Entah kenapa air mata ku terasa ingin bergenang laju
kelopak mata ku yang..
tak mampu tertahan lagi
terasa seperti, aku sudah tersasar
dari 'landasan', impian dan cita-cita ku
tapi..
takdir Allah melebihi segalanya.
Sebuah kata-kata yang sukar untuk ku ungkapkan, sesuatu yang berada di antara. Antara bahagia dan kerisauan yang entah pada siapa mampu memahami sisi yang satu lagi ini. Aku perlukan sebuah kekuatan, kata-kata semangat yang.. mampu membuatku bangkit, bangkit dr lena seorang master students. Apakah, selepas selesai tulisan ku ini nanti, segala kekusutan bisa terungkai? ada.. sesuatu yang menjerat hati ku. puas ku tempis, tapi masih ia mengikat.
Ya Rabb,aku.. aku tahu, khilafku terlalu banyak, hingga menyakitkan dan menyesakkan nafas ku. amal ku terlalu sedikit dan tempang. namun, Kau masih di sini, di sini menyedarkan aku melalui nikmat-nikmat Engkau yang tak pernah berbelah bagi. Apakah ini ujian untukku ya Rabb?
Aku sudah tidak mampu menulis seperti dulu, tumpuan ku mencapah. ini 'titik' kelemahan ku. mungkin
Tapi
Aku harus bangkit! menempis semua rasa resah yang belum pasti! langkahku mungkin jauh, namun, masa ku tidak banyak lagi. bangkitlah dari semua perasaan ragu-ragu, dan.. ketidakpastian yang engkau ada-ada kan.
Harus bagaimana lagi?menulis hingga semua lelah terluah? atau,
seharusnya, engkau menggenggam Quran dan jangan lepas kan!
Ayat terakhir yang Allah bisikkan pada ku lewat lembaran terakhir itu,
"jangan berundur dan berpaling lagi"
Biar kecil,
Tapi tetap utuh dan teguh berdiri.
Moga ada kemanisan di penghujungnya.
Moga-moga Allah permudahkan langkahan seterusnya,biidznillah.

Salam sahabat yang di kasihi.nadia.fatin.kechik :)
ReplyDeleteAlunan irama di sini sungguh menenangkan.membawa syibie ke sebuah ruang. ruang hidup seorang teman.
teman yang bukan sebarangan. teman bersama membina iman.
syibie tidak tahu adakah apa yang di gambarkan secara tersurat dan tersirat itu mencapai maksud sebenar tulisan fatin.
tapi syibie membayangkan bahawa fatin seolah berada dalam persimpangan. antara impian dan juga pentas takdir sekarang.
kita wanita terlalu banyak emosi yang perlu diurus.terlalu banyak berfikir kadang tidak lurus.
terasa ribut itu terlalu kencang seolah tidak akan henti.
fatin . setiap hari kita dalam persimpangan . berteman ribut dan taufan. segenap penjuru itu ujian selagi mana kita masih di sini. di dunia.
tapi adakah kita takkan mampu miliki ketenagna dan kebahgaian andai kita yakin semua nya dari tuhan??
berbahagia dengan pilihan yang di buat fatin. jika itu fatin rasa pilhan untuk mencapai redha Allah. redha ibu ayah. dan redha keluarga.
yakinlah.niat yang baik.pasti bawa fatin ke destinasi yang baik.
jalan hidup di dunia selalu mencapah. sehingga terbit pelbagai warna. railah warna itu sebagai sebuah kepelbagaina dalam hidup. namun jangan dilupa. warna itu tetap gelap jika tiada cahaya. yea.cahaya. suluhlah dengan hidayah dari Allah.
usah ragu andai yakin jalan ini jalan menuju Allah.
fatin. syibie melalui juga situasi mcm fatin. situasi seloah "benarkah pilihan ini?" tapi ingat satu. hidup ini terllau banyak cabang. manusia sendiri tidak mampu melihat adakah ia baik atau sebaliknya. namun setiap yang beriman kepada Allah itu tetap akan yakin bahawa setiap takdiri itu kita tidak tahu itu rahmat atau musibah. namun bersangka baiklah pada Allah. Allah yang membawa fatin ke situ. Allah yang akan menyediakan masa depan untuk mu. Allah yang menghdairkan perasaan bimbang dalam diri mu.dan Allah yang mempu menghilangkan sekelip mata diluar jangkaanmu. dan mmapu mmeberi kekuatan buat mu seberapa banyak pun dia mahu.
ini lah waktu untuk kita mantapkan keyakinan. Allah menguji mu untuk mengangkat darjat mu. quality iman mu. keselesaan itu sering membuat kita alpa.
kepayahan membawa rasa lemahnya kita. perlukannya kita kepada kekuatannya.
fatin. anugerah Allah kurniakan pada kita terlalu banyak.
jangan putus asa dari rahmat Allah yea. fatin perlu kuat untuk hari ini dan akan datang. mungkin ada insan yang mahu belajar dari kekuatan mu akan datang.
Allah itu sayang pada fatin. Allh tak pernah tinggal kita sendiri kan.
<3
yakinlah.
jika urusan bersama manusia itu di rasa susah. ada kuasa yang mampu memudahkan.
Allah mahu kita rapat. khusyuk padanya.
yakinlah pintu hikmah itu tetap akan terbuka satu persatu bersama waktu.