14 February 2012

'luka' yang pasti terubat



"aah...!"
pedih tiba2 ibu jari ni. darah mengalir. luka.

saya cari2 minyak gamat dalam locker. ternyata tak ada. actually mmg tak wujud pun. tp mengharap kalau ada. haha. (entah pape) yang ada cuma plaster luka. takpe lah, hentikan pendarahan sekejap.



baca ma'thurat. tunggu maghrib. solat. mengaji. dan.... zzzZZ



mimpi panjang. akhir2 ni saya kerap mimpi dalam tidur. dan. sangat meletihkan. cuaca panas. rasa macam nak tidur luar. bilik air lagi sejuk. takkan nak tidur dengan kucing. ?

esok kelas jam 9. every planning dah berubah. madam ckp "fatin...haihhh...mcm cerita kartun pulak"...."erm, itsokayyy la mdm. saya okay je "

























sebenarnya...
kenapa dengan saya ni? saya tengah cuba distract diri saya dengan benda lain. kot. but. to be honest. saya lebih selesa [mcm ni]. ya. mcm ni.



Kita merancang apa akan kita lakukan selepas ini,kita merancang apa akan kita lakukan esok, kita merancang apa akan berlaku minggu depan, kita merancang akan graduate beberapa tahun akan datang. sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang.dan...apakah kita benar2 pasti segalanya akan berlaku mengikut apa yang kita rancangkan?

ketahuilah bahawa kita merancang, Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik-baik perancang. kita hanya mampu merancang, tapi Allah penentu segalanya.



" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah 2:216)



"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"
- myheartinislam







:w:




maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.