sebenarnya, jari jemari ni...dah lama x memegang berus cat, dan...calitkan warna pada kain kanvas. yang...bila kita mula berilham, kurniaan Allah itu, tergambar apa yang difikirkan seseorang, apa yang tersirat di benak fikirannya. semua itu, anugerah dari Allah yang disalurkan dalam pelbagai bentuk yang indah.
subhanallah.
kalau, isi hati itu.. ada suatu rahsia. ia boleh terpancar.
wajah kita. menggambarkan dalam kita.
hati kita. tergambarkan oleh pergerakan kita.
langkah kita. diarahkan oleh fikiran kita.
jika baik hati.
maka baik lah keseluruhannya.
inshaAllah.
hari-hari yang berlalu.
terasa diri semakin kosong - jauh.
tapi, itu lebih baik. dr merasakan diri terlalu cukup.
sudah sempurna ke diri?
tentunya belum jika mahu dibandingkan dengan Kekasih Agung.
apa pun,
dalam setiap langkah dan gerak geri kita,
jangan biar ia terguris sedikit pun dengan tertunduknya nafsu.
semoga cinta yang hadir ini.
terus membimbing. memberi suntikan semangat yang baru.
untuk punya masa depan, yang baik.
lebih baik dari sendiri.
agar perjuangan yang masa sendiri itu, diteruskan bila
hati disatukan kelak.
ilham,
nadia
