31 January 2013

Hari terakhir itu.

Bismillah.

Rasanya dah terlalu lama tak coret cerita yang agak panjang di sini. Sememangnya tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa, kalau tak dilapang-lapangkan dan dicari-cari masa itu, memang takkan pernah ada waktu senggang. Well, (sambil tersenyum "air mata") hari semakin cepat berlalu, bulan silih berganti, dan tahun ini, inshaAllah pada tanggal 13 April nanti, genap umur ku 24. Kalau masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk punyai kesihatan tubuh badan dan rohani yang baik,inshaAllah.

Sedar tak sedar, usia yang semakin meningkat ini, menjadi satu ukuran 'pencapaian' dalam hidup. Antara anugerah terbesar yang Allah hadiahkan, nikmat duduk dan berada dalam kalangan mereka yang ditarbiyyah dan mentarbiyyah, dan siapa sangka, perubahan pada diri sendiri, peningkatan yang tak tersedarkan oleh diri sendiri, aku diberi kepercayaan untuk membawa usrah pertama ku. Bagi ku, ini adalah tanggungjawab dan amanah yang sangat besar, dan, aku akur, sunnah ini bukan mudah kerna perlu mujahadah dan pembaikian diri yang berterusan. 


Hari terakhir itu, 

aku menjadi fotografer untuk IKRAM SISWA Nasional. Hari itu, mereka panggilkannya dengan, 'HARI BERSEJARAH' . dan, aku antara puluhan ribu mahasiswa yang diberi kesempatan oleh Allah untuk menangkap memori-memori hari bersejarah itu. Semangat baru pada ruh-ruh dan jiwa-jiwa pemuda yang cintakan agama dan juga penerus kerja nabi SAW. Alhamdulillah 'ala kulli hal, semasa pulang ke uia, kami sempat singgah solat maghrib berjemaah di Masjid Shah Alam. Itu adalah kali kedua aku menjejakkan kaki di masjid setelah berbelas tahun membesar.

Dalam perjalanan, kami bersembang dengan akhwat yang baru aku kenali. Adik Fatin dari IIC yang berasal dari Sabah juga kak Suriani yang baru juga dipilih dalam perwakilan Mahasiswa IKRAM SISWA. Mengenali mereka berdua, subhanallah, membuat kan jiwa tersentuh. Kisah dan pengalaman serta ilmu yang dikongsi kan, memang tidak dapat menandingi mana-mana sahabat yang pernah aku kenal. Benar lah kata orang, semakin kita "keluar" menjelajah, melihat dunia luar, dapat mengenali lebih ramai manusia yang pastinya sma fikrah, akan memberi 'kelainan' pada sisi dan hidup pandang kita.

Kak su memang pandai memberi analogi. Suka bertanya kan pendapat. dan mengulas semua nya serta diselitkan dengan isu semasa. To be like her, is awesome. trust me. Teringat kak sumayyah pernah cakap, pada saat kami sibuk-sibuk ingin pulang ke kampus dari satu program,

"nanti..korang akan dapat naqibah baru."

Hm. saya seperti endah tak endah dengan kata-kata kak sumayyah. seolah tak mahu terima. Tapi saya tahu, dalam usrah, naqibah memang akan silih berganti. Untuk mendidik jiwa lebih berdikari, tak mudah berasa selesa dan bergantung pada yang satu, malah mendidik kita untuk lebih bermasyarakat dan mengenali orang baru. Saya melangkah pergi, masuk ke kereta kak su. Hanya senyuman terakhir kak sumayyah yang masih bermain di ingatan.

Akhirnya kami tiba di uia. Perbualan yang sangat membuat kami diam membisu itu, menyebabkan terasa sekejap masa perjalanan. Sebelum turun kami bersalaman. Dan mengucapkan terima kasih pada kak su. Sehingga berjumpa lagi.inshaAllah

"Fatin.. MashaAllah.. seronok nya dengar kak su cakap..kan?.. Ntah-ntah.. kak su naqibah kita nnt?"

Aku hanya membalas dengan senyuman."mungkin". 


Allah,Aku menjadi malu, pabila hanya dengan sekali pandang pada manusia yang aku kagumi, dan terdetik di hati untuk mengenali lebih, Engkau dekatkan aku pada mereka, malah semakin dekat pada jiwa, di sini, hati.


Keinginan dan kehendak ku yang sering dikabulkan walau hati dan jiwa ku sering dikotori dengan amalan jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan, sungguh, Allah tak pernah menghampakan. Benarlah, jika kita mahu berubah ke arah kebaikan, semakin hampir kita dengan mereka-mereka yang suci jiwa nya untuk mengubah dan memberi inspirasi pada kita. Itu janji Allah. Allahuakbar.

Dan melangkah nya semua orang pergi pada hari terakhir itu. Aku pulang bersendirian. Membawa beg yang sederhana kecil, menunggu bas dan terus menunggu. Ada sesuatu yang terjadi antara aku dan pelajar arab lelaki di stesen bas. Perasaan tak sedap hati mula menguasai diri. Aku berdoa moga Allah pelihara.

Dan,
Sebelum lelaki itu turun dari bas, dia berdiri tetap di hadapan ku. yang.. pada ketika itu hanya kami berdua dengan pemandu bas. Lantas, dia menutur kan kata maaf. Ya Allah, ibrah yang aku dapat dr peristiwa itu ialah, sering memaafkan orang lain dan mudahkanlah untuk menutur kata maaf. Aku menahan air mata dari mengalir. entah kenapa mudah sangat jiwa ku tersentuh waktu itu.

"It's okay bro.."

Bas, meneruskan perjalanan. Menunggu train ke terminal seterusnya, aku melihat ramai manusia yang pelbagai ragam. pakaian. ya. pakaian dan penampilan anak-anak muda. Cuba bertahan untuk bersangka baik, moga-moga mereka bukakan hati untuk terima hidayah Allah. Aku yang berjubah, menggenggam al-Quran kecilku, menyambung hafalan mukhayyam tempoh hari. cuba untuk menjaga pandangan sebaik mungkin.

Dan sungguh, bila berjalan sendirian, kita ada lebih masa untk berfikir dan mentafsir dunia, hari ini. Cukup lah melihat pada teman-temanku, melihat dunia luar. Memang Allah kurniakan aku "dua alam" yang berbeza. Dalam kampus, segala nya terjaga. Di luar, naudzubillah.

Moga Allah tetap pelihara iman kita.
Wallahu'alam






No comments:

Post a Comment

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.