dah tibe masanyer ntuk lakukan perubahan... adab-adab menuntut ilmu
****Taqwa
*****Meletakkan matlamat
***Beramal dengan ilmu yang dipelajari
Al-Imam al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya, yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah menghimpunkan 1000 buah kitab.Anda belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dengan beramal.
*****Mentaati Ibu Bapa Dalam Perkara Kebaikan
*****Menghormati Guru Dan Menunjukkan Minat Terhadap Pelajarannya
Adab Pelajar Terhadap Gurunya.Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:
• Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.• Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.• Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru• Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari .• Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.• Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.• Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.• Mendoakan kebaikan baginya.
****Tidak berjaga sehingga larut malam tanpa keperluan
****Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia
*Meninggalkan berkawan dengan orang yang buruk perangainya
Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Furqan :Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
*****Meminta perlindungan Allah
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 : Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
****Menjaga Solat
Firman Allah swt dalam surah al-Mukminun ayat 1-2 : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
****Menjauhi Perkara-perkara Yang Haram
Al-Imam as-Syafi’ie pernah mengadukan masalah lupa pada ilmu yang menimpanya kepada tuan gurunya, Waki’ .Beliau dingatkan agar meninggalkan maksiat dengan hujjah bahawa ilmu itu merupakan Nuur Allah, maka ia tak diberikan melainkan kepada mereka yang mematuhi perintahNya..
***Berakhlak Terpuji
****Kemas
****Konsisten dalam Usaha yang dilakukan tanpa berputus asa
Penulis buku ‘Being a happy teenager’, Andrew Mathews menerangkan kepentingan belajar secara konsisten di bawah hukum ‘The Law Of The seed’.Walaupun terdapat banyak benih dari buah-buah pokok epal, tetapi hanya sebahagian sahaja yang akan tumbuh sebagai pokok epal.Demikian juga kita akan membeli sepasang kasut selepas mencuba hampir sepuluh pasang sebelumnya.Inilah peraturan yang dijadikan Allah.Kita mesti mencurahkan ‘effort’ sebelum mendapat hasil ‘harvest’.
****Menolong Kawan-kawan
***Berpegang teguh pada prinsip Yang Benar
****Mempunyai Maruah & Mulia diri
***Berhemah Tinggi
*****Berkawan dengan Sahabat Yang Baik
Sentiasa Mengingati Allah dan Membaca Al-Quran Firman Allah dlm al-Quran : Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ( ar-Ra’d ayat 28 )
***Menjaga Kesihatan Tubuh Badan
***Memenuhi Waktu Kosong Dengan Perkara Berfaedah
****Mengurus Waktu Dengan Baik
Dengan Mendahulukan Kerja yang Paling Penting
~ustaz zahazan
P/s:naikkan sehingga 5 bintang!!yosh!