09 November 2013

Hadiah - untuk ibu



Sepanjang kakak belajar ni, ibu yang tanggung sepenuhnya. Subhanallah. Tak pernah sekali aku tanyakan sebanyak mana duit simpanan ibu. Beza umur dengan adik,6 tahun. Ibu memang suka merancang kewangan dengan baik. Dan, ibu sekeras-kerasnya tak benarkan aku mengambil pinjaman ptptn. Tp, alhamdulillah, selepas mendapat tawaran yayasan bank rakyat, aku sangat bersyukur kerana dapat meringankan beban ibu waktu itu. Berazam, masuknya simpanan pertama, aku ingin terus langsaikan yuran pembelajaran ku pada ibu, tapi, ibu kata, ini tanggungjawab ibu untuk biaya kakak belajar. kakak tak perlu fikir tentang semua tu, kakak belajar je.

Allah.

Dengan izinNya, dengan segala limpah Rahmat dan Kurnianya, Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik kulliyyah.  Terpandang jauh saat membaca surat tadi. Aku cuba rahsiakan daripada ibu yang, aku telah diberikan kesempatan untuk berucap di atas pentas sewaktu konvokasi nanti (inshaAllah jika dipanang kan umur , 18 November 2013). Ini, hadiah buat ibu.


Tuhan,aku tak pernah tahu jalan takdirku seperti ini. Apakah, aku layak untuk menerima semua ini? Telah cukupkah aku bersyukur sepanjang nafas dan nadi ku berdenyut di muka bumi Mu? Maafkan aku andai ada khilaf, dosa yang tidak aku sedari, atau tersengajakan. Terima kasih Allah.

"adeh.. mcm mane ni? dia minta tulis speech in english malay n arabic...hah"
"Akak.. ambil la kesempatan ni untuk sebarkan fikrah kita!"
Aku selak lembaran muntalaq, menari tentang pemuda. Aku menyelak buku Psikologi Rasulullah, bercerita tentang tanggungjawab. Aku meminta bantuan teman-teman ku yang sefikrah dalam berbagai jurusan. Dengan izinNya, selepas interview aku terus dihubungi admin, "Tahniah... .. ."

Allahu Allah



Buat insan-insan yang ku cintai kerana Allah, terima kasih atas segala doa nya yang tak pernah henti. Terima kasih atas segalanya, mungkin tanpa izinNya, aku tidak mampu berdiri di sini untuk memikul amanah yang sangat berat ini sebagai seorang khalifah di muka bumi. Ajarkan hati untuk selalu tsabat.


Allahumma ameen.






Sincerely,
me


“Humbleness is the fruit of knowledge.”
— Imam Ali ibn Abi Talib [as]





maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.