun, panglima dilarang memberikan apa-apa anugerah berupa penghargaan kepda tentera tersebut juga keluarganya.

****Taqwa

*****Meletakkan matlamat

***Beramal dengan ilmu yang dipelajari

Al-Imam al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya, yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah menghimpunkan 1000 buah kitab.Anda belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dengan beramal.



*****Mentaati Ibu Bapa Dalam Perkara Kebaikan

*****Menghormati Guru Dan Menunjukkan Minat Terhadap Pelajarannya

Adab Pelajar Terhadap Gurunya.Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:

• Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.• Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.• Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru• Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari .• Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.• Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.• Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.• Mendoakan kebaikan baginya.

****Tidak berjaga sehingga larut malam tanpa keperluan

****Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia

*Meninggalkan berkawan dengan orang yang buruk perangainya

Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Furqan :Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

*****Meminta perlindungan Allah

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 : Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

****Menjaga Solat

Firman Allah swt dalam surah al-Mukminun ayat 1-2 : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

****Menjauhi Perkara-perkara Yang Haram

Al-Imam as-Syafi’ie pernah mengadukan masalah lupa pada ilmu yang menimpanya kepada tuan gurunya, Waki’ .Beliau dingatkan agar meninggalkan maksiat dengan hujjah bahawa ilmu itu merupakan Nuur Allah, maka ia tak diberikan melainkan kepada mereka yang mematuhi perintahNya..

***Berakhlak Terpuji

****Kemas

****Konsisten dalam Usaha yang dilakukan tanpa berputus asa

Penulis buku ‘Being a happy teenager’, Andrew Mathews menerangkan kepentingan belajar secara konsisten di bawah hukum ‘The Law Of The seed’.Walaupun terdapat banyak benih dari buah-buah pokok epal, tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan tumbuh sebagai pokok epal.Demikian juga kita akan membeli sepasang kasut selepas mencuba hampir sepuluh pasang sebelumnya.Inilah peraturan yang dijadikan Allah.Kita mesti mencurahkan ‘effort’ sebelum mendapat hasil ‘harvest’.

****Menolong Kawan-kawan

***Berpegang teguh pada prinsip Yang Benar

****Mempunyai Maruah & Mulia diri

***Berhemah Tinggi

*****Berkawan dengan Sahabat Yang Baik

Sentiasa Mengingati Allah dan Membaca Al-Quran Firman Allah dlm al-Quran : Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ( ar-Ra’d ayat 28 )

***Menjaga Kesihatan Tubuh Badan

***Memenuhi Waktu Kosong Dengan Perkara Berfaedah

****Mengurus Waktu Dengan Baik

Dengan Mendahulukan Kerja yang Paling Penting

~ustaz zahazan

P/s:naikkan sehingga 5 bintang!!yosh!

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.