Seringkali aku hilang semangat dalam belajar. Entah untuk ke berapa kali. Aku sedang cuba untuk melawan. mencari persekitaran baru. berusaha mencari teman baru. Bertemu pensyarah. Balik rumah selalu. dan.. macam-macam lagi. Namun, satu hal yang aku tersedar... " solat ku mungkin tempang..lalu,aku tersungkur.."
Mungkin, kerana terlalu banyak perkara yang berlegar di fikiran, solat ku hilang khusyuk. Ahh..saat itulah terkeluar segala ilham. dan,entah. aku rasa ia dari syaitan. akur kah aku pada kelemahan iman ku? mungkin sedang 'yanqus'. Dosa kah aku ya Allah.
“Jika syaitan melihatmu berterusan dalam melakukan amal ketaatan, dia akan menjauhimu. Namun jika syaitan melihatmu beramal kemudian kamu meninggalkannya setelah itu, atau melakukannya sesekali sahaja, maka syaitan akan semakin tamak untuk menggodamu.” (Tajrid al-Ittiba’ fi Bayan Asbab Tafadhul al-A’mal, Dr. Ibrahim b. Amir Al-Ruhaili)
Saat nya cuma hanya aku yang tahu kesalahan, khilafku, dosaku, dan hanya Allah yang Maha Tahu,dan seharusnya,taubat itu disegerakan. Masih belum terlewat untuk aku mencari semangat baru,hidup dan nafas yang baru!
Harapan tulisan hari ini, moga segala beban yang tergalas, mungkin terkurangkan dengan luahan. Ya, mungkin juga ini namanya dewasa. Fikiran ku bukan lagi berlegar-legar dengan hal-hal remeh. Aku harus belajar satu per satu tentang fasa dan perubahan dalam setiap langkah ku. Hari-hari yang dinamakan amanah. Mana satu priority, mana satu tugasan utama, pada siapa harus aku letakkan rasa hormat? siapa yang lebih memerlukan bantuan..dan sebagainya. Aku yakin,ujian lemah semangat ini, kerna Allah ingin mengajar aku... bahawa ada amalan ku yang rabak.
Allah berfirman: “Sempurnakanlah kekurangan pada amalan wajib dengan amalan sunatnya.”
...
Tinggal di rumah akhawat juga tidak menjamin kesolehan ku. tapi, alhamdulillah, sahabat yang baik dan mendekat ini yang paling dan seringkali mengingatkan aku di saat futur. saat ke'selesa'an menjengah, terasakan aku lah yang paling beriman! tp bila saat keluar dari uia,dari rumah, astaghfirullah.... lemah. Kenapa ya Allah. Belum cukupkah suntikan tarbiyyah selama bertahun2 ini?
Ampunkan kami ya Allah
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah
Bersihkan hati kami dari kotoran dan debu-debu hitam ya Allah!
Catatan disember ini, adalah satu fasa yang baru dalam hidupku. Biarkan buku ini berakhir di sini. dan lembaran baru harus lebih baik berbanding yang lama. Biarkan ia lusuh dimamah waktu. Pandang ke hadapan, bina hati yang baru. InshaAllah, semuanya akan baik-baik aje.
Moga istiqamah sayang.
Engkau, aku , dia, juga manusia yang pernah berdosa.
Apa yang perlu, segerakan taubat mu, sungguh Dia Maha Pengampun.
Be strong.

No comments:
Post a Comment