
“ni tanda akhir zaman ke kak farah?”
“ye lah..”
“kadang2 ftn malas nak fikir soal jodoh atau cari pasangan..”
“selalu fikir x sempat..mana taw x panjang umur..atau..dunia dah kiamat..”
“banyak benda lain lagi nak fikir..amalan pun..belum cukup bekal lagi nih..”
Saya selalu duduk dengan teman sebilik…atau teman-teman lain membincangkan topik2 yang semakin dirasai kedahsyatannya skrg.itu…pada pendapat saya sendiri lah..apa yang dapat saya simpulkan dengan melihatkan persekitaran saya,apa yang saya terbaca di dada-dada akhbar.dan perkongsian cerita dr teman2.dari soal keluarga,rakan,cinta..sehinggalah ke hal politik.
Ya,mungkin kami dah semakin mendewasa.maka topic perbualan kami lebih meluas.ilmu kami yang semakin bertambah.dan common sense yang terserlah pada diri masing2.peka pada persekitaran yang semakin tenat.malah,kadang2..diri sendri tak terlepas dr kesilapan.setiap bicara kami,diselitkan kata-kata yang mengikat hati kami pada Maha Pencipta.
Berita kemalangan semakin menjadi2.menyebabkan saya agak fobia nak memandu lagi.namun,ajal dan maut di tangan Tuhan.bila-bila shja boleh dicabut nyawa ini..tp,sungguh,saya takut mati.terasa bekalan masih belum cukup…saya masih belum puas beramal sebaik-baiknya…
“ya Allah..ngeri kan kemalangan2 nih..mcm musim plak..”
“tu lah…sampi mayat kne gilis berpuluh2 kali…putus anggota badan..”
“yang kesiannya tu..kalau niat perjalanan dia tak betul…”
“sayang..saat mati dalam keadaan mcm tu…ish..nauzubillah”
tak kurang juga cerita ttg psgn yang bercerai…isteri yang di hadapan suaminya kelihatan baik,rupa-rupanya melakukan perkara yang tidak baik di belakang suaminya..begitu juga sebaliknya..nauzubillah..psal artis,tak perlu cerita lah…jarang sekali yang kekal rumah tangganya…ni semua sebab cinta tak berlandaskan syariat.
“kak farah…mcm mane ye…nak cari lelaki yang betul2 baik?”
“hmm..tu lah fatin…susah.kita tak tahu mcm mana nak betul2 kenal hati budi seseorang tu..”
“skrg nampak baik lah..nt lepas kahwin kita tak tahu…”
“kalau dulu…kita cari ciri-ciri lelaki yang boleh jd imam..pandai mengaji…tp skrg..”
“kdg2 kak farah terkejut jugak…yang pandai agama ni pulak yang lebih2..pegang2 tangn..”
“Islamophobia..”
“hmm…”
“orang Islam sendiri tak tunjukkan contoh yang baik…mcm mana non-muslim nak tertarik dgn Islam?”
“kak farah..takutnya…kenapa jadi mcm ni ye skrg?”
“ni dah tanda2 akhir zaman ftn…orang kata kalau dapat suami yang betul2 baik tu,rezeki”
“mmm…tp risau jugak kalau ada yang cemburu..hasad dengki..takut terkena buatan(sihir) orang..”
_________________________________________________________
Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari:

“betul kak farah..sekrg makin menjadi2…kesian kadg2 bila baca kisah mcm tu.sampi suami sanggup pukul anak…isteri sanggup goncang bayi…sampai mati”
Saya takut.saya takut dan minta jauh dr semua ni..manusia zaman skrg seolah2 dah semakin hilang kewarasan.iman ntah ke mana..amal apatah lagi…saya terbaca masalh solusi yang betul2 dapat mengubah jiwa mereka yang hanya menurut hawa nafsu.bukan mereka x faham Islam,bukan mereka tak tahu hukum..tapi,mereka tak mahu terima kebenaran.mereka telah disekular kan..dengan material..dan menolak agama…nauzubillah.bagi mereka .kebebasan itulah ‘tuhan’ mereka..mereka berhak memilih…
Tp,jika difikirkan semula…sanggup kah kita menahan azab neraka nt???sbb disana nt,itulah kehidupan yang kekal!dunia ini…hanya untuk sementara shja…saya tertarik dgn ruangan kartun di solusi..katanya,
“jangan bermegah dengan baju mahal,cantk yng kita ada,sebab nt,baju kita ialah kain kafan”
“jangan bernegah dengan rumah mewah..sbb nt..rumah kita ialah liang lahad bertiangkan nisan..”
“jangan bermegah dengan kereta mewah..sbb nt…kereta kita ialah kereta mayat dan keranda..”
“dan jangan sesekali kita bermegah dengan paras rupa cantik yang kita miliki..sbb nt…kita semua akan jadi tengkorak..”
Kata-kata yang penuh makna.kita semua sama nt.kita sma2 akan dihimpunkan.cumanya amalan kita berbeza.siapkanlah bekal.kita tak tahu amalan kita diterima Allah atau tak…banyak kan lah beristighfar..bertasbih mengingatiNya..ikuti sunnah nabi…bacalah kisah2 terdahulu..bagaimana Islam tertegak di mata dunia!mereka tidak gentarkan musuh,tetapi mereka gentarkan dosa-dosa yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam.subhanallah!hebat kan?
wallahualam