30 July 2013

kerna-Mu

Dalam menulis menyiapkan conference paper ni, pernah sesekali terfikir. Well, saya memilih untuk pulang ke rumah awal dan mengambil 'risiko' untuk buat kerja di rumah. Maklumlah bila di rumah, cabaran dan ujian 'kemalasan'nya berbeza. Hm. bila ibu selalu kol hujung minggu bila nak balik, fikirku, pasti ibu ingin saya pulang ke rumah dan berbuka bersama. Maka, saya plan untuk membuat consultation dan settelkan submission kerja sebagai RA seminggu lebih awal.Maka, bolehlah menghabiskan waktu seminggu akhir ramadhan di rumah. Walaupun terpaksa batal kan niat untuk i'tikaf di masjid uia tahun ini, mungkin, luangkan masa dengan ibu pun lebih baik. inshaAllah, dan boleh juga beribadah di rumah atau surau berdekatan.

Sambil-sambil 'cuti' ni, alhamdulillah, dapat luangkan masa juga beramal ibadah dan hampir khatamkan al-Qur'an di rumah. Cuba untuk psycho diri melawan 'keseronokan' di rumah. Kata orang, kalau di rumah mesti futur balik, tp inshaAllah untuk kali ni, dari awal perjalanan lagi dah letakkan al-Qur'an di hati ;) 

Ujian kat rumah dengan si kecil aisyah humaira (anak buah) , kadang-kadang melayan kerenah die yg dah mula membesar, sangat2 menguji kesabaran. Tapi, saya cuba praktis kan untuk selalu positif dan cuba tersenyum melayannya. Ada hikmahnya kenapa abang duduk dengan ibu, sedikit sebanyak dapat melihat perkembangan dan didikan anak buah yang baru sahaja mencecah umur setahun 3 bulan :) bukan mudah untuk melayan si kecil,yang sudah pandai memanjat sofa, senyap2 pergi ke dapur, bila nak solat kne tunggu aisyah selesai sujud dlu di sejadah, kadang-kadang geli hati melihat gelagatnya, bila makan, mashaAllah.. comot, bersepah, u name it!  tapi ibu selalu ingatkan yang anak-anak kecil masih belum berakal, tiap baki makanan aisyah tertumpah, ibu kata biarkan, nnti boleh kemas, tiap kali aisyah di denda oleh ayah atau umminya, ibu akan suruh peluk semula.. indahnya didikan ibu.

Kadang, bila berbuka, si kecil akan datang ke mak ngah nya (saya) jari telunjuk kecil nya menekan-nekan peha saya.. "ni..ni...ni...." *sini,sini... "tas..tashh.." *atas,atas... bila aisyah nak pangku mak ngah nya dan suap makanan, sangat Allah mendidik hati supaya tak gelojoh dengan makanan, suap sedikit di mulut, dan melayan si kecil. kadang, suapan kami bergilir. Entah kenapa dia memilih mak ngah dari umminya untuk makan sewaktu berbuka. Suka melihat gelagat dan keletah aisyah.

...

Waktu sedang menaip kertas conference tadi, saya terfikir, andai sewaktu belajar dikurniakan cahaya mata, dan perlu seimbang kedua-duanya, Allah ajarkan supaya berdoa dan meminta kekuatan dari Nya, " Ya Allah, izinkan aku mencari ilmu kerna Mu,dan izinkan aku juga mentarbiyyah permata hati ku kernaMu.." semoga dapat multitasking. Berbakti pada suami, ibu ayah, anak-anak dan fokus pada pelajaran. Apa yang penting, setiap amal perbuatan kita, niatkan untuk gapai redha Allah swt. InshaAllah, sebab semuanya datang dr Allah, dan Allah lah yang berkuasa atas sesuatu. Hasbunallah wa nikmal wakeel.

ini bukan berangan,
tapi mungkin persediaan.




a-positive-thinker, inshaAllah



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.