31 March 2012

syahdu


"syukur aku ditempatkan dalam kalangan mereka. walau takde sumbangan besar, tp semangat tu masih terasa tempiasnya pada diri. dan niat ku untuk juga mengajak teman yang paling rapat dengan ku. sesungguhnya membawa teman ke suatu perubahan yang baik adalah sesuatu yang sangat 'manis' dalam perkenalan."


"syahid impian kita semua"


sayu bila mana melihat ikhwah dan akhawat bersemangat semalam. it was GMJ event. you must know about it. it's a global issue. isu umat Islam.satu peristiwa yang paling bersejarah. last night, mereka persembahkan flash mob, dan beberapa persembahan dr pensyarah dan pelajar uia dan uitm. semangat! ribuan orang yang hadir. ada beberapa bas dr universiti tempatan. tak kurang juga yang dah berkeluarga, anak kecil yang kukira, semangat mereka masih ada walau dah berkeluarga. dan sememangnya itulah yang kita mahukan dalam masyarakat kita. kesedaran akan seorang manusia atas nama Islam yang bersaudara.

satu kata-kata yang saya tertarik smlm,pada persembahan pensyarah dr uia, kata nya, mereka di tanah arab terasa seperti dah tiada harapan. seperti mahu putus asa, tp..bilamana melihat kebangkitan dan semangat pemuda pemudi dari semua tanah arab mempunyai semngat juang dan jihad yang tinggi menentang zionist!keyakinan mereka pulih kembali. ada sinar harapan yang menanti! mereka sanggup berjihad di bumi palestin! air mata saya menitis.


"doakan kami tak kembali"


"3 ikhwah kita akn ke palestin termasuk dalam 25 delegasi dr malaysia yang akan ke sana".."ana dapat message mlm tu...sayu bila baca, semua dapat serentak , mereka kata..doakan kami tak kembali" tiba-tiba angin petang tu berhembus kuat. sementara menunggu bas, saya berborak dengan naib presiden kelab. subhanallah. kuat nya semangat jihad mereka.

salah seorang drpd ikhwah tu, pernah travel dengan saya masa kami ke syria. tak sangka dia antara insan yang terpilih. sememangnya dia sgt aktif dan semngat juang nya tinggi. semalam masa di GMJ tertera gambarnya di skrin. mengatakan khabar mereka dan beberapa delegasi lain di sana. terkejut. tersentak. terharu. cemburu.

syahdu.

bila fikir balik. usia kita ni, mmg dah terlalu perlu untuk memikirkan perkara yang lebih jauh. isu yang lebih besar. sedih bilamana melihat anak-anak muda masih melepak di pusat karaoke. masih melepaskan tension di panggung wayang. masih membuang masa menghisap shisha bersama kawan. seolah belum ada satu kesedaran untuk sama-sama berjuang. at least untuk diri sendiri.


wallahualam.
peringatan untuk diri jugak.
berkawan lah dengan pemuda pemudi yang mempunyai masa depan yang baik. inshaAllah, kita juga akan tergolong dalam kalangan mereka. alhamdulillah, perasaan di pilih Allah ini untuk mengenali, bersama dan bergerak bersama mereka, mmg awesome!wink


"moga redha Allah bersama kalian"




"from the river to the sea, Palestine will be free!"
ameen





2 comments:

  1. tq fatin for sharing :')
    bestnye dpt join
    tertempias semangat fatin dr jauh, hehe
    alhamdulillah

    sama2 kita doakan p'jalanan mrk,insyaAllah

    fatin pegi dgn sape?
    bas dr uia eh?

    ReplyDelete
  2. umy :) alhamdulillah.
    aah dengan bas uia.

    inshaAllah.
    doa sentiasa mengiringi.

    ReplyDelete

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.