nak taw jln cerita die tgk la sendiri..hehe
(bukan tugasku untuk mem"promote")


lepas beraya sakan umah studiomate...singgah psr jap kat tmn delima,kajang.. hmmm...memang lma dah tak pegi psar tu..teringat zmn kecik2 dlu... tempat pertama yg dituju..tempat org jual bawang...hmmm..bosan.. pegi la jumpe ngn 'toke cetak rompak'..hehe...shhh..bukan slalu buat pon.. kebetulan jln ngn sedara..die minat btol beli cd movie ...ape2 cite die layan.
sambil2 tgu..belek2 la cite ape yg best...abg kat pasar tu ckp "beli la cd upin ngn ipin..baik ntuk kesihatn"...haha die igt kite ni bdk sek ren lg kot..x layan sgt la citer tu..ikut mood...org tengok kite pon tengok je la..tp x buat koleksi pon..thanks je la bang! satu dvd RM7..bleh thn mahal dier..tp standard kot..gambar cantek 'on' jer...haha tibe2...ternampak plak cover org pompuan pegang pedang...wah!citer ape nih.. oooo...nilah citer yg org cakap 'ong bak' versi pompuan...
sape pnah tengok ong bak mesti tertarik nak tengok citer nih...
aksi dier mmg jadi lah...penggambaran die pon cantek..mcm men game plak...
klu tengok the making lg best... n lg satu yg menarik psal cite nih..ader sejenis penyakit yg dihidapi oleh watak utama..autisma...hmmm...bile tengok cite ni..tibe2 rasa ingin tahu ape mendenyer tuh... so..on internet..taip autisma...n trus kaji...dapat tambah satu pengetahuan baru....
mlm tu jgk pas puas beraya..on laptop kjap..letak atas meja..n trus menkan cd nih...then..msg abg.."abg,pnah tgk citer ong bak versi pompuan x?wua..best!"..abg pon reply..."dlu..dah lma dah...skang baru kuar kat pawagam"...hmm....laa ye ke...lambatnyer adek nih...huhu


p/s: ..kpd sesape yg blum tengok lg citer nih..jgn lepaskan peluang!!hehe....
-------------------------------------------------------------------
apa itu autisma?
Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar. Ia disebabkan oleh ketidaksempurnaan yang berlaku di dalam genetik individu dan boleh diwarisi di dalam keluarga. Menurut kajian yang dijalankan, dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik. Menurut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun. Autisme berlaku tiga hingga empat kali lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Tahap serius autisme berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak boleh membesar dan hidup berdikari, manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuan sepanjang hayat. Sehingga kini, belum ada cara untuk menyembuhkannya. Namun, autisme boleh dirawat dan rawatan awal mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak ini. Masih ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme menyalahkan diri sendiri kerana dianugerahkan anak sebegini. Ia bukan salah sesiapa kerana tiada siapa tahu bagaimana atau kenapa autisme boleh berlaku.
ciri-ciri umum kanak-kanak autism
Ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri.
Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan.
Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain.
Sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.
ooo..autisme..leh wat tajuk eap nei
ReplyDeleteerm..cite mangkorn sau ni ade kaitan ke ngan autisme fatin
ReplyDeletehurm..dah tgk citer nih?huhu..ader kaitan.sbb watak utama ni kne pnyakit nih...klu tgk synopsis die pon die ader tulis kat ctu.oops!darul ni sape ye?
ReplyDelete