08 November 2010

bila berkata soal kematangan..


"matangkah aku?bila pergi supermarket masih bergayut pada trolley?"

terbayang zaman kanak-kanak.memang selalu bergayut pada trolley.seolah-olah terbang laju bagai kan superman..huh..imaginasi semata..hinggakan suatu hari,trolley itu terbalik,dan kami dimarahi ayah......*(hari ini hari jadi ayah yang ke-49)selamat hari lahir ayah!

****


dulu,zaman-zaman sekolah suka ckp mcm ni.."lagi 70%aku nak matang!"semngat nak jadi matang?sbb apa ya?ntah la..sbb kalau matang ni...fikiran lebih dewasa..maksudnya,bila berkawan..x dela ber'geng-geng' bagai.pastu,boleh menyelit bila orang dewasa bercakap...masa tu dh pndai jaga hati orang...dah boleh segala-galanya!

tp...kalau matang...saya selalu terfikir "serius".sbb saya bukan lah seorang yang serius n pendiam melainkan pada orang yang saya belum kenal.pada mereka yang saya belum kenal dgn baik,saya akan lebih mendiamkan diri,x terlalu hyperaktif.sbb saya suka knal seseorang dengan perlahan-lahan bukan terus masuk.mungkin itu juga sebabnya orang kata saya sombong.(mereka yang jujur mengatakan sebegitu)dan..saya tak suka dengar keburukan ttg seseorang yang saya belum kenal hati budinya.kerana ia akan menjejaskan pandangan saya terhadapnya.

berbalik kpd soal kematangan.saya terbaca di blog iluvislam.com. dalam postnya "anda semakin matang bila?"jom kita cek sma2..matangkah kita sebenarnya?

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
-erm...most of the time.tengok hajat tu mcm mana jugak laa...hehe
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
-yup.sbb saya akan anggap sesuatu perkara yang tersinggung itu hanya salah faham mungkin?dan saya takkan semudahnya melupakan,tp saya cuma x nak persekitaran atau hubungan yang keruh...jadi saya sembunyikan..dan mengharap orang itu sedar=)
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
-secara jujurnya mestilah ada.tp itu normal.tiada hasad dengki dan sebagainya...inshaAllah
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
-erm..kadang2 ya.kadang2 tak.tapi saya selalu paksa diri untuk think positif dan memikirkannya sebagai lumrah hidup..no one's perfect right?^_^
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
-itu semestinya..malu lah nak gelojoh2.rileks2 sudah~haha
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
-alhamdulillah..tiada rasa sebegitu buat masa ini.saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini..semuanya serba sederhana...apa-apa yang Allah bagi pun rezeki...
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
-erm..yang tu saya cuba,tp saya tak tahu sejauh mana orang lain dapat rasakannya...kene tny pendpat yang lain yang pernah bekerja bawah saya...=)
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
-alhamdulillah setakat ni saya dapat menerimanya dengan baik.walaupun kdg2 pahit tp lebih baik ada kritikan drpd tiada kan?saya tak suka memperbesar2 sesuatu yang belum pasti atau yang pasti.sbb hanya Allah yang Maha Mengetahui
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
-alhamdulillah,ya=)
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
-so far,tak de masalah lg ttg ini..
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
-hehe..yup.itu normal.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
-itu semestinya.lebih baik ckp tak tahu dr buat-buat tahu dan sudah jelas salah..
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
-alhamdulillah...orang2 tua bg saya golongan yang snsitif..tak perlu pandang negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
-saya sukakan yang sederhana...takut nak berlebih2an dalam sesuatu..sempurna atau tidak bergantung kepada hasilnya..itu terpulang pada yang lain untuk menilai=)
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
-most of the time..sbb nak kne jaga hati orang.perkara yang selalu saya titikberatkan dalam hidup
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
-haha...tengok mood.(x baiknya)=(..tp saya sedang belajar untuk positif dgn semua...
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
-wallahualam..tp itu yang saya dambakan dalam hidup bersahabat
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
-haha..tanyalah mereka.tp ...saya akan lakukan perkara yang sma pada lelaki mahupun perempuan..

matang pun matang juga, sesekali kne "rock" jugak..haha.jangan terkejut,ramai yang anggap saya gadis sopan santun...tp sebenarnya saya lebih dr itu...haha.x knal makan x cinta..sopan pun kne lah jaga,tp pastikan kita mampu buat lebih dr apa yang orang tak terjangkau kita mampu buat..baru lah EXTRAordinary..=P..

post ini merapu.sekian

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.